Home » Isu Cinta » Mitos Kepada Fakta – Benarkah Lelaki Berkulit Gelap Lebih Seksi?
Mitos Kepada Fakta – Benarkah Lelaki Berkulit Gelap Lebih Seksi?

Mitos Kepada Fakta – Benarkah Lelaki Berkulit Gelap Lebih Seksi?

LONDON: Warna kulit adalah daya penarik setiap individu biarpun hakikatnya, cita rasa wanita dan lelaki terbukti berbeza – lelaki sukakan wanita berkulit cerah, manakala wanita lebih meminati lelaki berkulit gelap.

Lelaki mengaitkan warna kulit putih itu dengan lambang kesucian, perawan, baik, budi pekerti mulia dan lemah.

Wanita pula menganggap lelaki kulit hitam sebagai penuh misteri, rakus, bahaya serta ada tarikan seks.

Akhbar Daily Mail melaporkan semalam, ia hasil kajian terbaru sekumpulan saintis Barat di Universiti Toronto, Kanada, yang merumuskan lelaki yang berbeza latar belakang dan keturunan, mempunyai persamaan dari segi meminati wanita berkulit cerah, berambut perang yang dianggap paling menawan.

Wanita sebaliknya melihat lelaki berkulit gelap – daripada sawo matang kepada kulit hitam sebagai paling menarik.

“Kajian kami mengesahkan persepsi mengenai warna kulit bukan sekadar tanggapan, tetapi hakikat. Warna kulit menjadi daya penarik dan antara ciri utama rujukan sosiol. Boleh dikatakan, apa yang dianggap sebagai mitos kini menjadi fakta,” kata Dr Shyon Baumann, ahli sosiologi yang terbabit dalam kajian itu.

Apa kata wanita?? Adakah wanita Malaysia pun berpendapat begitu??

8 comments

  1. Ahahaa,i l0ike it… Llaki bklit glap lbih mach0 bbnding mreka y bkulit p0teh… like 'anak mummy' g2…

  2. fuh!!

    rasanya citarasa perempuan malaysia ni hanya lelaki

    yang hensem serta muka cerah,, cool katanya~~

    sbb kawan perempuan aku penah tegur,

    kenapa muka ko hitam,, macam xd nur (cahaya) hahaha

    mentang2 solat xckup~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Scroll To Top