Home » Isu Semasa » Dalam Negara » Mak Nyah Malaysia Kahwin Dengan Lelaki Mat Saleh
Mak Nyah Malaysia Kahwin Dengan Lelaki Mat Saleh

Mak Nyah Malaysia Kahwin Dengan Lelaki Mat Saleh

Rujuk artikel dibawah :

Fatine Min Bahari Seorang Khunsa Bukan Bapuk atau Maknyah

Pastinya sesuatu yang memalukan rakyat Malaysia terutamanya bangsa Melayu yang beragama islam secara amnya dan tiada orang lain yang lebih malu jika bukan keluarganya sendiri.

Dilahirkan dengan jantina lelaki dan nama asalnya Mohammed Fazdil Min Bahari kini Fatine yang berada di London takut untuk pulang ke Malaysia selepas pelbagai reaksi negatif tentang perkahwinannya dengan seorang lelaki warga Britain.

“Saya takut untuk pulang ke tanah air. Saya bimbang akan keselamatan saya,”

“Saya telah menghabiskan masa berjam-jam membuat panggilan telefon untuk memohon kemaafan. Saya amat menyayangi mereka tetapi saya tidak boleh mengubah apa yang telah berlaku,” kata jurusolek artis berusia 36 tahun itu.

-mstar-

Adakah cukup dengan kemaafan yang Fatine luahkan dan semudah itu keluarganya untuk memaafkan kesilapan  tersebut? Mungkin kemaafan akan diterima oleh keluarganya jika ada keinsafan dalam diri Mohammed Fazdil untuk kembali sebagai seorang lelaki dan memutuskan perkahwinan dengan lelaki warga Britain itu.

“Fatine sedar orang-orang Melayu memegang nilai-nilai tradisional dan “tidak dapat menerima orang sepertinya”

Ini bukan soal nilai orang melayu tetapi ini soal agama perkahwinan antara lelaki dengan lelaki. Sesuatu yang luar tabii manusia yang dilarang keras dalam Islam sebagaimana yang kita tahu bagaimana Allah telah melaknat kaum nabi luth yang berpasangan sesama jantina.

maknyah malaysia 2 300x225 Mak Nyah Malaysia Kahwin Dengan Lelaki Mat Saleh

Adakah perkahwinan lelaki dengan lelaki itu sesuatu yang moden??

Mohamed Fazdil (Fatine) berusia 36 tahun telah berkahwin dengan Ian Young, 30 warga Britain pada Mei yang lalu.

Permohonannya untuk mendapatkan visa “leave to remain” di Uk juga telah ditolak beberapa kali dan kemungkinan dia akan dihantar pulang ke Malaysia.

Semua orang membuat kesalahan dalam hidup dan selagi nyawa dikandung badan pintu taubat untuk kembali ke jalan yang lurus masih terbuka untuk Mohammed Fazdil dan rakyat Malaysia juga boleh menerimanya jika anda benar-benar insaf.

Jangan harap untuk menerima kemaafan dari rakyat Malaysia jika hanya kata-kata maaf diluahkan tanpa kembali ke jalan yang benar.

Apa kata-kata nasihat anda kepada Mohammed Fazdil supaya dia kembali ke pangkal jalan? Cemuhan bukan jalan penyelesaian.

Rujuk artikel dibawah :

Fatine Min Bahari Seorang Khunsa Bukan Bapuk atau Maknyah

17 comments

  1. Rujuk artikel dibawah :

    <a style="color: #808080; text-decoration: underline; padding: 0px; margin: 0px;" rel="bookmark" href="http://selangor2u.com/blog/current-issues/dalam-negara/fatine-min-bahari-seorang-khunsa-bukan-bapuk-atau-maknyah/&quot; rel="nofollow"><span style="color: #ff0000;">Fatine Min Bahari Seorang Khunsa Bukan Bapuk atau Maknyah</span>

  2. inilah masalah org kita.. bila dah buat salah ikut styl barat.. hak individu konon nyer.. sedangkan dalam islam dah jelaskan.. yang salah tetap salah.. Jadi.. kita ada OTAK pakai… Klu rase diri sebagai org islam… LU PIKIR LA SENDIRI..

  3. Ada kisah dia kat metro ek? Saya tak baca pun. APa kisah sebenar dia ek?

  4. smlm bru kuar isu ni kt metro…kta pn xleh nk ckp pe,sbb kta x thu cite y sbnarnya…pape pn kta doakn moga (fadil) ni sedar akn apa y dh trjdi….

  5. bila bace trkejut gak….

    tpi atas dri masing2kn??

    bgi aku dosa 2 ttp brdosa

    tpi kite xleh nak hukum dye senang2

    ikut suka suki hati kita jew…

    bgi aku atas dri msing2 benda 2….

    ala bkan bru ari nie bnda 2 jadi

    knp bru skrg nak kecoh2???

    bkn nak sokong…

    • bukan nak menghukum tetapi kadang hukumnya sudah jelas diterangkan seperti minum arak itu haram

      • 2 aqu tau ar….

        tpi bende2 mcam nie dah biase

        kn,knp skrg bru nak bukak

        citer??bgi aqu kite ade hak msing2..

        • itu yg masalahnya…dah banyak sangat perkara yang salah menjadi kebiasaan bagi kita..huhu

          memang mudah untuk kita suruh orang itu insaf tapi bukanlah mudah untuk seseorang itu berubah…

          kalau dia mampu berubah itu sangat la bagus…mungkin tidak hari ini esok…

    • kta sma2 hrpkn y trbaik wt seme umat islam..

  6. Boleh pula kahwin dengan lelaki.tak tahu siapa diri sendiri.

    lelaki mesti kahwin dengan perempuan.

Scroll To Top