Web
Analytics
Together We Share

10 Tip Untuk Mendapatkan Perkahwinan yang Bahagia

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan sebuah perkahwinan yang bahagia dan kekal sehingga ke akhir hayat. Namun, bukan semua perkahwinan yang dibina akan membawa kebahagiaan.

10 Tip Dalam Misi Membina Keluarga Bahagia

1. Beri ruang pada pasangan anda untuk lakukan perkara yang dia suka dan meninggalkan perkara yang dia tidak suka. Anda tidak boleh memaksa dia untuk suka apa yang anda suka dan tidak suka apa yang anda tidak suka.

2. Sentiasa luangkan masa untuk bersama dengan pasangan anda. Semakin anda luangkan masa bersama, semakin bahagia anda berdua akan jadi.

3. Jangan perbesarkan pergaduhan yang kecil. Apabila anda berdua bergaduh mengenai perkara kecil, anda tidak perlu terbawa – bawa sehingga ke luar rumah. Selesai segala pergaduhan secara dalaman.

4. Jangan terlalu meletakkan harapan yang tinggi pada pasangan anda kerana ia memberi tekanan kepada pasangan anda secara tidak langsung. Sentiasa beri dorongan dan sokongan kepada dia.

5. Sentiasa berhubungan secara fizikal dengan pasangan anda seperti pelukan, ciuman dan hubungan seks. Jika tiada perhubungan secara fizikal, anda berdua pasti akan rasa jauh antara satu sama lain.

6. Sentiasa adakan perbincangan dengan pasangan anda mengenai semua hal termasuklah hal – hal yang kecil. Buang ego anda jika anda ingin ada komunikasi yang baik dengan pasangan anda.

7. Sentiasa kongsi tanggungjawab dengan pasangan anda. Jangan bertindak seorang diri. Sebaliknya bentuk satu pasukan dengan pasangan anda.

8. Sentiasa ubah perangai anda untuk jadi lebih baik. Dugaan semakin sukar mengikut masa anda berkahwin. Jika anda tidak matangkan diri dari sebelumnya, anda mungkn akan goyah.

9. Sentiasa hormat antara satu sama lain. Jangan tinggikan suara secara membabi buta pada pasangan anda. Hormat dia sebagai pasangan anda.

10. Sentiasa hargai pasangan anda seperti memberi hadiah kepada dia. Walaupun hadiah tersebut mungkin tidak mahal, ia pasti akan menerbitkan perasaan gembira di hati pasangan anda. Namun, bukan semua penghargaan perlu diberi dalam bentuk hadiah.

Kepada yang beragama Islam, ajaran Islam jangan ditinggalkan dan untuk yang beragama lain juga begitu. Walaupun beribu tip telah dilakukan, tanpa KESETIAAN pada pasangan pasti segala yang dibina akan musnah dalam sekelip mata dan sukar untuk mengecapi kebahagiaan yang setiap orang idamkan.

 

PENGUMUMAN-AMARAN-PENTING!!! Selangor2u Blog merupakan arkib artikel yang dimana kami menulis sejak 2008 dahulu. KINI kami kembali menulis root domain kami iaitu selangor2u.com. Teruskan membaca perkongsian terbaru kami di Selangor2u 2018
Kami tunggu anda disana!!!!