Wartawan hiburan Malaysia mula dikecam di laman sosial paling popular didunia, Facebook. Kalau sebelum ini Page I Hate artis-artis dicipta sekarang wartawan hiburan pula kena.
KUALA LUMPUR – Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (Wham) memberi amaran kepada pemilik akaun laman sosial Facebook, All Entertainment Reporters In Malaysia Sucks (Semua Wartawan Hiburan Malaysia Macam S***) supaya tidak melemparkan pelbagai kata kesat terhadap ahli-ahlinya.
Amaran tersebut dikeluarkan selepas sekumpulan wartawan hiburan tempatan menyuarakan rasa kurang senang terhadap pembukaan akaun tersebut yang menggelarkan mereka sebagai ‘babi’ dan ‘jalang’ yang tidak layak hidup di muka bumi.
Individu tersebut juga telah mencuri gambar-gambar wartawan daripada akaun Facebook peribadi masing-masing dan memasukkan entri dengan pelbagai kata hinaan.
Presiden Wham, Fauziah Raof berkata, persatuan tidak teragak-agak mengambil tindakan termasuk mengheret mereka ke mahkamah jika individu terbabit terus berdegil dengan meneruskan aktiviti mereka.Oleh FERIDE HIKMET ATAK (kosmo.com.my)
Dalam pemerhatian saya di forum-forum hiburan tempatan, wartawan hiburan yang selalu dikecam ialah zubir berita harian sehinggakan ada yang mencadangkan untuk cipta page I Hate Zubir di facebook.
P/S : Kena Batang Hidung Sendiri Tahu Pon Marah

18/03/2010 at 4:13 AM
Sembilan wartawan hiburan lapor polis gambar mereka dihina di Facebook
KUALA LUMPUR: Sembilan wartawan hiburan tempatan hari ini membuat laporan polis mendakwa gambar-gambar mereka dieksploitasi dan dihina dalam laman web sosial, Facebook.
Mereka membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di sini tengah hari tadi.
Siti Nor Hafiza Kamarudin, wartawan bagi program "Diva@1", berkata gambar-gambar mereka diceroboh dari laman web peribadi masing-masing dan ditulis dengan perkataan yang tak sepatutnya.
"Kami berharap pihak polis dapat menyiasat perkara ini dengan terperinci kerana ia menjatuhkan kreadibiliti kami sebagai wartawan," katanya.
-Bernama
18/03/2010 at 4:19 AM
semalam baru 700 lebih folower skrg dah cecah 2ribu lebih sudah
18/03/2010 at 4:50 AM
“Kami berharap pihak polis dapat menyiasat perkara ini dengan terperinci kerana ia menjatuhkan kreadibiliti kami sebagai wartawan,” katanya.
mereka tu jatuhkan kredibiliti jatuhkan maruah org lain takpe pulak… bodoh betul
23/03/2010 at 9:15 AM
macam-macam dunia sekarang ni.. takde keje lain ke?? huhu/..
23/03/2010 at 11:19 PM
artis dgn wartwan ni mcm pen dgn kertas.salah satu xde maka x bergunalah yg satu lagi.gaduh2 pun diorng dpt untung,pembaca je yg konfius..
05/05/2010 at 10:22 PM
padan la muka wartawan2 malaysia ni.perangai macam sial berita sensasi ala2 yahudi .dah terkena batang hidung tau pun nak sentap
12/05/2010 at 10:57 AM
bab memanaskan cerita diorang laa yang nombor satu , terjah sana sini, kadang2 sampai yang takde kes pun boleh jadi kes besar.
tapi bila orang cuit diorang … jadi macam beruk kena belacan
yer laa kan .. cari makan pun cari makan jugak , jgn sampai makan rezeki hasil fitnah plak ….
10/01/2011 at 11:07 PM
jgn dok sebok hal rumah tangga org….boleh la sorg wartawan nih boleh bediri tengah antara suami isteri yg tgh bertegang leher,dier x reti malu ker…klu aku tgh bertekak ngan bini aku dier dok tgh,memang aku terjah muka dier tuh….menyebok dan bodoh