Chong Wei Bertemu Lin Dan Lagi Di Terbuka Switzerland

Chong Wei Bertemu Lin Dan Lagi Di Terbuka Switzerland

Untuk buat kali keberapa saya sudah lupa tapi besok sekali lagi Chong Wei akan bertemu dengan Lin Dan di perlawanan akhir badminton Terbuka Switzerland.

Mampukah Chong Wei untuk menewaskan Lin Dan?

Persoalan inilah yang belum lagi terjawab untuk rakyat Malaysia apabila pertemuan baru-baru ini di perlawanan akhir All England lagi berpihak kepada Lin Dan.

Lin Dan ke perlawanan akhir apabila menewaskan rakan senegara Cheng Jin pada separuh akhir manakala Chong Wei menewaskan peserta dari Denmark (Lupa Ejaan Nama) dengan 21-12 20-22 21-9 .

Semoga Chong Wei dapat mengembirakan semua rakyat Malaysia untuk pertemuan dengan Lin Dan besok sekaligus membuang badi kekalahan kepada pemain China ini yang nampak terlalu kental untuk dikalahkan lawan pada ketika ini.

Malaysia Boleh Chong Wei Lagi Boleh !!!

PERINGATAN: Informasi di blog ini dipetik dari pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Sebarang tips kesihatan perlulah mendapatkan nasihat pakar.
Tags: 

About mazuki

Mazuki is the founder and editor of selangor2u.com

More in this category (Sukan)

Subscribe to Comments RSS Feed in this post

4 Responses

    • malam rasanya…tak tahu waktu yang tepat tapi dalam kul 1 atau 2 la kot…semalam dalam area tu dia lawan semi final…

  1. silap info…game chong wei sekejap je lagi sekitar pukul 9 malam jap lagi.. kat astro 811

  2. saper menang ek ?tertido smlm tak sempat tengok..hu hu

Page 1 of 11

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*