Siapa pengarah iklan ini??? Pada pertama kali tengok iklan ini disiarkan dalam tv3 dah perasan macam krismas pulak. Malam tadi akhirnya tv 3 dah tarik balik iklan ini.
Langsung tiada ciri-ciri islam dalam iklan ini.
Berita dari Utusan
KUALA LUMPUR 5 Sept. – Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) hari ini memohon maaf kepada seluruh masyarakat Islam kerana penyiaran iklan yang dikatakan mempunyai unsur-unsur yang boleh memesong akidah terutama kanak-kanak.
Sehubungan itu, iklan tersebut yang ditayangkan sejak Khamis lalu telah pun dihentikan penyiarannya semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan ketika dihubungi hari ini berkata, bagi pihak TV3 beliau meminta maaf kepada masyarakat Islam terutama penonton TV3 di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu.
“Sebagai orang yang bertanggungjawab meluluskan iklan itu, tidak terlintas di fikiran saya untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak sebaliknya hanya melihat itu sebagai daya kreativiti pengarahnya.
“Dalam iklan selama seminit itu, ia menggambarkan impian seorang kanak-kanak dengan beca ajaibnya sesuai dengan tema TV3 tahun ini iaitu Sinari Lebaran,” katanya.
Sejak Khamis lalu, TV3 menyiarkan iklan sempena hari raya yang menggambarkan seorang ‘Pak Haji’ mengajak kanak-kanak menaiki beca ajaib sehingga melintasi bulan.
Ia seolah-olah menyamai watak Santa Claus menaiki kereta salju yang dipacu oleh sekawan rusa kutub membawa hadiah Hari Natal untuk kanak-kanak.
Iklan tersebut juga menampilkan babak kemunculan pelita melalui bunga teratai yang dikatakan menyamai fahaman agama Buddha.
Iklan tersebut diterbitkan oleh Pengarah Kreatif TV3, Douglas Khoo Hong Seng dengan kos penerbitan RM200,000 dan banyak menggunakan teknik janaan pengimejan komputer (CGI).
Menurut Farid, dengan mengambil kira rungutan dan rasa tidak senang penonton, iklan tersebut telah pun dihentikan pada pukul 9 malam tadi selepas lima kali disiarkan.
”Walaupun iklan itu baru lima kali ditayangkan, kami telah pun menarik penyiarannya demi memelihara keharmonian dan menghargai pandangan penonton.
“Sebagai sebuah stesen televisyen yang sentiasa cuba memberikan yang terbaik kepada penonton, komen-komen begini sedikit sebanyak membantu kami untuk tidak melakukan kesilapan lagi,” katanya.
Farid berkata, disebabkan kesuntukan masa, mulai esok sebagai menggantikan iklan tersebut, TV3 akan menyiarkan iklan raya tahun lalu iaitu ‘Ikan di laut, asam di darat’ arahan Allahyarham Yasmin Ahmad.
Sementara itu, Douglas ketika dihubungi mengenai iklan daripada idea kreatifnya itu akur dengan apa juga keputusan pihak TV3.
Katanya, sebagai Pengarah Kreatif TV3 beliau cuba melahirkan sesuatu yang menarik sesuai dengan tema kali ini iaitu Sinari Lebaran dengan menggambarkan keriangan kanak-kanak.
“Semasa membuat iklan ini, apa yang saya fikir hanyalah untuk melahirkan Melayu milenium dan tidak pernah terlintas untuk menyinggung perasaan orang Islam.
“Saya cuma mahu gambarkan impian dan keriangan kanak-kanak itu dengan beca ajaibnya untuk mencapai apa yang difikirkan kerana saya rasa ia cantik dan sesuai.
“Saya benar-benar menyesal atas apa yang berlaku dan saya memohon maaf kepada masyarakat Islam di atas kesilapan yang tidak disengajakan,” katanya.
Beliau berkata, komen dan pandangan pelbagai pihak akan dijadikan panduan dalam menghasilkan sesuatu karya pada masa depan.
Iklan Sinari Lebaran yang menelan kos sebanyak RM200,000 menjalani penggambaran tiga minggu lalu di Bukit Broga, Semenyih, Negeri Sembilan.
Penggambaran selama seminggu itu mengabadikan babak beca ajaib dari Pulau Pinang, Perak dan Bukit Broga dengan menggunakan CGI dengan lagu latar hari raya ciptaan komposer Jerry dan Bijay dan dinyanyikan oleh Atilia.
Mungkin lebih sesuai orang islam sendiri yang arahkan kerana mudah untuk memasukan unsur-unsur yang lebih dekat dengan Islam dalam iklan tersebut.

06/09/2010 at 11:22 AM
elok jgk iklan tu ditarik balik,sbb x mencerminkan islam pn.
Hanya banyak kepada unsur kristian.
06/09/2010 at 8:57 PM
entah siapa pengarah iklan ni..we are very upset with TV3. Macamana boleh disiarkan ??? Mana Datuk Farid..do something!
07/09/2010 at 7:10 AM
perlukah jumlah rm200,ooo disebutkan di dalam media.suka menunjuk2 pulak~
07/09/2010 at 7:17 AM
saje nak tunjuk kebodohan kot…bayar mahal2 tapi mesej xkena
07/09/2010 at 7:30 AM
wlupun marah kat pengarah cina tu,but not wonder la,dia bkn islam..mmg dia tau islam tu agama rasmi Malaysia..
tp dia bknnya tau apa itu Islam..
masalahnya ketua pegawai ekskutif yg berbangsa melayu tu..
nmpk sgt cetek agama…
kalo org ramai pon bleh sedar iklan tu ntah apa2 x dak ciri2 keislaman lgsg..
x kan tu pun x sedar?
bangga sgt dgn teknologi cgi smpi sensitiviti agama pown x dihiraukan…
07/09/2010 at 11:06 AM
Amat mengecewakan Dato Farid boleh meluluskan…main tutup mata sabelah saja..ada masyukk kot. Mentalaah sekarang ni ramai orang cari kesempatan tindak utk memperlekehkan agama..kita banyak sabau, tak apa atitude.. senang saja minta maaf, depa maaf. Esok buat lagi, tengok saja budak Namewee… dia kutuk habis pun, relaks juga. Dalam siaran iklan seharus nya Pihak TV3 terus tutup saja akaun Douglas tu.. cari production hse lain banyak.. KRU ke atau siapa saja yang tahu tentang agama…jangan lupa Malay Peninsula , Archipelago dah tak ada dalam peta dunia.
16/09/2010 at 12:54 AM
buat salah mntk maaf..then buat salah lagi then mntk maaf lagi….sampai la mati xhabis nk mntk maaf…..
08/09/2010 at 4:12 PM
maaf shj tak cukup, tp kene bertaubat. lain kali jgn buat lg. jgn terlepas pandang, sepatutnya kene rujuk pada lembaga penapisan or pada yg cukup arif tentang sesuatu perkara. jgn pakai tangkap muat je. kan dh kena. skali tengok org dh dpt tangkap. kene igt, hari raya aidilfitri adalah untuk org islam sahaja bkn untuk agama lain. kene igt juga impian adalah satu keajaiban permintaan dalam doa bukan cara berhalusinasi..
08/09/2010 at 10:41 PM
terlalu ingin menerapkan konsep 1Malaysia sehingga cuba menyamakannya dengan konsep 1Agama.
19/09/2010 at 2:59 AM
jgn la marah sgt,diorg pun bukan perasan sgt dgn iklan tu,kita pun kdg2 tak berapa perasankan,yg jadi masalah tu nape tak bg org islam je yg buat iklan tu,macam mana melayu nak maju klu bangsa sdr tak nak tlg.