Home » Isu Semasa » Dalam Negara » Perompak Tembak Rakan Sendiri
Perompak Tembak Rakan Sendiri

Perompak Tembak Rakan Sendiri

Semalam berlaku satu rompakan di sebuah kedai emas di Plaza OUG,KL. Lapan dulang emas telah berjaya dilarikan oleh perompak berkenaan.

Kejadian yang berlaku pada 2.45 petang semalam melibatkan 2 orang penjenayah. Mereka merampas pump-gun milik pengawal keselamatan sebelum mengarahkan pekerja mengisi barang kemas dalam beg plastik.

Namun, perompak terbabit tidak menyedari terdapat seorang lagi pengawal keselamatan yang sedang bertugas dan melepaskan tembakan kepada salah seorang dari mereka.

Melihat rakanya tumbang ditembak, penjenayah yang berada di depan berpatah balik dan melepaskan 2 das tembakan kepada rakannya sendiri yang tumbang tadi kerana takut pecah tembelang.

“Penjenayah bersenjatakan Revolver .38 dan sangat berbahaya yang sanggup membunuh sesiapa sahaja termasuk rakannya.

“Siasatan awal mendapati perompak yang mati berusia 34 tahun dan memiliki dua rekod jenayah lampau iaitu samun bersenjata dan penyalahgunaan dadah,” jelasnya.

P/S : Jenayah Malaysia semakin maju!!!!

Sumber : 1

2 comments

  1. bgs…
    makin hebat penjenayah kita skrg nie…
    sepatutnya penjenayah kita skrg kena sama hebat or lbh hebat dr org EUROPE, US, & JAPAN.
    br sistem keselamatan kita meningkat….

    hehehehehehehehehehehe…

    TQ.

  2. Identiti perompak terbunuh dikenal pasti

    —————————————–

    KUALA LUMPUR: Polis mengenal pasti identiti perompak yang terbunuh dalam kes perompak menembak mati rakannya dalam kejadian rompakan nekad di Plaza OUG, kelmarin.

    Berikutan itu, polis memburu suspek berdasarkan bukti terdapat di rumah si mati di Sungai Way.

    Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata, unit forensik polis dihantar ke rumah si mati bagi menjalankan siasatan dan mengesan maklumat bagi polis mengesan suspek.

    Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai maklumat diperoleh hasil siasatan itu.

    Polis mengeluarkan fotofit suspek selepas mendapat lakaran wajah lebih jelas berdasarkan visual CCTV.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Scroll To Top