Sejarah Hari Raya Aidiladha/Korban

Sejarah Hari Raya Aidiladha/Korban

Raya Haji, Raya Korban dan Aidiladha, sememangnya mempunyai pengertian yang sama. Bersempena dengan Raya Korban pada tahun ini sebagaimana yang kita tahu jatuh pada 08 hb December 2009 pada tahun ini saya ingin mengucapkan:

Selamat Hari Raya Korban/ Aidiladha kepada semua rakan-rakan blogger,rakan-rakan forum, rakan-rakan forum terutamanya di forum wangcyber sekalian yang beragama islam. Namun, seperti biasa dalam keghairahan balik bercuti di harap semuanya berhati-hati di jalan raya, jangan sampai kita pula yang terkorban. Maaf Zahir Batin untuk semua terutamanya yang mengenali saya dan juga yang mengenali secara maya(Internet)

Mungkin ada di antara kita yang telah lupa mengenai Hari Raya Korban ini, maklumla di negara kita Aidilfitri lebih meriah dari Aidiladha. Jika soalan bilakah tarikh Hari Raya Aidilfitri mengikut kalendar islam saya rasa budak darjah satu pon tahu jatuh pada setiap 1Syawal.

Namun, saya kira mesti ramai yang terlupa bila pula Hari Raya Aidiladha mengikut kalendar islam? Ai bang, garu-garu kepala nampak icon wink Sejarah Hari Raya Aidiladha/Korban . Jika mengikut kalendar islam Hari Raya Aidiladha bermula pada 10,11,12 dan 13 Zulhijjah pada setiap tahun dan disambut seluruh dunia oleh umat islam.

Majlis korban pula hanya bermula setelah khatib selesai membaca khutbah JUMAAT Aidiladha (Jangan lupa khutbah selepas sembahyang yea) sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijjah.

Sejarah Hari Raya Korban

Hari raya korban merupakan hari memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim yang sanggup untuk mengorbankan anaknya(Nabi Ismail) demi tuntutan Allah Yang Maha Esa. Nabi Ibrahim juga sinonim dengan gelaran Khalil Ullah iaitu bermaksud “Sahabat Allah“.

10 Zulhijjah juga merupakan tarikh dimana Nabi Adam dan Hawa di usir dari Syurga ke bumi kemudiannya bertemu kembali di padang Arafah.

Sumber rujukan :: http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidil_Adha

p/s: Jangan lupa untuk subcribe di blog saya kerana tutorial-tutorial yang akan berguna untuk semua saya akan sediakan di blog ini. Jadi dengan memasukkan email di sini Subscribe to selangor2u.com by Email anda terus mendapat update/tutorial saya ke email anda. Mekasih!!!

PERINGATAN: Informasi di blog ini dipetik dari pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Sebarang tips kesihatan perlulah mendapatkan nasihat pakar.
Tags: , ,

About mazuki

Mazuki is the founder and editor of selangor2u.com

More in this category (Headline)

Subscribe to Comments RSS Feed in this post

4 Responses

  1. selamat hari raya aidil adha untuk kamu!

    <abbr>shaxx’s last blog post..PayPal into Tune Money</abbr>

  2. Salam Aidiladha juga..

    Xde contest ucapan raya lagi ke…? Ahakz…

    <abbr>PakciQue’s last blog post..Hari Ini Aku Demam</abbr>

  3. huhu..xde modal la pakcique

  4. selamat hari raya pada admin..banyak info menarik..thanks bro

Page 1 of 11

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*