Wanita Paling Tua Melahirkan Anak Kini Tenat

Wanita Paling Tua Melahirkan Anak Kini Tenat

INDIA : Wanita yang menjadi ibu paling tua dengan melahirkan anak 18 bulan lalu pada usia 70 tahun, kini terlantar sakit.

Rajo Devi Lohan, 72, dan suaminya, Balla, 73, dari darerah Baddhu Patti berkata, mereka tidak diberi amaran mengenai risiko melahirkan anak pada usia setua itu apabila bersetuju membayar rawatan kesuburan berjumlah kira-kira RM10,000 bagi melahirkan anak.

Rajo berkata: “Saya impi untuk mempunyai anak sepanjang hidup saya. “Saya tidak menyesal sakit kerana melahirkan anak. Sekurang-kurangnya cita-cita saya untuk mempunyai anak sudah tercapai,” katanya.

Dia kini begitu lemah hingga tidak upaya untuk memangku, jauh sekali mendukung anaknya, Naveen.

Doktor Anurag Bishnoi yang melakukan permanian berhadas terhadap Rajo berkata, kesihatan wanita itu tidak ada kaitan dengan kehamilannya.

Bagaimanapun, katanya, sekurang-kurangnya Rajo akan mati dengan rasa puas kerana dapat melahirkan anak.

sumber HMETRO

PERINGATAN: Informasi di blog ini dipetik dari pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Sebarang tips kesihatan perlulah mendapatkan nasihat pakar.
Tags: , , , , , , ,

About mazuki

Mazuki is the founder and editor of selangor2u.com

More in this category (Luar Negara)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*