Web
Analytics
Together We Share

10 Cara Untuk Elak Masalah Dalam Perkahwinan

Adalah sesuatu yang agak mustahil tidak timbul sebarang masalah dalam sebuah perkahwinan. Namun, perkara yang kita perlu tekankan adalah masalah sesuatu yang perlu diselesaikan bukannya dielak.

Dibawah ini 10 tip untuk meminimakan masalah yang berlaku dalam sesebuah perkahwinan:

1.Komunikasi
Ada pergaduhan terjadi kerana masalah komunikasi berlaku antara suami dan isteri. Untuk itu, anda perlu terlebih dahulu berterus terang mengenai perasaan anda. Apabila anda berterus terang, pasangan anda juga akan berbuat demikian.

2. Kewangan
Kawal dan urus perbelanjaan dalam rumah tangga anda secara berhemah dan bijak. Jika pengurusan wang keluarga anda teruk, kemungkinan untuk anda bergaduh kerana wang adalah besar.

3. Tanggungjawab
Kongsi tanggungjawab dengan pasangan anda.Anda perlu jaga pasangan anda dan pasangan anda perlu jaga diri anda.

4.Komitmen
Sentiasa beri sepenuhnya pada rumah tangga anda. Berikan pasangan anda kasih sayang, kegembiraan dan cinta. Anda beri tanpa ada niat untuk menerima balasan. Beri dengan ikhlas.

5. Kenali Diri
Ambil tahu kelemahan dan kekuatan diri anda dan pasangan anda. Hargai kelebihan pasangan anda dan terima kelemahan dia seadanya. Belajar untuk memaafkan pasangan anda.

6. Utamakan Keluarga
Sentiasa luangkan masa bersama – sama dengan pasangan anda. Berhenti utamakan kawan – kawan dan urusan tidak penting. Utamakan masa untuk keluarga anda.

7. Pujian
Sentasa puji dan beri galakan pada pasangan anda. Apabila dia berbuat sesautu yang baik, anda berikan dia pujian. Jika dia terbuat silap, anda berikan dia galakan.

8. Hari Istimewa
Sentiasa ingat tarikh penting dalam hubungan anda. Apabila tiba masa bagi peristiwa penting, anda sambutlah ia dengan pasangan anda.

9. Hormati Keluarga Pasangan
Berbuat baik dengan keluarga pasangan anda kerana keluarga selalunya ada pengaruh yang kuat.

10. Elak Melakukan Dosa atau Kejahatan
Jangan melakukan perkara jahat seperti menerima rahsuah, pinjam dari ceti haram dan sebagainya. Apabila anda melakukan perkara jahat, anda akan rasa tertekan dan pasti ia akan menganggu kebahagiaan perkahwinan anda.

 

PENGUMUMAN-AMARAN-PENTING!!! Selangor2u Blog merupakan arkib artikel yang dimana kami menulis sejak 2008 dahulu. KINI kami kembali menulis root domain kami iaitu selangor2u.com. Teruskan membaca perkongsian terbaru kami di Selangor2u 2018
Kami tunggu anda disana!!!!