Home » Berita Pelik » Orang Hutan Kembali Hidup Di Hutan
Adobe Flash Plugin is required to see this video. Click Get The Latest Flash Player [Desktop]
or
Get The Free Flash Player Browser [Android User]

Orang Hutan Kembali Hidup Di Hutan

Pada Oktober 2009 yang lalu saya pernah post satu berita mengenai seorang wanita yang menghilangkan diri selama 18 tahun di hutan sejak berusia 8 tahun. Wanita berkenaan ditemui pada tahun 2007

Pada tahun ini wanita tersebut atau dikenali dengan nama Rochom P’ngieng telahpun berusia 29 tahun.

Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh keluarganya untuk kembalikan Rochom kepada manusia normal namun segala usaha berkenaan gagal.

Rochom lebih gemar untuk merangkak berbanding berjalan secara manusia normal,lebih gemar untuk berbogel berbanding memakai pakaian dan beberapa kali cuba untuk melarikan diri untuk kembali ke hutan tempat di mana dia membesar.

Menurut bapanya Sal Lou, Rochom menghilangkan diri beberapa hari lalu. Dia menanggalkan semua pakaiannya dan melarikan diri ke hutan tanpa meninggalkan pesan(camne nak tinggal pesan kalau dah tak boleh bercakap)

Menurut bapanya lagi, beberapa hari sebelum dia melarikan diri Rochom masih membantu mereka dikebun dan sehingga kini mereka belum lagi dapat mencari Rochom.

Rochom juga digelar sebagai “wanita separuh haiwan” kerana sifatnya yang lebih banyak mengeluarkan bunyi seperti binatang dari bercakap.

Bapanya pula lebih menyalahkan kononya “semangat hutan” membuatkan anak perempuanya melarikan diri dan kembali ke hutan.

Rochom hilang pada pertama kali pada usia 8 tahun bersama adiknya yang berusia 6 tahun ketika mengembala kerbau tetapi adiknya tidak pernah dijumpai.

Ini menimbulkan persoalan adakah wanita ini benar-benar anak kepada Mr Lou yang hilang 11 tahun yang lalu???

Mr Lou juga menolak tawaran oleh Badan Bukan Kerajaan Di Kemboja untuk melakukan ujian DNA untuk mendapatkan kepastian yang mutlak sama ada wanita ini benar-benar anak mereka.

Ini kerana banyak pihak percaya yang mustahil untuk seorang kanak-kanak berusia 8 tahun mampu bertahan dan hidup dalam hutan sendirian.

Tiada bukti kukuh untuk membuktikan wanita ini adalah anak Mr Lou.

Sumber : wikipedia Combodian Jungle Girl

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Scroll To Top