Home » Variasi » Tahukah Anda? » Kurus Itu Segala-galanya?
Kurus Itu Segala-galanya?

Kurus Itu Segala-galanya?

Manusia tak pernah puas. Yang kurus nak gemuk. Yang gemuk nak kurus. Tapi selalunya, yang gemuklah nak kurus. Kalau boleh nak kurus kering seringan kapas.

‘ Terlalu kurus’  tu bila angka BMI orang tu terletak  bawah 18. Untukt mereka yang  julat BMI  antara 18-22, jangan nak memandai-mandai kata yang korang tu terlalu kurus ye, sebab terlalu kurus sangat pun sebenarnya tak elok.

Untuk yang gemuk sangat memang dah jelas jelas tentang penyakit yang berisiko dihadapi. Mentaliti orang kita ni, kalau kurus confirm sihat. Tak da penyakit! Sebenarnya TAK, kurus terlampau pon berisiko jugak. Antaranya…

bulimia anorexia Kurus Itu Segala galanya?

1 - Osteoporosis
Tulang akan terjejas & tak sihat jika kalau kurus sangat. Diet  kurang nutrien, lebih-lebih lagi kalsium, boleh sebabkan tulang jadi rapuh.

2 - Masalah Kesuburan
Ini penting!. Perempuan yang terlalu kurus berisiko untuk  masalah haid yang tidak teratur dan sukar untuk hamil. Ada petua orang tua, kalau nak cari isteri cari yang badan ‘sedap sedap’ sebab yang ‘sedap sedap’ tu subur.

3 - Kurang Daya Tahan
Sistem imun tubuh badan yang lemah disebabkan individu tersebut tidak berupaya untuk melawan virus dan antigen. Menyebabkan orang yang terlalu kurus sering dijangkiti penyakit dan lambat pulih.

4 - Lesu
Terlalu kurus maybe menyebabkan mereka nampak lesu, pucat dan selalu sejuk, sebab kurang isipadu otot yang bekerja untuk bakar kalori.

5 - Keguguran rambut
Orang yang terlalu kurus selalu  stress dan menyebabkan mereka kekurangan apa yang diperlukan untuk pertumbuhan rambut, dan hilang  keupayaan untuk  kawal suhu badan.Masalah rambut gugur ni selalu terjadi kepada penghidap aneroksia.

anorexia nervosa 205x300 Kurus Itu Segala galanya?

Nah, kalau dah kurus macam ni, pasang kipas no.5 kat rumah pon boleh melayang. Badan sendiri, sendiri tentukan. Nak cantik atau nak sakit. Asalkan berat badan masih ideal, senaman 3x seminggu mungkin penyakit penyakit bahaya dapat dijauhi.=p

5 comments

  1. serious ny,, its scared me

  2. ahmoi bishoujo

    hahahaha :D

  3. dh macam mentadak mentadu dh aku tgk..

  4. yang gambaq last sekali takleh blah… huhu~
    rokok kat tangan lagi tuh~

  5. dh mcm mangsa perang aku tgk diorg nie…

    kesian…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Scroll To Top