Home » Galeri Foto » Gambar | Pengguguran Bayi Melayu Singapura
Gambar | Pengguguran Bayi Melayu Singapura

Gambar | Pengguguran Bayi Melayu Singapura

Jika di Malaysia kita seringkali mendengar dengan masalah pembuangan bayi tetapi lain halnya di Singapura kerana masalah pengguguran bayi oleh melayu Islam lebih banyak.

kalau u all
sanggup
tengok….rasa nak menitis air mata… Sedih apabila mengenangkan nasib
orang Islam di Singapura. Pengguguran anak di Singapura………Just to
share reality dunia skrg. Kami keberatan menyiarkan gambar ini. Kami
akui ia
ngeri dan akan mengejutkan sebahagian pembaca. Tetapi setelah bebincang
panjang, kami dengan berat hati memutuskan untuk menyiarkan gambar ini.
Kerana kami berpendapat dan berharap ia dapat menjadi pengajaran kepada
semua terutama sekali mereka yang berniat untuk menggugurkan anak, atas
apa
jua sebab dan alasan…Setengahnya masih merah darah dan sebahagian lagi
telah bertukar kepada merah birat akibat telah beberapa hari terperap
dalam
rumah mayat. Suatu yang pasti, setiap beg plastik mengandungi sekujur
tubuh
kecil terkulai layu berlumuran darah. Nama ibu, nombor kad pengenalan
dan
tarikh pengguguran tertera pada kad hijau yang disertakan bersama 16
janin
yang berusia antara dua minggu dengan enam bulan. Air mengalir merah
apabila
janin dimandikan bersama urinya sebelum dikafan, disembahyangkan(gambar
sisipan) dan kemudian dikebumikan dalam dua liang kubur di
Pusara
Abadi dekat Lim Chu Kang.Kami & krew TV3 sempat menyaksikan suasana
menyayat
hati itu dibilik mandi mayat Masjid Pusara Aman baru-baru ini.Namun
tidak
mendapat kelulusan utk tayangan dari pihak atasan atas pelbagai
alasan….

Kesemua janin, Melayu/Islam itu baru saja diambil pegawai Persatuan
Derma
Amanah Muslimin (MTFA) dari tiga buah hospital setempat. Hospital
Wanita
dan Kanak-kanak Kandang Kerbau (KKH), Hospital Besar Singapura (SGH) dan
Hospital Universiti Nasional (NUH). Janin-janin itu tidak dituntut oleh
ibu
yang mengandungkan mereka selepas menjalani pengguguran di hospital-
hospital tersebut.

Kredit to : Kayuh Beimbai

5 comments

  1. banyak orang tua yang mendambakan lahirnya buah hati, tapi kenapa mereka tega membunuh buah hatinya sendiri, sebaiknya menikahlah agar tidak terjadi kejadian yang sangat memilukan ini

  2. xda hati n perasan… xtau dosa keee..

  3. ya allah…aku benci orng2 yg buang bayi ni!!! geram!!!!

  4. manusia diakhir zaman lebih teruk daripada zaman jahiliah,sedarlah wahai umat manusia sesungguhhnya setiap perbuatan akan dihitung diakhirat kelak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Scroll To Top