10 Aktiviti Membakar Kalori Ketika Ramadhan!
Setiap aktiviti yang kita lakukan memerlukan kalori. Baik dari menggosok gigi, membasuh muka, hinggalah kepada saat kita masuk tidur, semuanya akan membakar kalori. Puasa sebenarnya bukanlah alasan untuk kita mengurangkan jumlah pembakaran kalori. Malah, inilah tempoh yang paling sesuai untuk kita membakar kalori agar misi menurunkan berat badan dapat dicapai menjelang Syawal nanti.
10 aktiviti terbaik yang boleh dilakukan ketika bulan Ramadhan, berserta dengan jumlah kalori yang mampu dibakar melalui aktiviti berikut:
1 – Mengemas rumah
Tempoh: 30 minit
Jumlah Kalori yang dibakar: 102kcal
Kadar pembakaran: 204kcal/jam
2 – Bekerja di pejabat
Tempoh: 8 jam
Jumlah Kalori yang dibakar: 650kcal
Kadar pembakaran: 81kcal/jam
3 – Menggunakan tangga ketika di pejabat
Tempoh: 15 minit
Jumlah Kalori yang dibakar: 110kcal
Kadar pembakaran: 440kcal/jam
4 – Mengunjungi Bazar Ramadhan
Tempoh: 30 minit
Jumlah Kalori yang dibakar: 94kcal
Kadar pembakaran: 188kcal/jam
5 – Menyediakan juadah berbuka
Tempoh: 1 jam
Jumlah Kalori yang dibakar: 154kcal
Kadar pembakaran: 154kcal/jam
6 – Berbuka puasa/ sahur
Tempoh: 30 minit
Jumlah Kalori yang dibakar: 61kcal
Kadar pembakaran: 122kcal/jam
7 – Jogging
Tempoh: 30 minit
Jumlah Kalori yang dibakar: 278kcal
Kadar pembakaran: 556kcal/jam
8 – Weight Training (light)
Tempoh: 30 minit
Jumlah Kalori yang dibakar: 73kcal
Kadar pembakaran: 146kcal/jam
9 – Solat Sunat Tarawikh
Tempoh: 1 jam 15 minit
Jumlah Kalori yang dibakar: 200kcal
Kadar pembakaran: 160kcal/jam
10 – Membaca Quran
Tempoh: 1 jam
Jumlah Kalori yang dibakar: 91kcal
Kadar pembakaran: 91kcal/jam
Semakin tinggi nilai “Kadar pembakaran”, maka semakin bagus atau semakin banyak kalori yang dibakar melalui aktiviti tersebut. Bulan puasa adalah bulan yang memberi kita peluang untuk beribadat dan juga mencapai berat badan ideal.