Home » Isu Semasa » Dalam Negara » Tinggalkan Amalan Mandi Bogel
Tinggalkan Amalan Mandi Bogel

Tinggalkan Amalan Mandi Bogel

Teknologi sekarang semakin canggih dulu telefon hanya untuk berbual sekarang gambar dan video pon boleh rakam.

Video-video bogel juga bersepah di internet dan lagi bersepah yang tak di internet. Baru-baru ini seorang adik merakam aksi mandi bogel kakaknya la pulak. Tapi tidak tersebar di internet kerana kantoi dulu dengan kakak sendiri akhirnya kakak membuat laporan polis kerana adik sendiri.

KUALA LUMPUR: Seorang adik sanggup merakam gambar bogel kakaknya yang sedang mandi secara sembunyi sebelum dimuat turun dalam komputer tanpa diketahui niat sebenar perbuatan itu, Sabtu lalu.

Sebelum itu, adik lelaki mangsa berusia 22 tahun dan tidak bekerja dikatakan meminjam komputer riba kakaknya, kira-kira jam 8 malam.

Mangsa berusia 26 tahun dan kakitangan kerajaan itu dikatakan tinggal bersama adiknya di Sentul.

Sumber polis berkata, mangsa hanya menyedari aksi bogelnya ketika mandi dirakam selepas mengambil semula komputer riba yang dipinjam adiknya itu.

“Mangsa mendakwa sebelum kejadian hanya dia dan adiknya berada di rumah mereka yang menjadi lokasi insiden rakaman tanpa izin itu.

“Mangsa yang ketika itu keletihan pergi mandi tanpa menyedari perbuatannya itu dirakam adiknya,” katanya.

Sebaik selesai mandi, mangsa mendapatkan kembali komputer riba yang dipinjam adiknya sebelum ini.

Ketika mangsa membuka komputer itu, dia mendapati skrin tertera fail dengan format 3gp sebelum membukanya.

“Mangsa terkedu sebaik mendapati klip wanita bogel dalam tempoh tiga minit adalah dirinya dan selepas melakukan pemeriksaan, mangsa mendapati klip itu dirakam pada hari adiknya berada di rumah.

“Klip video itu jelas memaparkan keadaan mangsa berbogel,” katanya.

Mangsa kemudian mengesyaki rakaman itu dilakukan adiknya sendiri sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Brickfields.

Jadi untuk mengelakan anda kena seperti ini, jangan mandi bogel walaupun dirumah. Hati-hati sebelum kena icon wink Tinggalkan Amalan Mandi Bogel

2 comments

  1. x guna betul la adik die tu..

  2. aii. adek sendiri pun boleh buat hal..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Scroll To Top