Kemalangan ngeri,12 maut di KM 223 Lebuhraya PLUS berhampiran Simpang Ampat,Melaka

Adobe Flash Plugin is required to see this video. Click here to download the latest version of Adobe Flash Player Plugin.

Angka kematian diberitakan meningkat kepada 15 orang (setakat yang diketahui).

Ini senarai mangsa yang meninggal Dunia :

12 Mangsa Kemalangan Ngeri Dikenal Pasti MSTAR
MELAKA: Kesemua 12 mangsa kemalangan ngeri membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini telah dikenal pasti.

[spoiler]Manakala sembilan daripada mangsa adalah rakyat Malaysia manakala tiga lagi berasal daripada Myanmar.

Polis berkata kejadian berlaku pada kira-kira 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan.

Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat.

Mayat telah dikenal pasti oleh pihak polis dengan bantuan ahli keluarga yang mula berkumpul di perkarangan rumah mayat sejak pukul 10 malam semalam.

Mereka yang terkorban adalah pemandu bas R. Ramachandra, 52, dari Kampung Tengah, Klebang Besar; penumpang bas Muhammad Farizuddin Talib, 19 (Balai Panjang, Malim); Azizi Ajis, 19 (Kampung Gapis, Nyalas); Norazmi Abdul Karim, 24 (Kampung Pondok Kempas, Selandar); Sharene Sofia Fadzry Tan, 18 (Semabok Perdana); Nur Shafika Baba, 29 (Pokok Mangga) and Eng Sok Kuan, 52, (Kuala Lumpur), tiga warganegara Myanmar, Pau Khan Tual, 21, Kam Khaw Tual, 28, and Cin Thawa Tuang (umur tidak diketahui).

Pemandu Van Goo Chuan Heng, 34, dari Taman Maju, Batu Pahat dan penunggang motosikal Pang Shi Moei, 57, (Taman Segar, Segamat).

Kemalagan itu turut menyebabkan lebih 40 penumpang lain cedera dan telah menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk di kedua-dua hala.[/spoiler]

Bas cuba potong kenderaan tapi gagal, kata penumpang HMETRO
SEREMBAN: Seorang penumpang bas ekspres Delima yang terselamat dalam kemalangan maut yang mengorbankan 12 nyawa petang semalam, mendakwa dia melihat pemandu bas cuba memotong sebuah kenderaan, tetapi gagal dan bas itu mula terhoyong-hayang menyebabkan ia melanggar pembahagi lebuh raya sebelum melambung ke laluan bertentangan.

Tew Chi Ling, 18, pelajar Kolej Bandar Utama itu berkata, dia kini berada dalam keadaan trauma dan terkejut kerana dapat menyaksikan keseluruhan detik-detik cemas, ketika kemalangan itu berlaku.

“Saya tengok, ramai penumpang bergelimpangan di atas jalan raya dan ada juga yang tersepit di dalam bas. Saya lihat, bas itu sudah dipenuhi darah manusia.
[spoiler]

Ada yang mengeluh kesakitan, ada yang sudah tidak bersuara lagi. Ada pula yang patah, cedera di kepala. Saya cuba membantu, tetapi tidak berdaya,” katanya.

Dia sedih kerana banyak suara yang meminta tolong dari dalam bas yang remuk itu, apatah lagi terkejut dengan jeritan tanpa henti penumpang yang terbabit dalam kemalangan maut itu.

“Saya bernasib baik kerana selamat bersama seorang rakan kolej. Saya masih dirawat, tetapi rakan tidak dibenarkan balik. Saya cuma mengalami cedera ringan dan luka di beberapa bahagian badan,” katanya ketika ditemui di wad Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), di sini hari ini.

Sebahagian besar penumpang bas ekspres Delima itu sedang tidur ketika kenderaan itu melambung, terhempas dan melanggar beberapa kenderaan lain di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat, di Rembau.

Menurut beberapa penumpang yang terselamat, mereka melihat penumpang lain yang ketika itu ramai yang tidur melambung keluar dari bumbung bas yang pecah, selain beberapa lagi tersepit apabila bas itu terhempas di atas jalan raya.

Seorang lagi penumpang, Liow Sin Ren, 23, berkata dia tidak sedar apa yang berlaku kerana tidur dan hanya menyedari apabila bas sudah terbalik.

“Bila saya sedar seluruh badan terasa sakit. Saya buka mata perlahan-lahan dan terkejut apabila bumbung bas sudah tercabut,” katanya yang mengalami keretakan pada tulang hidung dan pipi.

Katanya, doktor terpaksa menyedut serpihan kaca yang masuk ke dalam telinganya.

Seorang lagi mangsa yang selamat, Nur Najlaa Aquilah Mohd Ghazali, 19, yang kehilangan sebahagian kulit dan daging di pergelangan tangan kirinya berkata, dia berada dalam keadaan separuh sedar dan pening kerana bas itu berpusing dan terhoyong-hayang.

“Saya terhantuk dan kepala pening sebaik sahaja bas yang dinaiki terbabit dalam kemalangan. Apabila saya sedar, saya lihat pakaian saya dibasahi dengan darah,” katanya.

Beliau berkata ramai penumpang yang mengerang kesakitan dan ada juga yang merangkak keluar dari bas yang sudah remuk.

“Saya menangis apabila melihat darah banyak mengalir dari pergelangan tangan dan dimaklumkan ia terkoyak semasa kemalangan itu berlaku,” kata pelajar Universiti Malaya itu.[/spoiler]

Kementerian Pengangkutan akan meminda Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987

SEREMBAN 11 Okt. – Kementerian Pengangkutan akan meminda Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dalam usaha memperhalusi undang- undang lalu lintas ke arah menjamin keselamatan pengguna jalan raya di negara ini.

Menterinya, Datuk Kong Cho Ha berkata, langkah itu selari dengan hasrat kerajaan dalam memperketatkan peraturan jalan raya sekali gus mengurangkan kadar kemalangan maut di negara ini.

[spoiler]“Kementerian kini sedang membuat pindaan pada Akta Pengangkutan untuk memperketatkan peraturan supaya pengguna jalan raya lebih mematuhi undang-undang yang ditetapkan nanti.

“Pindaan akta ini juga termasuk memberikan kuasa kepada pegawai penguatkuasa JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) untuk mengambil tindakan terhadap pemandu yang mengambil dadah,” katanya.

Cho Ha berkata demikian pada sidang akhbar di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini hari ini sebagai mengulas tragedi kemalangan ngeri yang mengakibatkan 12 orang terbunuh termasuk 40 tercedera di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah di Melaka semalam.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan; Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh dan Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh.

Mengulas lanjut mengenai tragedi itu, Cho Ha memberitahu, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian.

“Kita akan menjalankan siasatan terperinci berhubung kes ini dan akan melibatkan pelbagai pihak termasuk JPJ, JKJR, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Bagaimanapun, hasil siasatan awal kami mendapati, bas berkenaan merupakan sebuah bas baru digunakan sejak 2007 dan ia didapati turut menjalankan pemeriksaan berkala di Puspakom pada Mei lalu,” jelasnya.

Tambahnya lagi, berdasarkan laporan awal, pihaknya turut mendapati tayar bas ekspres itu berada dalam keadaan baik.

“Namun, kita akan menyiasat secara lanjut keadaan sistem brek dan stereng bas berkenaan,” katanya.

Dalam nahas semalam, 12 orang terbunuh, manakala lebih 40 orang dilaporkan cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah bas, sebuah van dan tiga kereta yang berlaku pada pukul 6.50 petang.

Kemalangan berlaku ketika bas Ekspres Delima yang dipandu laju, gagal dikawal lalu terbabas dan merempuh pembahagi lebuh raya. Ia kemudian melambung ke laluan bertentangan dan melanggar van dan bas sebelum menghempap dua kenderaan.[/spoiler]

Gambar Disini

PERINGATAN: Informasi di blog ini dipetik dari pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Sebarang tips kesihatan perlulah mendapatkan nasihat pakar.
Tags: , , , , , , , , ,

About mazuki

Mazuki is the founder and editor of selangor2u.com

More in this category (Dalam Negara, Video)

Subscribe to Comments RSS Feed in this post

One Response

Pingbacks/Trackbacks

Page 1 of 11

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*