Web
Analytics
Together We Share

10 Kaedah Kuno Untuk Mencegah Kehamilan (Part 2)

Sebelum ini penulis telah membincangkan 5 daripada kaedah mencegah kehamilan yang pernah dipraktikkan oleh masyarakat-masyarakat terdahulu sebelum adanya kaedah-kaedah moden seperti kondom, vasektomi, pil perancang dan lain-lain. Jika ada dikalangan pembaca yang masih belum membaca Part 1 kepada artikel ini, klik sini

6. Common Rue


Sejenis tumbuhan herba yang berwarna hijau kebiruan ini selalunya ditanam sebagai hiasan dan amat digemari kerana ianya mudah dijaga. Tumbuhan ini juga sering dijadikan sebagai perasa tambahan kedalam masakan kerana sifatnya yang agak masin.

Seorang pakar perubatan dari tamadun Greek pada abad ke-2, Soranus of Ephesus, yang juga mempunyai pelbagai ilmu tentang sakit puan pernah menceritakan tentang Rue sebagai agen pengguguran. Wanita-wanita dari Amerika Latin selalunya akan memakan tumbuhan ini didalam salad atau direbus menjadi minuman untuk menggugurkan kandungan mereka.

Jika dimakan setiap hari, Rue akan mengurangkan pengaliran darah ke endometrium, iaitu lapisan membrane didalam uterus dan menjadikan uterus tidak subur untuk proses persenyawaan.

7. Kapas


Ebers Papyrus adalah sebuah manuskrip dari tamadun mesir kuno tentang perubatan yang bertarikh 1550 sebelum masihi dan dipercayai diantara yang tertua dari tamadun Mesir. Didalam manuskrip tersebut ada menyebut tentang penggunaan kapas sebagai kaedah mencegah kehamilan.

Wanita pada zaman ini selalunya mengisar kurma bersama kulit pokok Acacia dan madu yang mana kemudiannya akan disapu keatas kapas. Kapas ini kemudiannya dimasukkan kedalam vagina.

Campuran kulit kayu Acacia, madu dan kurma bertindak sebagai agen untuk mematikan sperma manakala kapas itu pula bertindak sebagai penghalang kepada sperma dari terus masuk ke ruang rahim.

Apa yang menariknya adalah, wanita dari Amerika sekitar abad ke-16 juga mengamalkan mengunyah akar pokok kapas sebagai kaedah mencegah kehamilan. Amalan ini dikatakan boleh menghentikan pengeluaran hormon progesterone yang mana diperlukan untuk proses penempelan.

8. Betik


Beik digunakan sebagai agen mencegah kehamilan di sekitar Asia Selatan dan Tenggara. Buah betik yang muda sangat kaya dengan phytochemical yang boleh menghalang penghasilan progesterone untuk proses penempelan.

Biji buah betik juga dikatakan bagus sebagai pencegah kehamilan bagi pihak lelaki. Biji buah betik yang dimakan setiap hari boleh menghentikan penghasilan sperma dan dikatakan bagus untuk kesan jangka panjang. Apa yang lebih menarik adalah apabila lelaki berkenaan berhenti memakan biji buah ini, penghasilan spermanya akan kembali seperti biasa.

9. Silphium


Tumbuhan yang tumbuh di sekitar Cyrenaica (kini dikenali sebagai libya) ini pernah mendapat tumpuan dan sambutan yang hangat satu ketika dahulu sehingga ianya telah menaikkan ekonomi Cyrenaica kerana ramai pedagang akan datang untuk membelinya. Tumbuhan ini banyak dicampur kedalam masakan dan juga ubat-ubatan.

Gaius Plinius atau lebih dikenali Pliny the Elder merupakan seorang pengembara, penulis, pengkaji alam dan juga seorang Komander tentera laut dari Wilayah Roman pernah mencatatkan tentang keberkesanan Silphium sebagai pencegah kehamilan didalam salah satu pengembaraannya.

Menurut Pliny, Silphium hanya perlu diambil sekali dalam masa sebulan dan juga boleh digunakan secara memakan atau memasukkan kedalam vagina. Pada abad kedua, tumbuhan ini dilaporkan telah pupus kerana terlalu popular dan di petik secara berleluasa tanpa kawalan.

10. Merkuri

Merkuri adalah salah satu bahan yang sangat unik dan mendapat perhatian dari pelbagai ahli kimia tidak kira dari tamadun Greek, Roman, Mesir mahupun Assyria (Mesopotamia). Pada masa itu mereka percaya merkuri mempunyai pelbagai khasiat dari segi perubatan.

Namun, tamadun kuno China telah menggunakan merkuri sebagai pencegah kehamilan. Wanita pada zaman ini dinasihatkan untuk meminum merkuri panas untuk menghalang daripada mengandung.

walaubagaimanapun, kajian moden mendapati merkuri adalah sangat bahaya kepada kesihatan sehingga boleh membawa kepada kegagalan buah pinggang dan jantung, kerosakan sistem saraf dan otak, dan juga membawa kepada kematian

Kami bagi pihak selangor2u ingin menasihatkan kepada pembaca agar tidak mempraktikkan mana-mana kaedah yang tersebut diatas kerana ianya hanya sekadar informasi untuk dikongsi bersama. Kami tidak akan bertanggungjawab keatas kesihatan pembaca jika ada dikalangan pembaca jika gatal-gatal tangan untuk mencubanya. Pelbagai ubatan dan kaedah moden yang lebih selamat terdapat dipasaran yang boleh dicuba dan jangan lupa untuk mendapatkan nasihat daripada doktor.

 

 

PENGUMUMAN-AMARAN-PENTING!!! Selangor2u Blog merupakan arkib artikel yang dimana kami menulis sejak 2008 dahulu. KINI kami kembali menulis root domain kami iaitu selangor2u.com. Teruskan membaca perkongsian terbaru kami di Selangor2u 2018
Kami tunggu anda disana!!!!