Sebelum ini Awal Ashaari dikatakan tidak mahu menjalani ujian air kencing ketika serbuan pihak polis di Rootz Club,Bukit Bintang.
Berikut kenyataan yang dikeluarkan oleh Awal ketika sidang media untuk membersihkan namanya..
“Memang saya ada di situ (Bukit Bintang) atas jemputan Scha,”( Untuk meraikan Hari Jadi kepada kawan Scha)
“Saya datang awal sedikit dan tidak kenal siapa kawan Scha itu. Sementara menunggu Scha, saya lepak seketika di Rootz Club
“Sebenarnya, saya berada dalam situasi yang salah dan bukannya berniat untuk bersuka ria di kelab malam itu
“Perkara ini bertukar sebab Scha yang lewat. Insiden ini memberi kesan negatif kepada karier dan keluarga saya..Ia pertama kali berlaku dalam hidup saya sepanjang lima tahun bergelar artis,”
“Apabila saya sampai di dalam kelab itu, tiba-tiba sahaja lampu dibuka dan muzik dipadamkan. Seorang wanita memberitahu satu operasi sedang dijalankan kerana sebelum itu terdapat satu pergaduhan.
“Saya hanya mengikut arahan polis dan duduk bersama lelaki lain di bahagian hadapan manakala perempuan di bahagian belakang.
“Kemudian kami dalam 30 orang diarahkan ke bilik air untuk membuat ujian air kencing.Saya masuk ke dalam bilik air itu dan cuba tetapi tak mampu keluar apa-apa,”
“Saya beritahu tak boleh (memberikan sampel air kencing) dan tunggu juga. Dalam masa yang sama ramai juga media yang menjerit nama saya.
“Saya juga dihimpit dan diasak oleh mereka seolah-olah saya seorang hero. Tetapi saya tetap pegang botol (sampel air kencing) dan cuba lagi kerana lelaki (polis) di hadapan saya kata cuba lagi.
“Saya rasa mungkin saya tidak dapat (memberikan sampel air kencing) kerana tertekan dan tidak pernah alami insiden seperti ini.
“Saya mengalami tekanan dengan teruk sehingga mencuba beberapa kali tetapi tidak berjaya..selepas itu, mereka kata kalau tak boleh, mereka mahu bawa saya ke IPK Kuala Lumpur. Jadi, saya terus kata tak boleh.
“Apabila dibawa ke balai, akhirnya saya berjaya memberikan sampel air kencing selepas minum tiga botol air dan ujian itu didapati negatif,” kata Awal.
“Sharifah Hawariah meminta maaf kepada saya kerana terpaksa membawa saya ke IPK Kuala Lumpur. Dia membenarkan saya berehat di bilik pejabatnya buat sementara waktu kerana ramai media yang menunggu di luar. Selepas itu, saya berbincang dengannya selama tiga jam dalam bilik itu.
“Kemudian, saya tertidur di situ sehingga pukul 11 pagi. Pada pukul 11.30 pagi baru pengurus saya datang mengambil saya. Saya harap orang tak salah anggap kerana saya bukannya terlibat dengan dadah.
“Saya bersih dari dadah dan bukan di bawah pengaruh alkohol. Jika tidak percaya, boleh bertanya dengan Sharifah Hawariah sendiri. Saya juga cuba mendapatkan surat tentang apa yang berlaku,”
-mstar-
Ini pula kenyataan Scha :
“Saya lambat kerana baru habis menjalani penggambaran Awan Dania pada pukul 1.30 pagi. Apabila saya sampai di Teeq, tempat itu dah tutup.
“Saya terpaksa tukar tempat ke Rootz kerana tiada pilihan lain. Lagipun bukan Hari Jadi saya..tetapi saya rasa kecewa,”
“Saya tidak membantah dan pergi membuat ujian. Saya tidak minum (minuman keras) kerana baru baik dari demam dan tuduhan itu tidak adil..,”
“Saya terkejut dengan berita itu. Saya pun baru dimaklumkan oleh seorang teman sebentar tadi namun berita ini tidak berasas sama sekali.
“Apa yang saya boleh katakan, artis itu memang bukan Awal”
-mstar-
Kenyataan yang diboldkan dengan warna merah adalah kenyataan yang saya rasa terdapat sedikit percanggahan. Awal cakap di ke Rootz sementara tunggu Scha manakala Scha cakap tempat nak sambut birthday party kawan dia tuh tukar tempat ke Rootz.
Yang pasti mereka berdua bebas dari dadah.

27/12/2009 at 2:19 PM
huk alerz. lepak mamak pun leh sambut bday!
28/12/2009 at 9:44 AM
haha..punya banyak kedai kat malaysia ni. kat situ gak depa pergi. tapi nak wat camana..dah terkena. benda dah jadi. terima ajelah seadanya..
30/12/2009 at 2:14 AM
awal kena basuh lagi kat mstar hari ni…..
————————————
ARTIS memang selalu bangun lambat. Ini lazim berlaku kerana tugas mereka yang terlibat dengan penggambaran drama/filem, rakaman album, persembahan pentas atau dinner show. Tapi ramai juga insan popular yang bangun lambat kerana menghirup angin pagi di kelab malam atau disko. Sudah banyak kali nama artis-artis yang suka mencari hiburan di tempat-tempat begini menjadi santapan media bila polis buat serbuan.
Kalau yang sedang khayal meneguk arak atau berpeleseran, tentu tidak terlepas dari radar pihak media dan polis. Tambah pula kalau wajah kita dikenali ramai, tentu lah lebih sensasi berita penangkapan itu. Minggu lepas, giliran pengacara dan pelakon Awal Ashaari, Scha Al-Yahya dan Juliana Evans dicekup kerana berada di premis tempat serbuan. Tiga selebriti ini ditahan untuk jalani ujian kencing tetapi dilepaskan kemudian. Khabarnya, mereka berparti sakan kerana meraikan hari kelahiran seorang teman.
Walau pun sampel air kencing disahkan negatif, stigmanya tetap dirasa. Ini bukan soal ambil dadah tapi kalau berada di premis begitu sampai jam 3 pagi, memang saja lah cari masalah . Ekoran tips dari wartawan yang berada di tempat kejadian dan kesahihan sumber, nama Awal disebut-sebut sebagai artis yang enggan diambil sampel air kencingnya.
Langsung portal mStar cuba dapatkan Awal tapi tidak berjaya, terus pilihan kedua adalah pengurusnya.
Pengurus yang prihatin nasib artis jagaannya menafikan yang Awal terlibat. Dan menepati slogan 'tepat dan cepat' maka itu saja yang dilaporkan. Alih-alih di sidang media keesokan harinya, yang jadi topik utama ialah tentang 'kesilapan laporan'.
Pengurus mendakwa yang dilaporkan lain dari apa yang dia cakap. Tapi cerita sebenar memang tidak seperti yang dihebahkan.Tersasar jauh persepsi pengurus dan Awal. Kenapa lah, lain yang bengkak lain pula yang menanah. Merah padam muka Kakak Tua bak bunga raya kembang pagi bila dikatakan anak buah 'tersilap fakta' sedangkan ramai menjadi saksi pada perbualan itu.Tapi marah ibu tua ini tidak berpanjangan kerana bila difikirkan balik, bukan semua orang mampu angkat bendera putih bila sudah tersilap langkah dan kata. Jalan pintas adalah penafian. Tak sangka ramai yang terkena jangkitan sindrom living in denial.
Melihat perkembangan tidak sihat ini, Kakak Tua ingin berkongsi nasihat yang dititipkan oleh Mak Tom, bonda kesayangan selebriti kontroversi Azwan Ali. Kata Mak Tom, 'kalau kita berkawan dengan kambing, kita tak jadi kambing tapi kita akan bau kambing.' Jadi kalau sudah pilihan Awal, Scha dan Juliana Evan untuk bergelumang di pusat hiburan, maka tidak banyak, sedikit pun pasti akan terpalit dengan aura negatif. Tidak perlu lah si pengurus cuba mengolah ayat hingga hendak menyalahkan pihak lain pula untuk mempertahankan Awal.
Yang pasti, kehadiran Awal di pusat hiburan Rootz Kelab hingga ditahan polis itu, sampai bila-bila pun akan senantiasa menjadi sejarah yang layak dimuatkan dalam edisi '999' atau '360'. Jejak boleh dihilang, kalau belang susah sikit. Berita penahanan itu hanya sekadar satu tanda ingatan kerana tuhan beri peluang untuk kita mengubah perangai yang tidak elok. Kalau sudah berparti sampai ke pagi hari, banyak buruk dari baik. Janganlah ingat bila sudah popular, kita boleh berlagak 'tepuk dada tanya selera.'
Hidup sebagai artis popular menuntut pengorbanan. Jangan angkuh dan tidak ambil pusing dengan berita-berita negatif hanya kerana kita sudah popular. Ramai sangat artis-artis baru umpama pucuk rebung yang cultural shock. Bila masih harum, semuanya dijaga tapi bila sudah popular, berlagak macam tak perlukan sesiapa. Ada juga yang pura-pura baik dengan media sebagai satu sandiwara. Ada tu asyik bersandiwara sampai terkeliru dengan fakta dan illusi. Bila sudah tersepit, cari scapegoat.
Terlanjur bercerita pasal Awal, Kakak Tua teringin hendak komen pasal hero Melayu alaf baru Remy Ishak. Jujur cakap, Kakak Tua tidak berapa minat baik lakonan mahupun penampilan Remy. Tapi bila dia dibelasah baru-baru, naluri keibuan turut merasa belas. Kisah cintanya dengan Ummi Nazeerah kalahkan 'Laila Dan Majnun.' Apa yang tidak kena di mata Kakak Tua bila kenyataan Remy banyak timbulkan tanda tanya.
Pada Remy, Awal dan lain-lain yang berhadapan dengan masalah peribadi, cuba lah atasi masalah dengan matang dan bijak. Sikap buruk macam mana pun akan diketahui juga ibarat menyorok di sebalik lalang. Kita dilahirkan dengan satu nama dan satu rupa saja. Bila biarkan mala berterusan, ke mana lagi hendak bawa diri. Takkan nak pakai topeng, macam Bandi Amuk pula.
KAKAK TUA: Kalau bayan, bayan juga. Kalau serindit, serindit juga.
30/12/2009 at 5:21 AM
AYAT SCHA : –
“Saya tidak membantah dan pergi membuat ujian. Saya tidak minum (minuman keras) kerana baru baik dari demam dan tuduhan itu tidak adil..,”
adakah maksudnyer kalo x demam die mmg minum????
emmmm Wallahua'lam….
30/12/2009 at 11:39 AM
<object width="425" height="344"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/iWfpPZBgzz0&hl=en_US&fs=1&"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/iWfpPZBgzz0&hl=en_US&fs=1&" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="425" height="344"></embed></object>
<object width="425" height="344"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/unjRFhbCY7k&hl=en_US&fs=1&"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/unjRFhbCY7k&hl=en_US&fs=1&" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="425" height="344"></embed></object>
02/02/2010 at 8:41 PM
xpayah nak cakp banyak, ini membuktikan life sosial artis malaysia yang teruk, dan membuktikan kata2 Fahrin Ahmad semasa dia dgn scha putus.Artis malaysia , bukan sahaja scha dan awal yang beragama islam sedia maklum disco ni memg tmpt haram bagi kita , jadi fikir-fikirkanlah.