Home » Isu Semasa » Dalam Negara » (Gambar) Misteri 36 Sejadah Berdiri Di Kelantan
(Gambar) Misteri 36 Sejadah Berdiri Di Kelantan

(Gambar) Misteri 36 Sejadah Berdiri Di Kelantan

Kecoh satu Malaya dengan berita 36 sejadah di surau Sekolah Kebangsaan Tok Sangkut Pasir Mas Kelantan ditemui berdiri.

Ramai berpendapat ini semua mungkin perbuatan kanak-kanak nakal sahaja.

 (Gambar) Misteri 36 Sejadah Berdiri Di Kelantan

Tidak perlu rasanya untuk kita rasa ini sesuatu yang perkara yang ajaib. Kakitangan Pejabat Agama Pasir Mas juga terpaksa untuk mengambil semua sejadah berkenaan dikhuatiri ada dikalangan umat islam yang salah anggap yang boleh menimbulkan khurafat.

20 comments

  1. kuasa ALLAH S.W.T..tiada saperk yg mampu menandingi…

  2. Keajaipan Allah swt. tiada apa yg mustahil :)

  3. Keajaipan Allah swt. tiada ada yg mustahil :)

  4. sejadah ni je ke yg sembahyang? yg lain mcm mn? berjuta dlm dunia ni… ada agama jgn mudah sgt terpesong.. patut la byk org beragama islam jdi lemah.. senang diputar belit..

  5. apa pun hanya tuhan saja yg tau maksud dan tujuan sejadah berdiri itu

  6. alehhhh……tembirang ja 2…

  7. jgn mudah terpedaya…..

    semua 2 just kerja dak2 nakal…

    kang xmemasal terpesong akidah…

    dak2 yg berani2 wat sjdah 2 berdiri patut

    dikenakan hkuman….

  8. ADA yang percaya kisah sejadah berdiri dengan sendirinya dilakukan oleh kuasa ghaib. Tidak kurang juga yang melihatnya sebagai helah individu ‘nakal’ semata-mata.

    Di sebuah rumah di Kampung Tok Sangkut, Repek, Pasir Mas, Kelantan, contohnya, sehelai sejadah milik Sharifah Nor Syed Agil, 61, disaksikannya dan anaknya, Mohd. Faizal Mohd. Zin, 27, berdiri dengan sendirinya. Menurut mereka, sebelum itu sejadah itu terlipat dan diletakkan di tempat yang lain.

    Rupa bentuk sejadah itu digambarkan mereka seperti seorang lelaki atau wanita yang sedang menunaikan sembahyang dan berada dalam keadaan duduk di antara dua sujud.

    Beberapa lagi insiden yang sama berlaku dalam skala besar di beberapa buah surau di Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan yang melibatkan sehingga 35 helai sejadah pada satu masa.

    Bagi mencari kebenaran insiden itu, krew Jurnal mencuba sendiri untuk membuat sehelai sejadah berukuran 110 sentimeter darab 70 sentimeter dan berketebalan 0.3 sentimeter berada dalam posisi berdiri.

    Ternyata, dengan sedikit tenaga dan kreativiti untuk melipat sejadah itu, ia dapat berdiri sendiri dengan mudah dan stabil sehingga ketinggian lebih 50 sentimeter. Malah, bentuk seorang lelaki atau wanita duduk di antara dua sujud juga berjaya kami hasilkan dengan merujuk gambar yang pernah dirakam di tempat-tempat kejadian.

    Menurut Profesor di Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan merangkap Timbalan Dekan ISTAC, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abd Majid, kisah yang menggemparkan Malaysia lewat seminggu itu hanyalah pembohongan semata-mata.

    “Malang sekali masyarakat kita masih tebal dengan perkara tahyul dan khayalan seperti itu. Saya tidak melihat kepada sejadah itu, sebaliknya mentaliti masyarakat. Ia hanya menunjukkan kita terkebelakang berbanding taraf masyarakat berfikiran maju yang kononnya dipegang selama ini.

    SEHELAI sejadah berdiri di sebuah rumah di Taman Haji Mohd. Amin, Permatang Pauh, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

    “Kalau dibandingkan dengan rakan-rakan negara jiran, kita sudah menunjukkan taraf pemikiran yang rendah dan mengecewakan.

    “Nampaknya masyarakat kita masih belum bersedia untuk berdepan dengan situasi seperti itu. Saya juga benar-benar berharap para ulama cukup sensitif dan cepat memberi reaksi kepada perkara seperti itu,” ujarnya.

    Merujuk kes sejadah berdiri di surau di beberapa negeri, Mahmood berpendapat ia hanyalah perbuatan kanak-kanak nakal. Silapnya, kata Mahmood, masyarakat terlalu cepat mempercayainya sebagai sesuatu yang ajaib.

    “Apabila ia terlalu ‘dipopularkan’ maka individu yang bertanggungjawab tidak berani lagi untuk tampil ke depan dan mengakui tindakan mereka. Isu ini dapat dibandingkan dengan panggilan palsu yang mencecah 80 peratus setiap tahun.

    “Bagi pihak yang mengatakan surau dikunci sebelum kejadian juga saya lihat sebagai ulasan yang dibuat tanpa usul periksa sekiranya dia tidak berbohong,” bidas Mahmood.

    Islam, katanya, ialah agama realiti dan tidak bersandar kepada perkara ajaib.

    “Allah tidak akan menunjukkan kuasanya menggunakan cara yang sebegitu remeh. Sesungguhnya mukjizat paling besar yang diturunkan kepada kita ialah kitab suci al-Quran, yang menguji akal dan minda. Malah, saya fikir, tujuan ia dilakukan juga lebih remeh daripada yang kita sangkakan.

    “Tidak mustahil sejadah didirikan untuk menarik minat orang agar berkunjung ke surau itu atau dengan tujuan memperlekeh masjid yang dibina begitu hebat tetapi jarang sekali digunakan,” katanya.

    Jika pun ia dilakukan untuk mensabotaj secara meluas dengan tujuan membuatkan anak-anak muda lali, Mahmood tidak menolak ia satu permainan yang sangat nakal.

    “Tidak perlulah dipanjangkan isu ini. Ia lebih banyak memalukan agama dan bangsa kita,” tegasnya.

  9. budak2 yg buat. tak percaya cubalah buat guna sejadah sendiri.. mmg jadi pun sebijik dgn gmbr diats. knapalh org melayu prcaya sngat bnda2 begini.

  10. budak budak yang buat ni. sebelum ni kan ada kes yang sama sejadah ditemui sedang sujud di rumah orang perseorangan. budak budak sekolah ni dah dapat ilham untuk buat hoax lah tu.

    Hipotesis,

    kalau benar sejadah ni sembahyang, kenapa pula tak sembahyang secara berimam? kenapa jarak jauh-jauh, tak ada saf, nampak macam tengah sembahyang sendiri-sendiri? kot ya pun nak tunjuk keramat, biarlah ikut sunah.

    kepada yang mudah sangat nak menerima fenomena semacam ini, fikirlah dengan akal fikiran, janganlah terlalu mudah bersetuju untuk menerima apa sahaja secara bulat-bulat.

    setiap makhluk memang sembahyang dan memuji kebesaran tuhan, tapi dengan cara mereka sendiri, takkan pokok dan batu pun kena sujud macam manusia?

  11. Benda-benda macam ni bukan dibuat-buat. Kuasa Allah Taala. Situasi dunia sekarang semakin rakus melakukan maksiat. Zina, arak, sumbang mahram semakin menjadi-jadi. Manusia seolah-olah mempermainkan kejadian-kejadian aneh yang Allah Taala turunkan mungkin sebagai petanda bahawa dunia ini sudah sudah tidak mampu menampung segala perlakuan maksiat yang dilakukan oleh manusia. Baru-baru ini dalam bulan Ramadhan, wanita yang beragama Islam sanggup menyediakan khidmat seks untuk lelaki-lelaki warga asing sedangkan dalam bulan Ramadhan kita digalakkan banyak beribadat. Fikir secara logiklah, takkan benda-benda macam ni boleh dibuat-buat?! Memang kita tidak digalakkan percaya benda-benda yang macam ni takut ia mendatangkana khurafat. Tetapi bagi saya memandangkan keadaan dunia sekarang yang mana manusia-manusia sekarang gemar melakukan maksiat adalah tidak mustahil ini semua mungkin petanda kemurkaan Allah Taala dan mungkin juga akan berlaku kejadian-kejadian bencana alam. Kita tak perlu percaya tetapi harus akur dgn kekuasaan Allah Taala dan kemurkaanNya. Sama-samalah kita menginsafi diri sendiri dan meningkatkan tahap ketakwaan dan keimanan kita kepada Allah SWT

    • setuju dengan pendapat saudara. hati kecil saya berkata kejadian ini sebagai salah satu peringatan atau amaran yang Allah ingin tunjukkan.

  12. mula² 1, lepas tu 2, lepas tu 6, sekarang 36… makin melampau

    • macam tak logik…

      aku rasa nie ade budak2 main2 ni..

      • nampak mcm d buat eja…….kalau lah ya benar, tu kuasa

        Alloh….. satu peringatan kpd umat, sedangkan sejadah

        ta bernyawa blh sembayang, ini lagi manusia di luar sana

        cukup sifat, masih angkuh lagi ta sedar siapa dia………..

      • Ntah lh ye..dunia akhir zaman mcm2 boleh berlaku..x de yg mustahil kn…itu pndapat aku lh..salam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Scroll To Top