Update : UCAPAN RAYA KREATIF SIRI 3 2010
Belum terlambat rasanya untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua umat islam terutamanya kepada pengunjung blog selangor2u.
Seperti mana tahun lepas pada awal penglibatan saya dalam dunia blogging saya ada membuat pertandingan ucapan raya kreatif.
Tahun lepas saya bermula agak lewat dan tahun ini untuk memberi peluang lebih ramai menyertai pertandingan ini saya bermula pada awal ramadhan dan berakhir pada malam menjelang syawal nanti.
Apa yang penting ialah ucapan original dan sejauh mana mampu menarik perhatian juri untuk memilih ucapan anda sebagai pemenang.
Syarat-syarat Pertandingan Mudah Saje :
- Ucapan tidak kurang 30pp dan tidak melebihi 100pp
- Setiap orang hanya boleh buat 2 komen/ucapan raya kreatif
- Pemenang akan menerima wang tunai sebanyak RM50 (nanti aku akan bank in)
- Pertandingan ini akan berakhir pada malam raya
- Sila sertakan email korang pada akhir ucapan
- Jika kami rasa ada 2 atau lebih ucapan yang menarik, kami akan pilih siapa komen dahulu (Jadi komen la ucapan raya korang cepat-cepat)
Tinggalkan ucapan raya kreatif anda di bahagian komen post ini
Rujukan :

23/08/2009 at 6:20 PM
mcm best…
nk try join..huhuhuu
24/08/2009 at 6:27 AM
jgn try2 tapi join terus
24/08/2009 at 5:25 PM
Andai jemari tak sempat berjabat, andai raga tak dapat bertatap,
seiring beduk yg menggema, seruan takbir yg berkumandang,
kuaturkan salam menyambut hari raya idil fitri,
Jika ada kata serta khilafku membekas lara mohon maaf lahir batin.
SELAMAT IDIL FITRI
Ketika lisan tak terjaga,ketika janji terlupakan,ketika sikap tidak berkenan,ketika ku fikir yg bukan-bukan,tercipta sesal,luka dan salah padamu kawan.
Di hari nan fitri dan pnuh kemenangan ini,ku mohonkan maaf atas segala salah dan khilafku padamu kawan.
Selamat hari raya idil fitri 1 syawal 1430 h.
minal aidzin walfaidzin
m0hon mf lahir dan batin!!
25/08/2009 at 4:50 AM
anak gorila jatuh titi
ibu kera terlompat2
nk hntar kad raya posmen dh cuti
hantar kt selangor2u…ok what??
SELAMAT HARI RAYA MAAAF ZAHIR BATIN BUAT FAMILY, RAKAN2 DAN PEMBACA BLOG SELANGOR2U.COM
25/08/2009 at 5:31 AM
PASTIKAN MASUKAN EMEL YANG BETUL YEA…NANTI SENANG NAK KONTEK
25/08/2009 at 7:19 PM
Sayu Terdengar gema takbir,
Bergema sayup mengundang lebaran,
Menitis air mata jatuh ke pipi,
Sayu hati meninggalkan Ramadhan,
Terkenang insan nun jauh di seberang lautan,
Mengimbau segala kenangan lebaran.
Fajar menyinsing di hari kemenangan,
Syawal di sambut laungan ALLAHUAKHBAR!,
Ku rapatkan sujud di sejadah tanda kesyukuran,
Ku rapatkan tangan memohon kemaafan.
Sepuluh jari di hulur tanda ketulusan,
Jutaan kemaafan turut di dambakan,
Salam barakah salam lebaran,
Buat semua insan di hari lebaran.
25/08/2009 at 10:45 PM
Alamak. Koleksi aku semua kurang 30pp la.
Ni kena cari ilham lain ni.
27/08/2009 at 1:20 PM
kalau gabung seme koleksi 30pp ko tu aku rasa cukup la 100pp kot..haha
27/08/2009 at 6:05 AM
esk akan aku buatkan satu ucapan hari raya
kn perah otak ni supaya ianya nampak creatif dan menarik
27/08/2009 at 6:23 AM
Takbir bergema berakhirlah puasa..
Sedih terasa hiba di dalam dada..
Hanya ku pasrah berdoa pada Yang Maha Esa
Bilakah lagi Ramadhan yang mulia akan menjelma?
Namun, dalam hiba tangisku..
ku titipkan sepuluh jariku mendamba kemaafan darimu..
Harap maafmu tiada nokhtahnya..
Peluang takkan ku lerai bila syawal tiba
Kerana itulah jemari emasku mohon penghapus dosa..
Tanda kita Satu Malaysia gembira bersama..
Sahabat.. Dengarkan kalamku yang suci untukmu
Salam Lebaran Maaf Zahir & Batin ku pinta lagi darimu
Wassalam …
27/08/2009 at 7:42 AM
hoho.nnt aku masuk.tggu marzuki =)
28/08/2009 at 1:00 PM
nantikan penyertaan dari aku.. pastu ko terus bank in rm 50 tu ye..
28/08/2009 at 1:39 PM
apa kata aku xyah bagi rm50 ni…tapi ko bagi buku je kat aku…sebab aku akan menang pertandingan ko buat tuh..hahahahaha
sesiapa join kat pertandingan ni jgn lupa join jugak pertandingan di blog saudara nueman kita nie…
http://blog.nuaeman.com/umum/ramadhan-contest-dat…
kurang2 dah boleh dapat rm100
28/08/2009 at 11:37 PM
Ok marzuki aku dah betulkan sendiri..
nanti yang first tu ko delete ok.
Satu Syawal Menjelma lagi
Ucapan Dikirim Penganti diri
Nak pergi beraya dah tak berani
Takut dijangkiti Selsema babi.
Salam dihulur Maaf Kupinta
Moga diberkati di hari Mulia
Andai kau masih berhajat nak beraya
Janganlah lupa pakai topeng muka
Ketupat,Rendang,dodol dan kuih suji
Hidangan raya yang sudah pasti
Bukanlah bermaksud diriku ini takut mati
Cuma berhati-hati demi semua dan pastinya famili
Ucapan dah kukirim, Kemaafan dah kupohon
Sebarang terlanjur kata harap diampun
Disini kusertakan sekali maybank akaun
‘Bank in’kanlah duit Raya ku tak kisah berapa pun amaun!
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin
31/08/2009 at 6:17 PM
Fitrah kita sebagai manusia
Takkan lari dari lakukan kesilapan
Dalam kehidupan seharian
Tak semua orang mampu terima apa lidah tuturkan
Tak semua orang mampu tersenyum atas segala gerak perbuatan
Tanpa sedar ada diantaranya yang bisa mengguris perasaan
Dari itu
Di Hari yang mulia ini
Beribu kemaafan kupohonkan
Andai lidah ada terlanjur bicara
Andai perbuatan pernah buat hatimu terluka
Percayalah segalanya berlaku tanpa sengaja
Atas kelemahanku sebagai seorang manusia
Selamat Hari raya Aidilfitri
Maaf zahir dan Batin
Dariku di kejauhan..
31/08/2009 at 9:47 PM
selamat berpuasa buat semua umat islam.
02/09/2009 at 1:59 PM
xlulus ni tuk pertandingan
01/09/2009 at 1:57 PM
# Pertandingan ini saya bermula pada awal ramadhan dan berakhir pada 3 syawal nanti.
# Pertandingan ini akan berakhir pada malam raya.
Syarat tak jelas?
01/09/2009 at 3:02 PM
# Pertandingan ini akan berakhir pada malam raya.
kesilapan distu..trima kasih kerana bagitau
01/09/2009 at 10:06 PM
sama2!
02/09/2009 at 2:58 AM
jom ramai2 join pertandingan ni….
16/09/2009 at 5:14 AM
ajak orang..kamu ni bila nak join ek..huhu
09/09/2009 at 10:33 AM
Kepada yang sudah bekerja, jangan lupa untuk mengerjakan zakat agar duit gaji akan menjadi berkat.
Kepada yang masih belajar, puasa menjadi cabaran sebenar. Jika puasa pun tak dapat nak sabar, tak guna ilmu dunia bagai nak rak dikejar.
Kita semua bukannya sempurna, maafkan aku jika terasa. Bukan nak perli tak tentu hala, hanya sedikit nasihat di Hari Raya.
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
punk3iz@gmail.com
12/09/2009 at 4:41 PM
hahaha !! tadi salah post kat entry tahun lepas !!
Anak-anak zaman sekarang jangan kamu terlupa, bukan kita meraikan dapat pakai baju baru, dapat tengok bunga api, dapat makan kenyang-kenyang, dapat cipta air bom(mercun) sendiri tapi mengalami pengalaman berpuasa dan berakhir dengan Hari Mulia, Hari Raya !!
12/09/2009 at 5:54 PM
Jika pernah
Wajah tidak dipaling
Senyum tidak diukir
Sapaan tidak dibalas
Huluran tidak berjabat
Undangan tidak dipenuhi
Panggilan tidak dijawab
Hanya ada
Satu perkataan
Yang bisa menghapuskan
Khilaf dan dosa
Meski sebesar zarah
Atau sekecil Jupiter
..MAAF..
pakcique[at]gmail[dot]com
12/09/2009 at 10:08 PM
kenapa aku rasa sangat gembira
bagai ada sesuatu yang akan tiba
hati pula terasa hiba
mengenang keluarga nun jauh di sana
sambil mengelamun aku terlupa
saat bersama sahabat2 di sana
akhirnya aku kembali juga
dengan tujuan dan niat yang sama
meraikan hari mulia bersama keluarga tercinta
hari mulia hari berbahagia
akan ku kenang sampai bila2
Selamat Hari Raya,bersama2 kita meraikannya
salam kemaafan kepada semua
dedikasi buat ayah dan bonda serta yang mengenali diri seadanya
16/09/2009 at 5:02 AM
Dihari yang mulia ini, saya sekeluarga ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin.
Maaf, tak reti buat ucapan kreatif
16/09/2009 at 5:11 AM
boleh la ni…memeriahkan majlis
22/08/2010 at 3:36 PM
Tgh nak karang2 ayat power untuk pertandingan ni
22/08/2010 at 4:57 PM
tahun ni punye belum buat lagi…hahaha sabo yea sebelum join tu