Khasiat Disebalik Meminum Teh

Teh sememang begitu sinonim dengan rakyat Malaysia dan terutamanya untuk orang Melayu begitu juga dengan orang Cina. Tahukah anda, secawan teh mengandungi 30-40 mg kafein. Teh juga dikatakan bukan sahaja mampu menghilangkan sakit kepala dan sukar tidur malah tubuh badan juga akan menjadi lebih cergas dan segar.

Kelebihan-kelebihan minum teh

1. Kafien yang terkandung dalam teh lebih rendah berbanding kopi

2. Teh dapat membantu melancarkan pengaliran darah. Mereka yang  meminum teh (teh o) paling kurang 2 kali sehari mempunyai risiko yang kurang untuk diserang penyakit jantung.

3. Teh dapat menguatkan tulang. Mereka yang mengamalkan meminum teh lebih dari 10 tahun akan mempunyai tulang yang lebih kuat. Tak perlu susu Anlene lagi.

4. Teh dapat meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan.

5.  Teh tidak mempunyai sebarang kalori kecuali teh yang ditambah dengan gula atau susu. Jalan terbaik tambahkan madu lebah 😉

6. Teh hijau mampu meningkatkan metabolisme badan dan mampu untuk membakar kalori sehingga 70-80

PS : Jangan mengamalkan meminum teh cap masjid. Teh ini dikatakan mengandungi bahan pewarna yang tidak dibenarkan. Minumlah teh yang original.

4 thoughts on “Khasiat Disebalik Meminum Teh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *