Web
Analytics
Together We Share

10 Kaedah Kuno Untuk Mencegah Kehamilan (Part 1)

Sedar tak sedar, Pil Perancang sudah mencecah 50 tahun usianya. Pil perancang (Birth Control Pill) yang telah dianggap pencetus revolusi seksual kerana dengan kehadirannya, pasangan yang telah berkahwin boleh mengadakan hubungan seksual lebih dari jumlah sebelum diciptakan pil ini, juga tidak ketinggalan pasangan yang belum berkahwin boleh melakukannya tanpa rasa takut akan hamil, juga tidak ketinggalan lagi kepada pasangan yang telah berkahwin yang ingin curang kepada pasangan masing-masing hahaha.

Namun Tujuan artikel kali ini bukanlah untuk membincangkan masalah rumah tangga mahupun masalah sosial remaja masa kini, tetapi ingin berkongsi bersama beberapa kaedah mencegah kehamilan yang digunakan oleh masyarakat terdahulu. layaaaannnnn…. Klik sini untuk membaca Part 2 artikel ini.. takmau klik pon takpe..

1. Lemon

Kandungan asid sitrik dalam lemon dikatakan boleh mematikan sperma namun ianya masih didalam jumlah yang tidak merbahaya kepada manusia. Kaedah ini pernah digunakan  oleh masyarakat Ibrani yang mana telah tercatat beberapa kitab-kitab kuno mereka seperti kitab Talmud.

Kain akan direndam kedalam jus lemon dan kemudiannya akan dimasukkan kedalam vagina yang akan bertindak seperti diafragma (diaphragm) untuk menghalang sperma dari masuk kedalam rahim. Kain tersebut juga akan mematikan sperma-sperma tersebut.

Kasanova pada zaman ini pernah dikatakan akan memasukkan separuh daripada lemon kedalam vagina pasangan yang mana dianggap sebagai keterlaluan namun masih lagi efektif. Jumlah Vitamin C yang diambil secara berlebihan (6 ke 10gram sehari) dikatakan merbahaya untuk mereka yang mengandung kurang dari 4 minggu dan boleh menyebabkan keguguran.

2. Queen Anne’s Lace

Queen Anne’s Lace yang juga dikenali sebagai Karot Hutan (Wild Carrot) ini pernah disebut oleh Hippocrates, seorang ahli perubatan tamadun Greek  2 milenium dahulu. Benih dari Queen Anne’s Lace ini dikatakan boleh dijadikan ‘morning after pill’ yang diambil selepas melakukan seks untuk mengelakkan daripada penempelan embrio (sperma dan ovum selepas disenyawakan) ke dinding rahim.

Kaedah ini dikatakan berkesan dalam tempoh 8 jam selepas rahim terdedah kepada sperma. Pengambilan benih tumbuhan ini dikatakan hampir tiada kesan sampingan, dan jika ada pun hanyalah sekadar sembelit sahaja.

Satu-satunya bahaya apabila menggunakan benih tumbuhan ini adalah kekeliruan jika terpetik sejenis tumbuhan bernama Hemlock yang hampir menyerupai Queen Anne’s Lace dan ianya adalah sangat beracun!

3. Pennyroyal

Pennyroyal adalah sejenis tumbuhan dari kelas Mint yang harum dan berangin seakan-akan Spearmint. Masyarakat tamadun Roman dan Greek dahulu selalu menggunakannya sebagai herba dan juga perisa tambahan untuk menghasilkan wine.

Mereka juga menjadikan Pennyroyal dalam bentuk minuman dan selalunya diambil untuk menghalang haid dan juga boleh digunakan untuk pengguguran kandungan.

Pengamal perubatan Greek, Pedanius Dioscorides yang juga seorang ahli botani pernah menulis 5 judul ensiklopedia tentang herbal medicine. Beliau menulis bahawa pengambilan Pennyroyal yang tinggi adalah sangat merbahaya kerana kandungan toksik yang tinggi dan boleh membawa kepada kegagalan pelbagai organ.

4. Blue Cohosh dan Black Cohosh

Sejenis perubatan tradisional oleh puak asli Amerika yang pada asalnya digunakan untuk memudahkan proses bersalin. Tumbuhan ini mempunyai 2 jenis khasiat penting iaitu sejenis Oxytocin yang dihasilkan ketika proses bersalin untuk melembut dan melegakan otot-otot uterus ketika proses bersalin dan juga caulosaponin yang mempunyai tujuan yang sama.

Tumbuhan ini diambil ketika bulan-bulan akhir kehamilan bagi persediaan untuk bersalin. Namun, Blue Cohosh akan diambil bersama Black Cohosh yang langsung tiada perkaitan atau persaudaraan dengannya yang akan bertindak sebagai agen untuk pengguguran kandungan.

5. Dong Quai

Dong Quai yang juga dikenali sebagai Chinese Angelica ini sangat terkenal kerana khasiatnya terhadap wanita. Akar Dong Quai yang direbus dengan beberapa ramuan lain dan dijadikan tonik untuk pelbagai masalah puan. Ia dikatakan boleh mengatur kitaran haid, mengurangkan kesan senggugut, dan amat bagus diambil selepas haid untuk menyegarkan semula badan.

Namun Dong Quai yang diambil dalam tempoh awal kehamilan boleh menyebabkan keguguran. Beberapa spesis Angelica dari Eropah dan Amerika mempunyai sifat dan khasiat yang sama seperti yang didapati dari Angelica China namun ia kurang popular dan sangat jarang digunakan.

Kami bagi pihak selangor2u ingin menasihatkan kepada pembaca agar tidak mempraktikkan mana-mana kaedah yang tersebut diatas kerana ianya hanya sekadar informasi untuk dikongsi bersama. Kami tidak akan bertanggungjawab keatas kesihatan pembaca jika ada dikalangan pembaca jika gatal-gatal tangan untuk mencubanya. Pelbagai ubatan dan kaedah moden yang lebih selamat terdapat dipasaran yang boleh dicuba dan jangan lupa untuk mendapatkan nasihat daripada doktor.

PENGUMUMAN-AMARAN-PENTING!!! Selangor2u Blog merupakan arkib artikel yang dimana kami menulis sejak 2008 dahulu. KINI kami kembali menulis root domain kami iaitu selangor2u.com. Teruskan membaca perkongsian terbaru kami di Selangor2u 2018
Kami tunggu anda disana!!!!