Home » Hiburan » Isu Gambar Sharifah Sofea Bermain-Main Dengan Anjing
Isu Gambar Sharifah Sofea Bermain-Main Dengan Anjing

Isu Gambar Sharifah Sofea Bermain-Main Dengan Anjing

Gambar ini dikatakan diupload oleh Sharifah Sofea sendiri dan saya ada baca berita komen peminat Sharifah Sofea mengenai tersebarnya gambar ini diinternet :

KUALA LUMPUR – Gambar pelakon drama terkenal, Sharifah Sofia Syed Hussein yang lebih dikenali sebagai Sofia bersama dua ekor anjing di laman sosial Internet baru-baru ini menimbulkan rasa kurang senang peminat-peminatnya.

Gambar yang dimuat turun oleh Sofia sendiri dalam laman blog miliknya sejak Mei tahun lalu mendapat pelbagai reaksi negatif daripada khalayak khususnya masyarakat Islam.

Salah seorang peminatnya, Siti Nazariah Isa, 20, berkata, sebagai selebriti Sofia tidak sepatutnya mendedahkan gambar tersebut untuk tatapan umum kerana ia boleh menimbulkan perasaan marah terhadapnya.

“Saya terkejut melihat gambar tersebut dan pada mulanya tidak percaya dia ialah Sofia. Selepas dilihat betul-betul, saya agak kecewa,” katanya di sini semalam.

-kosmo- link : 1

Saya juga baca di forum-forum tempatan mengenai isu ini dan ini komen Sharifah Sofea yang dipost di forum :

A Dog Doggie Issue…
{ March 16, 2010 @ 23:42 } · { Uncategorized }
{ } · { Leave a Comment }

the past couple of days have been totally weird.. I got a call from a newspaper company to be questioned about pictures that have been going around the world wide web.

“pictures? what sort of pictures?”

I was seriously confused because all i know that the last pictures i put up were of the New Zealand trip I had and I can assure you that there weren’t any crazy pictures.. or “controversial” of which so many people call it. So like i said,

“pictures? what pictures??”

and the reporter replied as if she was afraid to bring it up.

“alaaaaaaa yang ada Sofia ngan apa tu? ngan anjIng..”

“hahahahaha….”, I thought.

“thaaaaat picture!!”, I said.

friggin eyy!!! I posted that when?? last year.. year before maybe… I’ve been on all my social networks to see where these people found the picture so i can be like oooooooooo, that’s where… but i’m really cracking my mind.. It was that long ago, I don’t even remember where I had posted it..nothing on facebook, nothing on my blog..

FOUND IT!!!

It’s on twitpic..!! go ahead, look if you want.. make more noise too… i’m totally open about this whole issue… I know i’m not allowed to have a dog for a pet.. I know it’s their saliva is haram.. i know touching them wet is haram.. they are not my dogs in the first place.. a friend was walking them, passing our house, stopped by to say hi and we played with the puppies.. and yes, we ’samak’ed…

Samak – Purification or taharah plays a very important role in Islam. A muslim’s ibadah may be rejected if taharah is being neglected. Therefore all muslims have to follow the correct procedures in cleaning and cleansing all kinds of dirt according to syara’ especially when dealing with mughallazah dirt obtained from dogs and pigs.
According to Islam, mughallazah dirt needs to be cleaned (samak) with soil water once; and rinse with clean water six times to ensure taharah or purification is taken place. However, in this modern world a more sophisticated way of performing taharah can be done by using taharah soap or also known as samak soap. Not only it is very convenience but also more hygienic.

I may be half white but I do know the ways of my religion. I study it and I ask when i don’t know. I am not perfect, i try to be, but hey nobody is.. There are always flaws and weaknesses.

There is no way i’m gonna stop things like this happening to me because of what i do in life.. I gotta deal with it.. that’s why i’m cool about it all.. I put it up to share with people.. If those who are super religious and against muslims and dogs, keep it to yourself or just tell whatever it is you need to say to the person itself..

“If you’re gonna sit there at your computer and just say bad things and criticize, then, who’s worse? the person playing with a dog or the person bitching about the person playing with the dog?”

think about it.. I have no regrets. I love animals, i’ve had alot of pets.. cats, dogs, birds, chicken, fish, turtles, hamsters, rabbits..

I don’t have the dog anymore though becuase we respected family and friends who came by to visit, who were afraid of them. plus, they’re expensive to take care of.. Not that i bought the dog.. it was found.. it just appeared and didn’t wanna leave.. so we had taken it in and took care of it.. we must always help those in need be it people or animals..
p/s: I’m not defending me, i’m defending the thought of all this.

pp/s: thanks for those who have been backing me up…. PEACE!!

-tak dapat kesan sumber asal komen sharifah sofea dipost-

Dari segi apa yang saya faham, berbeza hukumnya pegang dan bela.

Hukum Bela Anjing (Jadikan Pet)

ALhamdulillah, kita dah dengar banyak ilmu tentang kenajisan/ketidaknajisan anjing.

Minta tuan2 ilmuwan al ahkam terangkan hukum beserta dalilnya untuk membela anjing, bagi tujuan peliharaan (pet).

Jazakallahulkhair

jawapan:

Pemeliharaan anjing sebagai hobi atau pet.

Penjelasannya boleh saja ditemui dalam kitab yang masyhur, alHalal wal Haram fil Islam oleh Prof Dr Yusof alQardhawi yang telah lama diterjemah dan beredar dalam pasaran.

Kata alQardhawi, hukum membela anjing sebagai pet (hobi) adalah haram, yakni diharamkan oleh RasuluLlah saw. Dalilnya: Dari Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi saw bersabda,” Barangsiapa mmelihara anjing bukan utk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya bekrurangan satu qirath.” [Bukhari-Muslim dan semua ahli hadith yg lain] Inilah juga pendapat majoriti madzhab, antaranya Syafi’iy, Hambali, Maliki dan Zahiri ( alMajmuu’, IX/234)

Antara alasan-alasan fuqaha’ seperti Ibn Hajar ialah:
1. Ia menakutkan jiran-jiran dan orang lalu lalang di luar rumah kita atau orang yg mengunjunginya
2. berkurangnya pahala kepada pemeliharanya
3. Keengganan Malaikat masuk rumah yang ada anjing
4. Ada anjing yang menjadi dari jelmaan anjing (anjing hitam pekat)
5. Tabi’at anjing yang suka menjilat dan kenajisan jilatan itu mungkin menyukarkan pemeliharanya. (al-Fath, X/395)

Ada pendapat yang mengatakan ia makruh sahaja kerana tiada larangan yang tegas dan lugas, demikian kata Ibn Abdil Barr (atTamhid, 14/221).

Kata al-Qardhawi, walaupun majoriti fuqaha’ mengatakan haram, hakikat sebenarnya Islam tidaklah melihat anjing dengan keras, kasar dan harus membunuhnya. Dalil: hadith Jabir ra, ” kalau bukan kerana anjing-anjing itu satu ummat di antara umat-umat yang lainnya, niscaya aku perintahkan membunuhnya. (HR atTermidzi dan Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani dalam Ghayatul Maram)

Rumusan:

1. Berdasarkan dalil-dalil yang banyak, maka pemeliharaan anjing sebagai hobi adalah dilarang oleh RasuluLlah saw dengan berita-berita yang tidak menggembirakan kepada pemeliharanya.

2. Walaupun anjing ditegah menjadi hobi, Islam tidaklah bersikap keras kepada anjing jika ada keperluan seperti unit anjing di jabatan kepolisian, menjaga ternakan dan tanaman.

Link : 1

Dibolehkah membela anjing bagi tujuan berikut :

1. Perburuan. Ini dijelaskan di dalam surah al-Ma’idah ayat 4 dan juga dalam beberapa potong hadith yang lain, dan perkara ini juga termasuk di dalam amr ta’abbudiy (sila rujuk penjelasannya di bawah).
2. Untuk dijadikan anjing pemandu jalan seperti untuk orang buta sekiranya memerlukan.
3. Untuk tujuan keselamatan pihak berkuasa seperti polis dan kastam.
4. Untuk mengawal keselamatan di sekitar rumah.
5. Untuk membantu penternakan haiwan.

link : 1

sharifahsofiadengan anjing2 Isu Gambar Sharifah Sofea Bermain Main Dengan Anjing

Jadi dalam isu Sharifah Sofea :

I love animals, i’ve had alot of pets.. cats, dogs, birds, chicken, fish, turtles, hamsters, rabbits..

I don’t have the dog anymore though becuase we respected family and friends who came by to visit, who were afraid of them. plus, they’re expensive to take care of.. Not that i bought the dog.. it was found.. it just appeared and didn’t wanna leave.. so we had taken it in and took care of it.. we must always help those in need be it people or animals..

Menjadi isu sebab dia artis muslim. Kalau dia dah tak bela anjing bagus la…

6 comments

  1. Hisham_salandra

    Huuhaahuuhaa.dh jelas sgt kamu ni kurang pendidikan agama! Kamu ckp nabi s.a.w kata anjing x haram? Mane kau blajar agama? Cikgu mane ustaz kau? Setahu aku nabi bersabda mengatakan anjing adalah 100% haram jika disentuh dibahagian hidung dan mulut kerana air liur anjing haram! Manakala bulunya jika basah ianya juga haram disentuh.kau belajar dgn al arqam ke ngan ayah pin?

  2. huuhaaahuuhaa

    Alaa..kalau bela/pegang anjing satu malaysia heboh..masuk newspaper lah dan mcm2 lagi..tapi yg bab2 orang bercouple tak kahwin dan berpegangan tangan dan berpelukan tu korang tak heboh pun..tu lah orang islam kat malaysia ni..Nabi pun tak kata haram cuma berkurangan PAHALA…tu saja..Yg haram tu buat maksiat dan bersekedudukan lelaki/wanita bukan mahram…tu yg berpelukan dlm kereta..ditepi pantai dan tempat2 gelap tu korang tak gaduh pun..tapi bab anjing dan babi heboh…ada pulak tu yg hisap ganja,dadah daun ketum dan gam(yg menghayalkan dan memabukkan) yg sepatutnya HARAM disisi agama tapi diaorang buat jugak..yg hal ni tak heboh pun…malah berlaku berleluasa dlm negara kita…Orang yg mengumpat dan mengata ni kadang2 dia sendiri pun ada buat benda tak betul..Kalau budak lelaki(yg merokok)saya pasti mereka biasa hisap ganja..!!!Ganja tu menghayalkan dan sama juga rokok membinasakan jantung/badan…HARAM..tapi orang hisap jugak..sebab tak ada dlm al-quran..Mungkin orang dulu2(zaman nabi) tak ada rokok/ganja/dadah/gam.Kalau ada mesti ada tertulis dlm al-quran..masalahnya tak ada tertulis..tu yg orang sekarang ni tak kisah pasal benda haram ni..tapi bab arak,anjing dan babi ada….fikir2 lah sendiri..

  3. Assalamualaikum wbt,

    bagi isu ini patut settle bila sharifah dah kata tu bukan anjing dia, dan dia pun tahu hukum bela anjing.

    Dan dia betul tak boleh bela bukan bermaksud tak boleh sentuh, hatta dalam bab perlu ke samak jika sentuh anjing ulama' dok khilaf.

    Umat Islam Malaysia benda yang tiada isu dijadikan isu sangat-sangat.

  4. jawapan aku. no komen.

    tapi biasanya aku cuba elak dari nak berkomunikasi dengan anjing
    walaupun anjing tu sangat cute. hanya berani jika dikurung dalam sangkar atau dalam rumah.

    kalau dia menyalak, aku pun ikut sama atas tujuan nak cakap
    "ko jangan dekat aku, najis-najis"

  5. SEJAK bergelar isteri pada Oktober tahun lalu, pelakon jelita, Sharifah Sofia Syed Hussein diulit bahagia dengan suaminya, Syed Ismail Syed Al-Ali. Malah setiap hari adalah saat-saat bulan madu untuk mereka.

    Namun, selepas bergelar isteri, tawaran lakonannya semakin berkurang dan kini Sofia banyak menghabiskan masanya menemani suami menjalankan perniagaan dan dia juga sedang merancang untuk membuka perniagaan alat tulis.

    Walaupun wajahnya jarang dilihat di kaca televisyen, kehidupan peribadinya diceroboh lagi. Kali ini gambar Sofia sedang bermain dan bermanja dengan dua ekor anjing tersebar luas di Internet.

    Penyebaran gambar itu membuatkan nama Sofia sebagai seorang pelakon beragama Islam sedikit terjejas. Mahu memberi Sofia peluang membuat penjelasan mengenai isu itu, Kosmo! menghubungi pelakon yang memang terkenal dengan sikap berterus terang itu.

    Tanpa berselindung, dia mengaku dua gambar berkenaan memang miliknya. Tetapi, kata Sofia, hal itu tidak seharusnya disensasikan.

    KOSMO!: Adakah gambar seorang wanita berkemeja-T putih sedang bermain dengan anjing itu milik Sofia?

    SOFIA: Memang itu gambar saya dan ia telah diletakkan di laman blog sebelum saya kahwin lagi. Tak silap saya, bulan Mei tahun lepas. Tetapi itu anjing peliharaan kawan, bukan saya punya.

    Gambar tersebut telah pun tersebar di Internet. Ada yang menganggap gambar itu agak sensitif dan Sofia tidak patut bermain dengan anjing. Apakah pandangan Sofia?

    Gambar itu bukanlah satu isu yang besar. Bukannya berdosa pun bermain dengan anjing. Apa salahnya anjing itu mahu bermain dan gigit kita. Habis main, samak saja. Lagipun saya seorang pencinta binatang. Dulu saya pernah membela anjing. Tetapi saudara-mara saya tidak boleh terima lalu saya memberi anjing itu kepada orang lain.

    Adakah Sofia kesal dengan penyebaran gambar itu?

    Saya tak kisah pun. Cuma bila orang luar tengok, mereka mempunyai pelbagai persepsi baik atau buruk. Sekarang ini zaman moden, kita boleh samak. Tapi saya tak adalah sampai memberi anjing itu menjilat muka saya atau mandikannya. Masa saya bela anjing pun, saya hantar ke kedai untuk memandikannya.

    Bagaimana kehidupan Sofia selepas kahwin?

    Alhamdulillah, kami bahagia. Suami saya pula mula sibuk dengan perniagaannnya. Cuma dari sudut karier pula, saya macam tak laku lepas kahwin (ketawa). Tiada tawaran berlakon setakat ini dan saya terpaksa biasakan diri tak berlakon buat sementara waktu ini. Jujurnya, agak bosan juga, tapi syukur sebab kehidupan saya lebih relaks.

    Apa yang Sofia buat untuk mengisi masa lapang?

    Saya jalankan tugas sebagai seorang isteri dengan menemani suami. Kadang-kadang saya ikut dia bertemu klien. Sekarang saya merancang untuk membuka perniagaan alatan tulis yang menggunakan bahan kitar semula dan mencari lokasi yang sesuai untuk membuka kedai. Paling tidak pun, menjadi pengedar alatan tulis ke kedai-kedai buku. Saya juga membabitkan diri dalam rekaan hiasan dalaman. Tapi sesiapa yang mahu mengikuti perkembangan terbaru saya boleh layari http://twitter.com/sharifahsofia.

    Apakah perancangan untuk mendapatkan cahaya mata?

    Kami sudah bersedia jika ada rezeki. Tapi kalau boleh, nanti dulu. Biar kami bekerja untuk kukuhkan ekonomi sebelum menerima kehadiran seorang anak. – FERIDE HIKMET ATAK

    sumber : kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Scroll To Top