Peribahasa Umpama Melepaskan Batok Di Tangga

Peribahasa Umpama Melepaskan Batok Di Tangga

Sebenarnya ramai yang menyalahgunakan peribahasa ini. Sebenarnya bukan melepaskan batuk tetapi batok. Disebabkan perubahan ejaan batok ini kepada batok menjadikan ramai golongan muda tidak tahu apa sebenarnya batok yang dimaksudkan dalam peribahasa ini.

Batok yang dimaksudkan bukanlah batuk “uhuk..uhuk” seperti yang kita sakit itu. Batok ini ialah penyedok air yang diperbuat daripada tempurung yang digunakan pada zaman dulu-dulu di rumah atok nenek kita untuk menyedok air didalam tempayang untuk basuh kaki.

Selepas kita gunakan sepatutnya diletak semula didalam tempayang atau di atas penutup tempayang bukannya di atas tangga macam tu je.

Jadi peribahasa ini bermaksud orang yang buat kerja tidak sempurna atau hanya amek syarat atau dengan kata lain membuat kerja tidak bersungguh-sungguh. Mungkin boleh disamakan dengan hangat-hangat taik ayam dipegang panas dicium jangan.
batok penyedok air dalam tempayang Peribahasa Umpama Melepaskan Batok Di Tangga

Apa pula kaitannya peribahasa Melepaskan batok ditangga dengan Indonesia ?

Tak ada apa pun sebenarnya hanya ingin memberi idea kepada Indonesia mana tahu nak wartakan yang Batok itu cipta asal dari Indonesia sepertimana yang kes terbaru Indonesia wartakan yang batik seni melayu berasal dari Indonesia.

Sebab kita sendiri pon maklum yang melayu di Malaysia ini banyak kacukannya dan kebanyakan dari kita bukan orang asli Malaysia. Mungkin kita di Melayukan dalam IC. Sejarah juga membuktikan Parameswara berasal dari Palembang ( Ada kaitan ke dengan kenyataan ni? Ada kot)

Adakah umah korang, nenek,atok atau jiran korang masih menggunakan batok ?

PERINGATAN: Informasi di blog ini dipetik dari pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Sebarang tips kesihatan perlulah mendapatkan nasihat pakar.
Tags: , ,

About mazuki

Mazuki is the founder and editor of selangor2u.com

More in this category (Tahukah Anda?)

Subscribe to Comments RSS Feed in this post

26 Responses

  1. ooo bgtu ye…ngtkn batok skit tekak tu..bkn sasterawan..hee

  2. Berinfomatif entri ini. Selama ini saya dok ingatkan batuk yang "uhuk… uhuk…" tu. Sebabnya masa kecil2 dulu papa saya ajar cara nak tafsir maksud peribahasa adalah melalui gaya hidup org dulu2. Jadi maksud 'lepas batuk di tangga' yang saya tafsir ialah org yg buat kerja tak serius atau ambil mudah spt org dulu2 kat kampung, duduk kat tangga dan batuk2. Terima kasij Mazuki!

  3. Dulu aku pernah dengar ada orang cakap sebenarnya batok bukan batuk. Tapi, kalau kamu tak bagitahu, aku pun jadi terlupa juga.

    Tapi, kalau melepaskan batuk [uhuk..uhuk..] ditangga pun, mungkin hampir sama kot. Dan mungkin lebih sopan dari melepaskan kentut di tangga.

    Dulu rumah kat kampung ada tempayan untuk basuh kaki. Tapi, tak guna batok. Guna cebok. Apa itu cebok? Cebok tu gayung lah.

  4. oo…so bukan batuk yg 'uhuk..uhuk..' lah yer..great info.

  5. Oh gitu rupanya. So melepaskan batuk di tangga tu asal memang peribahasa melayu kan? cuma batok tu je yang asal dari indonesia. Gitu?

  6. patut la dr dulu aku x phm dgn peribahasa ni…ada ke org batuk x bersungguh2. aku klw batuk smpai nk terkeluar anak tekak nie…hehe

  7. Orang yang asal menetap disini adalah ORANG ASLI. Melayu,Jawa, Minang& etc semua tu berasal dari Indonesia, Cina – China Dan India – India adalah perdagang yang berdagang kerana Malaysia adalah satu perlabuhan untuk jual beli. Sepatutnya tidak timbul isu seperti ini. Isu curi mencuri sepatutnya tidak timbul kerana orang Indonesia dan orang melayu adalah serumpun. Jika dah serumpun bermakna adat istiadat, peribahasa dan pelbagai lagi mestilah masih diikut. Orang indonesia memang tak belajar sejarah main hentam aje memboikot orang melayu yang sememangnya serumpun dengan mereka. mungkin banyak orang melayu akan marah dengan kenyataan ini tapi jika difikirkan dan dikaji sememangnya asal usul orang melayu adalah dari indonesia.

  8. tok nenek memang berasal dari indonesia.

    mereka ni melayu dari palembang.

  9. yg penting keturunan aku x dek langsung salasiah Indonesia.

    so org indonesia Jgn claim aku keturunan indo sudeh….. hehe

    Klo ade pun mungkin 1000 keturunan yg lampau……

  10. atuk aku dr indon

    nek aku org sini..

    lain aku xtaula..

    jd aku ada half indon la…

  11. ptut r slama nie sy xpaham2 pribahasa nie..

  12. Salam,

    1. Dalam bahasa Jawa “BATOK” bermakna Tempurung Kelapa yang digunakan untuk menjadi pencedok air dari tempayan di kaki tangga rumah. Lazimnya rumah nenek moyang kita dulu di sediakan tempat menyangkutkan batok yang telah digunakan tadi selepas di gunakan untuk membersihkan kaki. Tok nenek kita dulu berkaki ayam sahaja bila berjalan.

    2. Melepaskan BATOK di tangga, maknanya seorang yang tidak melaksanakan kerjanya dengan bersungguh sungguh dan tidak teliti.Dalam perkataan lain, kerja ALA KADAR SAHJA.

    3.Menurut Kajian ahli Linguistik, Perkataan yang betul betul berasal dari Bahasa Melayu cuma 4 sahaja.Perkataannya adalah – BABI,MATI, PADI DAN MAKAN.Perkataan lain dalam bahasa Melayu yang ada sekarang adalah perkataan TERBITAN dari bahasa bahasa lain dari seluruh dunia yang telah berniaga dengan masyarakat Melayu di Melaka.

    Contoh : Beranda dan bahasa Portugis Verandah
    Asrama,Mentera, Dewan dan nbanyak lagi dari bahasa Sanskrit – Ashram-MAntra dan Divan.
    Sampan, tongkang,mangkuk dari bahasa Cina dengan sebutan yang sama.

    Bahasa Melayu macam juga bahasa lain dalam dunia ini ianya TERUS HIDUP dan berkembang dan bertambah.

    Bahasa Indonesia juga adalah Kebanyakannya datang dari Bahasa HINDI dan SANSKRIT – Bukankah Tamaddun manusia yang awal adalah di Lembah Indus & Europethis di India dan tamaddun Cina?tentu sekali budaya dari tamaddun manusia yang awal itu akan mempengaruhi tamaddun lain yang lebih muda dan datang kemudian dari tamaddun awal tadi? Jadi janganlah terlalu emosional tentang itu. Rasionallah menerimanya secara manusia yang bertamaddun..

  13. Salam,

    Terimakasih for the info :)

  14. Bukan semua orang Melayu di Semenanjung ini asalnya dari Indonesia. Misalnya, orang Kedah dan Kelantan memang penduduk asal di Tanah Melayu. Nak tahu tentang agungnya bangsa Melayu, sila baca mistisfiles.blogspot. Ketamadunan bangsa Melayu sebenarnya amat tua.

  15. Tapi orang Jawo pandang rendah pd orang melayu – sebab dlm bahasa Jawo – melayu tu bermaksud lari (pelarian) – lari kerna kalah perang – sebab tu biasanya dipanggil bangsa bangsat – bangsa yg lari (dsbbkan kalah perang) lari membawa diri dari pulau ke pulau – itu tg terjadi pd Parameswara (yg terjumpa Melaka) last2 landing kat Melaka – itupun keturunan Hindu juga (ugama Hindu – belum kedatangan Islam lagi).
    Kalau betul bangsa Melayu yg dikatakan begitu 'agung'nya – hingga sekarang bahasa penulisan yg melayu guna (huruf2 dlm abjad) hanya pinjaman semata (iaitu romanise – roma – italia – Inggeris/English yg juga dipinjam2 dari Roman/Latin pada asalnya) ceduk menceduk saja bangsa melayu kita ni. Sebelum tu pun di pinjam guna bahasa huruf2 dari Arab (disebut huruf2 jawi) – setelah kedatangan Islam. Sebelum itu hentah hape2 gamaknya diguna huruf2 pakai mcm lakaran/lukisan mcm orang2 zaman batu kut?

  16. Oleh kerana terlalu terikut2 terpengaruh sangat dgn matsaleh – barat – terus dipakai huruf yg dipinjam diceduk (a b c to z) terus jadi hakmutlak melayu kita punya. Namun kedua2 rumi & jawi pun bukan asal Melayu punya – pun dipinjam – bukan tu saja – bendera Jalur gemilang pun ciplak idea Amerika punya – sebijik design dan corak depa punya – kita sakan punya dok megah dan bangga – sakan punya dok kibar mengibar – lagi satu lagu Negaraku (pun bukan asal kita punya – tapi dah jadi hak mutlak lagu kebangsaan kita – haram bukan ciptaan orang melayu kita punn – mcm tu jugak dgn Kota Melaka – padahal A FAMOSA kota benteng pertahanan Portugis zaman Melaka kena serang kena jajah dek Portugis tu dulu. Melayu kita punya la jaga – sayaang – maintain – tak mau buang hasil peninggalan penjajah – baik Portugis – Belanda maupun Inggeris (matsaleh – itu yg Melayu kita cukup sakan punya puja memuja .Kalau tak kerana pengaruh Islam dan barat – entah apa jenis abjad atau huruf dlm sistem bahasa penulisan kita (melayu) pakai – ENTAH lah kaum meLayu ni – yg depa tau hanya dgn cara meniru2 menceduk ,menciplak orang lain punya – kemudian mengaku hak mutlak sendiri – sanggup bermati2an kalau pasai nak claim hak. Last2 mcm kes Batu Puteh tu lah – MELEPASSS

    • anda pon sekrg guna bahasa melayu . xpayah la nak MERENDAHKAN bangsa sendir negara sendiri !!!! sekian ~

  17. muLaYU ni dok keroja menempek aje.
    lepaih tu megah bangga bagai nak rakkkk
    jenih keturunan tak sedaq kediri
    semua merak – merak buih –
    dok berbangga2 dgn pahlawan hang Tuah – entah wujud entah tidak – dok berbangga sakan dgn hero muLayu tu – kononnya 'TIDAK Melayu hilang di dunia – padahal mengikut yg empunya ceritera – Hang Tuah tak mati – tapi hilang – tu pun muLayu juga yg HILANG – tapi muLayu2 yg dok sakan punya dok bangga dan megah dgn kononnya pahlawan terbilang Hang Tuah tu – turut dok jadi burung kerakatua dok jaja merata kononnya nak bagi semangat muLayu berkobar2 – TIDAK MULAYU HILANG DI DUNIA – tapi si Hang Tuah tu pulak yg menghilang di dunia – JAJA la muLayu bahlalol – GHAYAN SAJA LEBIH – MULAYU GHAYAN SAKAN hehehehehehehe

  18. Jadi? Hang Tuah tu bukan nya manusia lah? jenis hantu jembalang lah kut? main meresap gitu aje? hilang ( kira mcm GONE WITH THE WIND laj tu – banish into thin air – hantu jembalang jin tanah jin apret punya species lah tu – mcm mna puak2 melayu boleh claim kata Hang Tuah tu melayu? betul la melayu semuanya kaya dgn khayalan saja – mcm member atas tu kata lah – ghayan sakan – yakni rayan saje yg lebih!!!!

    • Mr.Jablak, bukan ‘banish’ tapi ‘vanish’. ejaan dan sebutan hampir sama tapi maknanya len sket.

  19. Teman pinjam gambo batok mike tu, teman nak buat cerita yg serupa kat web teman: http://belabunsesamekite.blogspot.com/

  20. kamu semua yg berhujah atau komen ttg ‘melayu’ nie semuanya ‘mangkok ayun’..itulah..inilah..kecuali sorang dua yg lain tu duduk diam2 tk boleh????

  21. umpama melepaskan batok di tangga:)

Pingbacks/Trackbacks

Page 1 of 11

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*