Home » Galeri Foto » Gambar Aishah Bersama Suami Baru
Gambar Aishah Bersama Suami Baru

Gambar Aishah Bersama Suami Baru

aishah Gambar Aishah Bersama Suami Baru

PERKENALAN penyanyi Aishah dengan suami, Faizal Sazali Zulkifli (gambar) hanya berlangsung dalam tempoh seminggu.

Tetapi dek kerana jodoh, ia tidak menghalang duda beranak enam itu untuk memperisterikan Aishah pada 30 April lalu dalam tempoh perkenalan yang singkat.

Bak kata Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin,45, dia menerima jodoh secara ‘ekspress’ itu kerana ia sudah menjadi ketentuan Allah.

“Saya baru kenal dia (Faizal) seminggu, terus dia ajak kahwin. Allah beri ‘ekspress’. Itulah namanya jodoh,” kata Aishah kepada mStar Online hari ini.

Pasangan tersebut bernikah di Narathiwat, Thailand.

Menurutnya, tidak ramai yang mengetahui tentang perkahwinan mereka melainkan orang terdekat sahaja.

“Kami mahu cepatkan pernikahan supaya terhindar daripada fitnah kerana kami selalu bersama-sama ke mana-mana. Lebih baik bernikah, jauh dari melakukan maksiat,” jelasnya mengenai perkahwinan ketiganya itu.

Menerusi sebuah akhbar, penyanyi lagu popular Janji Manismu itu menafikan perkahwinan mereka berlangsung di Thailand kerana hendak berpoligami sebaliknya suaminya sedang menunggu surat cerai yang dijangka keluar pertengahan Julai ini.

Aishah juga menafikan dia menjadi punca penceraian suaminya itu.

Katanya, mereka berkenalan semasa suaminya sedang membuat permohonan cerai.

Aishah juga memberitahu tentang perancangan mereka untuk mendaftarkan perkahwinan mereka secepat mungkin.

Selepas lebih 10 tahun menjanda, Aishah akur dengan jodoh yang datang lantas tidak mengambil masa yang lama untuk mengikat kasih dengan suaminya yang berusia setahun lebih muda darinya.

“Sebelum ini, hati saya belum terbuka untuk menerima sesiapa tetapi selepas mengenalinya, saya dapat rasa dialah pilihan terbaik.

“Saya mencari lelaki yang boleh membimbing saya dan anak-anak ke jalan Allah. Insya-Allah,” ujarnya yang sedang menyiapkan album yang memuatkan sebuah lagu, koleksi zikir dan doa untuk anak-anak bertajuk Anak.

Berita tentang perkahwinan Aishah itu tercetus setelah tersebarnya gambar dirinya bersama seorang lelaki dalam internet baru-baru ini.

Aishah mengakui sengaja meletakkan gambar bersama suami barunya itu dalam laman Facebook untuk tatapan peminat-peminatnya.

sumber MSTAR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Scroll To Top