Adakah PAS mampu untuk menang di DUN Bagan Piang dalam persaingan 2 penjuru antara PAS dan UMNO di pilihan raya kecil bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.
Mengikut perkembangan dan keputusan pilihanraya kecil sebelum ini pakatan rakyat menang kesemua pilihanraya yang dijalankan.
Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad akan ditentang oleh calon PAS iaitu Pesuruhjaya negeri, Zulkefly Mohamad Omar.
Walaupun pada pilihanraya 2008 PAS tidak diterima di Bagan Pinang namun ramai yang berkeyakinan yang PAS mampu untuk menang kali ini.
Perang poster dan kempem telah pun berjalan bermula kelmarin.
Menurut mstar online PAS telah melancarkan serangan pertama dengan isu kelemahan kepimpinan ISA ketika beliau menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun kerana banyak projek-projek terbengkalai.
“Soal anak tempatan tak timbul sangat, kita pun tak main isu anak tempatan sangat… tapi mereka sebenarnya rasa takut kerana (calon) mereka bukan anak tempatan, mereka khuatir dan takut dengan bayang-bayang.
“Soalnya di sini bukanlah mengenai anak tempatan tapi soal kemampuan.
“Kalau saya tengok kenyataan calon PAS dalam akhbar hari ini, dia mengatakan kalau dia menang dia akan mengenali masalah, sedangkan saya dah tahu masalah dan tahu cara menyelesai, itu perbezaan antara BN dengan pembangkang,” katanya.
Mengenai isu projek terbengkalai, Mohd Isa menjelaskan PAS sebenarnya sekadar membangkitkan isu untuk menimbulkan kemarahan rakyat tanpa mengetahui sebab ia terbengkalai.
“Mereka tahu sebut sahaja, tapi tak tahu apa yang berlaku kerana sebahagian projek yang terbengkalai itu adalah projek swasta,” katanya lagi.
-ISA SAMAD Mstar online-
Bagaimana pula dengan isu rasuah ISA SAMAD sebelum ini?
Nik Aziz menyifatkan UMNO-BN tidak begitu serius dalam usaha untuk membanteras RASUAH dan politik wang. Jadi dimanakah Konsep 1Malaysia; Rakyat Didahulukan; Pencapaian Diutamakan?
“Itu menunjukkan ia (usaha Umno-BN berjuang hendak menghapuskan rasuah dan politik wang) sekadar buat-buat.
“Kerajaan sekarang yang bercita-cita menghapuskan rasuah itu sebenarnya sekadar buat-buat saja, bukan sebenar, bahkan mereka menunjuk-nunjuk di hadapan rakyat saja, hakikatnya mereka terbabit dengan rasuah,” katanya yang juga Menteri Besar Kelantan.
“Semuanya itu berpunca daripada orang tidak ingatkan kepada akhirat. Kalau mereka ingatkan kepada akhirat, mereka tidak akan menderhakai Allah.
“Akan tetapi oleh kerana BN masih menganggap bahawa politik wang dan rasuah adalah sesuatu yang tidak apa-apa, sesuatu yang tidak merupakan kesalahan besar, maka sebab itu mereka memilih Isa.
“Dan ini mengukuhkan lagi anggapan umum bahawa BN memang mendukung konsep politik wang dan politik rasuah,” katanya kepada pemberita sele[as menghadiri majlis meraikan keluarga mangsa ragut (yang meninggal) dari Bachok di sebuah hotel di sini baru-baru ini.
“Saya fikir pengundi-pengundi Bagan Pinang (bagi Pilihan Raya Kecil pada 11 Oktober nanti) adalah pengundi yang terpelajar dan ada kesedaran politik.
“Mereka walau pun menyokong BN tetapi calon BN adalah satu calon yang tidak menggambarkan sebuah harapan untuk memilih pemimpin-pemimpin yang benar-benar bersih, saya yakin pengundi BN di Bagan Pinang akan mengundi calon Pakatan Rakyat.
“Kita serahkan atas kebijaksanaan para pengundi Bagan Pinang untuk memilih satu calon yang bersih.
-NIK AZIZ harakahdaily-
11 Oktober 2009 nanti menjadi penentu siapakah bakal penduduk Bagan,Pinang akan pilih.
P/S : Kalau kita tahu orang tu suka mencuri adakah kita akan suruh dia tukang jaga kedai?
