Keputusan Perlawanan Manchester United 3 Malaysia 2. Apabila perlawanan Malaysia menentang kelab-kelab besar seperti ini tiada apa yang diharapkan melainkan kurang bolos dan berapa jaringan bakal skuad negara cipta.
Sememangnya kemenangan menentang pasukan kelab besar sebegini sangat diharapkan tapi kita perlu juga mengukur baju dibadan sendiri dan perlu akui mereka lebih world class permainannya.
Dengan 2 jaringan yang dicipta oleh Amri Yahyah sekurang-kurangnya mengembalikan penonton ke stadium ingin melihat aksi Malaysia.
Gol-gol untuk perlawanan Man united Vs Malaysia
Rooney 8, Nani 28, Owen 85 – Man U
Yahyah 45, 52 – Malaysia
Man United juga secara rasminya telah membatalkan perlawanan mereka di Indonesia oleh kerana kejadian letupan bom di hotel di Jakarta. Man United juga secara rasminya akan melawan sekali lagi Skuad Bawah 23 negara pada Isnin ini 20 Julai 2009.
