Home » Isu Semasa » Dalam Negara » Mayat Bayi Di Sungai – Kes Pertama Bawah Akta Seksyen 318 Kanun Keseksaan
Mayat Bayi Di Sungai – Kes Pertama Bawah Akta Seksyen 318 Kanun Keseksaan

Mayat Bayi Di Sungai – Kes Pertama Bawah Akta Seksyen 318 Kanun Keseksaan

Selepas kerajaan mengumumkan bakal mengenakan tindakan hukuman mati kepada pesalah buang bayi, dan semalam mayat seorang bayi perempuan ditemui dalam beg sandang yang tersangkut di tebing Sungai Tambun, Kota Damansara.

UTUSAN 15 Ogos 2010

Mayat bayi yang masih bertali pusat itu ditemui sekumpulan lima lelaki yang sedang menjala ikan di sungai berkenaan kira-kira pukul 11.40 pagi.

Salah seorang daripada mereka, Badrul Abdul Rashid, 24, berkata, dia dan rakan-rakannya berasa curiga sebaik sahaja ternampak beg berwarna hitam itu tersangkut di tebing sungai sebelum membukanya.

“Selepas membuka zip beg itu, saya terkejut melihat bungkusan kain tuala dan sehelai kain yang dibalut seperti mayat. Saya kemudian memberanikan diri membuka getah pengikat rambut di bahagian atas dan bawah bungkusan itu.

“Setelah membuka balutan kain itu, saya nampak mayat seorang bayi berkulit gelap yang masih elok tanpa bau busuk,” katanya ketika ditemui di lokasi penemuan mayat itu hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, mayat bayi tersebut mungkin baru ditinggalkan memandangkan keadaannya yang masih elok.

“Kita juga masih menyiasat sama ada bayi yang berkulit gelap itu ditinggalkan ketika dia masih hidup atau sebaliknya.

“Selain itu, polis akan turut menyiasat sehelai daripada dua kain yang kelihatan seperti milik hospital,” ujar beliau.

Menurutnya, kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Pembuangan bayi semakin menjadi-jadi meskipun Kabinet baru-baru ini mengarahkan supaya mana-mana individu yang terlibat dalam kes pembuangan bayi disiasat mengikut Kanun Keseksaan iaitu perbuatan membunuh atau percubaan bunuh.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, penguatkuasaan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu telah mendapat persetujuan Jemaah Menteri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menjelaskan, keputusan sama ada sesuatu kes buang bayi itu akan disabitkan dengan hukuman mati akan ditentukan oleh Peguam Negara.

.

Dalam kes ini mungkin kita akan dapat lihat sejauh mana kehebatan polis untuk menjari ibu dan bapa kepada bayi wanita ini menggunakan ujian DNA yang dikatakan sebelum ini.

Sama-sama kita nantikan hukuman yang bakal diterima.

3 comments

  1. cam tau je tmpt ni….
    belakg uma ak kot….
    dekt segi kolej kn…
    tp ak xtau yg ne 1 student yg
    buang…tp yg pentg dy dak senior…
    ak junior ag…hehe…
    sedh ak tgk bayi skrg asyk tene buang…
    dyowg ta besalah tp
    nyawa dyowg yg tegadai…
    ak hope,owg yg buang ank ni betol2 dpt hukumn setimpl..
    biau dyowg ase
    TERSEKSA D AKHIRAT KELAK….

  2. orang-orang seperti ini yang berhati lebih teruk dari haiwan adalah patut untuk diberikan hukuman yang seberat-beratnya.

    Masyarakat kita harus lebih ambik peranan banteras jenayah kemanusiaan ini.

    Inilah dunia akhir zaman, sehinggakan nilai satu nyawa sudah tiada harga.

    baik orang-orang seperti ini dihantar pergi israel lagi bagus.

    puas hati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Scroll To Top