Home » Isu Semasa » Dalam Negara » Benarkah E-Rokok Hanya Gimik Industri dan Membahayakan?
Adobe Flash Plugin is required to see this video. Click Get The Latest Flash Player [Desktop]
or
Get The Free Flash Player Browser [Android User]

Benarkah E-Rokok Hanya Gimik Industri dan Membahayakan?

Harga rokok semakin hari semakin naik. Kempem-kempem mengenai bahayanya merokok juga begitu hebat dijalankan diseluruh dunia namun hanya kempem suruh berhenti merokok yang dijalankan tetapi usaha untuk memberi kaedah atau rawatan tidak pula diterangkan.

Mungkin kerana sifat ketagihan ini hanya diri sendiri yang mampu mengubahnya. Sekarang dalam membendung tabiat merokok ini timbul pula “e-rokok” atau rokok elektronik. E-rokok ini dapat membantu si perokok untuk menggantikan rokok sebenar dan hisap e-rokok ini sebagai langkah pertama untuk mengatasi masalah ketagihan menghisap rokok.

E-rokok tidak berbau dan tidak berasap serta tidak akan membunyikan alat pengesan asap.

Ia juga dilengkapi alat pengecas, bateri,katrij dan pemipit. Bahagian kartrij, bateri dan gabus dipasang sekali agar e-rokok kelihatan seperti sebatang rokok biasa.

Sementara itu, apabila pengguna menyedut dengan menggunakan e-rokok, aliran udara dikesan dengan bantuan sensor.

Sebuah mikropemproses kemudiannya akan mengaktifkan gabus yang menukar kandungan nikotin kepada kepulan gas berwap. Kabus wap ini disedut oleh pengguna tersebut.

Belum ada bukti yang kukuh untuk membuktikan e-rokok ini mampu untuk seseorang itu berhenti merokok.

E-rokok masih lagi mempunyai kandungan nikotin didalamnya.

Persoalannya :

Mungkinkah ini hanya propaganda dalam melariskan produk e-rokok ? Mungkin juga ada kesan sampingan lain yang akan timbul dari produk ini kerana ianya masih mengandungi nikotin.

Mungkin anda boleh berkongsi dengan para perokok yang lain jika anda pernah mencuba produk ini.

Saksikan video dibawah yang menyangkal keburukkan e-rokok :

12 comments

  1. Daripada pengguna tegar rokok biasa, sekarang perokok tegar rokok elektronik. costwise memang jimat. sebotol 10ml liquid boleh dapat +- RM 7/botol brand liqua, hangsen etc. cari kat lelong.com.my

    Starting yang mahal sket. untuk newbies boleh beli kit yang murah dulu +- RM40 untuk 1 bateri ego+1 atomizer.

    Bila dah lame sikit, boleh beli atomizer yang rebuildable untuk lebih kepuasan. Hobi yang bermanfaat dari hisap rokok analog.

    Dulu punya pakai cartridge, so rasa nak habiskan cartridge dalam masa singkat. sekarang punya banyak pakai atomizer/cartomizer. hisap 2-3 pam, stop. tak macam rokok biasa, sekali bakar mesti habiskan kalau tak rugi.

    Yang paling penting, lepas sehari je hisap rokok elektronik, keinginan rokok tembakau terus sifar. sekarang bau asap rokok pun pening apatah lagi nak hisap.

    rasa badan makin sihat, tiada lagi 4000 racun disedut dalam badan. Bini ngan anak2 boleh lepak sebelah tanpa risau ‘passive smoking’.

    try la. Konpem puas hati

  2. rokok elektronik ni bergantung pada niat pengguna gak… sama ada sebab nak jimat duit rokok atau nak berhenti.. saya dah nak masuk 7 bulan berhenti rokok tembakau. bau orang hisap rokok tembakau pun dah tak tahan. tapi saya masih lagi hisap rokok elektronik…

    kelemahan e-rokok ni dia lambat habis tak mcm rokok tembakau lepas seminit habis terbakar semua. jadi bila tak habis-habis, selagi ada asap selagi tu la pengguna terus hisap e-rokok. sebab tu ramai pengguna baru yang sakit tekak. pada pendapat saya, semua tu cuma alasan untuk kembali ke rokok tembakau.

    pengedar e-rokok dah banyak di malaysia sekarang, cuma tidak dijual secara terbuka dan ada sebabnya tidak dijual secara terbuka. harga starterkit e-rokok ni ada yang hampir mencecah RM1000 dan ada yang semurah RM40. saya cadangkan newbies mulakan dengan starterkit yang tidak terlalu mahal dan boleh diubahsuai supaya tidak menggunakan katrij,

    ini kerana liquid dalam katrij biasanya dari jenama dekang dan jenama ini rasanya tidak stabil dan keras. liquid yang banyak digunakan dari jenama hangsen (hongkong) dan Taste (USA). sebotol liquid 10ml berharga RM15. bagi saya yang sebelum ini rokok tembakau sehari hampir 40 batang, sebotol liquid e-rokok boleh bertahan antara 5 hingga 7 hari. memang jimat untuk jangka masa panjang. cuma modal awal untuk membeli starterkit agak tinggi.

  3. aku dah bli e-rokok mule2 ok dalam smingu tekak aku ni sakit besok aku nak
    mamat yang jual rokok tu

  4. dah lama dengar pasal benda nie…

    tapi xtau nk cari kat mana…

    sapa2 yg tau dimana dijual e-cigaratte ni, tolong bgtau..

    di luar negara penggunaan e-cigaratte nie dah pn meluas dan amat terbukti..tapi malaysia ada yg belum pernah dengar pn pasal benda nie..

    harap malaysia pn dapat menjual produk nie..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Scroll To Top