Web
Analytics
Together We Share

2 Orang Anak Perempuan, Lambang Kebahagiaan Rumahtangga?

Satu tinjauan yang dibuat oleh blog kekeluargaan www.bounty.com yang dibuat ke atas 2116 buah keluarga yang mempunyai kombinasi pelbagai bilangan anak dan jantina mendapati bahawa pasangan yang memiliki dua orang anak perempuan merupakan keluarga yang bahagia dan paling kurang bermasalah.

Keputusan survey itu mendapati dua orang anak perempuan kurang bergaduh sesama mereka dan lebih senang diuruskan. Mereka kurang memberikan masalah, kurang membuat bising, lebih mendengar cakap ibubapa, dan jarang mengabaikan satu sama lain.

Namun apabila bilangan anak perempuan berganda menjadi 4 orang, hasil tinjauan mendapati ianya adalah yang paling menyusahkan dan memeningkan. 1/3 dari pasangan yang ditinjau mengatakan bahawa susah untuk menguruskan rutin-rutin harian, dan secara purata terpaksa menyelesaikan 4 kali pergaduhan setiap hari.

Faye Mango, jurucakap dari blog tersebut berkata kesemua ibubapa yang ditinjau menyayangi anak masing-masing namun keluarga yang mempunyai ramai anak akan lebih susah untuk diuruskan.

“Hasil penemuan ini sangat menakjubkan kerana kita selalu menganggap anak perempuan selalu berperangai seakan-akan puteri, namun apabila bilangan berganda dari 2 kepada 4, tinjauan mendapati ianya kedudukan keluarga ini jatuh dari tempat teratas (2 orang perempuan) kepada tercorot (4 orang perempuan),” menurut jurucakap tersebut.

Ibu bapa yang ditinjau diminta untuk mengundi dari pelbagai aspek termasuk tahap susah-senang untuk dijaga, keserasian, dan juga keperibadian keseluruhan.

Ibu bapa yang mempunyai 2 orang anak perempuan memberi skor terbanyak terhadap kesemua aspek dan banyak yang memberi komen mereka selalu membantu kerja-kerja dirumah, dan saling menyayangi satu sama lain.

Manakala mereka yang mempunyai 4 orang anak memberi komen mereka terpaksa membeli rumah dan kereta yang lebih besar, susah untuk menguruskan mereka terutama apabila mereka tidak sihat, rutin makan setiap dari mereka juga bercelaru, susah untuk memberi perhatian dan nasihat kepada masing-masing.

Tempat kedua dalam survey ini dipegang oleh seorang lelaki dan seorang perempuan. 68 peratus dari mereka yang mempunyai kombinasi anak sedemikian memberi banyak komen yang positif seperti, mereka berkawan baik, jarang bertengkar tentang barang-barang mainan, dan mudah diuruskan. Satu-satunya komen negatif yang diberi adalah mereka semakin renggang apabila meningkat dewasa.

Tempat ketiga jatuh kepada dua orang anak lelaki kerana mudah diuruskan, tidak perlu memberikan perhatian setiap masa, berkawan dengan sangat baik sehingga meningkat dewasa, dan foto-foto mereka bersama ketika kecil mampu membuat ibu bapa tersenyum sehingga ke hari tua (seperti gambar di atas, comel kan?)

Kedudukan Di Dalam Carta:

  1. 2 perempuan
  2. 1 lelaki, 1 perempuan
  3. 2 lelaki
  4. 3 perempuan
  5. 3 lelaki
  6. 4 lelaki
  7. 2 perempuan, 1 lelaki
  8. 2 lelaki, 1 perempuan
  9. 3 lelaki, 1 perempuan
  10. 3 perempuan, 1 lelaki
  11. 2 lelaki, 2 perempuan
  12. 4 perempuan

Kebaikan 2 Orang Anak Perempuan:

  1. jarang membuat bising
  2. membantu membuat kerja rumah
  3. kurang pertengkaran
  4. mudah diurus
  5. selalu bermain bersama
  6. jarang mengabaikan satu sama lain
  7. selalu mendengar nasihat
  8. kelakuan baik
  9. jarang merendahkan satu sama lain
  10. sayang satu sama lain

Kesusahan 4 anak perempuan:

  1. selalu bertengkar
  2. susah diuruskan
  3. mengabaikan satu sama lain
  4. rutin harian tidak teratur
  5. selalu membuat bising
  6. susah menerima nasihat
  7. susah dijaga terutama ketika sakit
  8. mengambil masa lama untuk bersiap ke sekolah
  9. perlukan rumah dan kereta yang lebih besar
  10. banyak permasalahan yang tidak dapat diselesaikan

Renungan: Ini hanyalah satu hasil tinjauan, dan tidaklah bermakna anda perlu untuk mendapatkan/mengelakkan bilangan anak tertentu kerana anak-anak adalah pemberian Tuhan yang tidak terbanding nilainya kepada sesebuah keluarga. Pastikan anda memberikan perhatian sepenuhnya kepada anak-anak, habiskan masa terluang bersama keluarga, dan menerapkan nilai-nilai murni agar mereka menjadi insan yang berguna.

Seulas Dua Kata: Artikel ini ditulis kerana ramai sahabat-sahabat dan handai krew selangor2u.com kini didalam musim mengawan dan naluri keibubapaan semakin meninggi. Jemputan-jemputan ke majlis-majlis semakin menimbun dan 10 jari disusun memohon maaf kepada majlis yang tak dapat dihadiri. Sekalung tahniah kepada yang sudah lepas, semoga berjaya kepada yang dalam perancangan.

P/S: Penulis sukakan kombinasi ditangga kedua, kalau kembar lagi bagus! hahaha

 

PENGUMUMAN-AMARAN-PENTING!!! Selangor2u Blog merupakan arkib artikel yang dimana kami menulis sejak 2008 dahulu. KINI kami kembali menulis root domain kami iaitu selangor2u.com. Teruskan membaca perkongsian terbaru kami di Selangor2u 2018
Kami tunggu anda disana!!!!