Home » Variasi » Tahukah Anda? » Cantik Dengan Homemade Masker….
Cantik Dengan Homemade Masker….

Cantik Dengan Homemade Masker….

Runsing dengan produk kecantikan yang semakin mahal di pasaran? Takut  produk kecantikan dipasaran merosakkan kulit muka? Sekarang ni, memang kena berhati hati beli produk kecantikan. Banyak yang menghakis kulit. Kalau boleh cari lah yang dari bahan organik.

Masker, salah satu produk kecantikan yang selalu digunakan.Fungsi masker adalah untuk:

  • membuka pori-pori yang tersumbat
  • menghilangkan kotoran pada kulit wajah
  • mengembalikan kelembapan dan kehalusan kulit
  • merilekskan otot-otot wajah

Sebabkan takut nak beli kat luar, takut kulit muka kita rosak. Apa kata kita cuba buat sendiri? Senang sangat caranya, murah dan jimat. Kalau tak sesuai dengan kulit muka pon tak kan effect apa apa sebab memang 100% organic.

1) Masker Tomato

Jenis Kulit: Normal

Cara- Cara: Ambil sebiji tomato, potong dua bahagian. Gosok perlahan lahan 2-2 belahan tomato kat muka, secara membulat pada seluruh muka. Gosok perlahan lahan. Jangan tonyoh, nanti muka cepat kedut. Biarkan sekejap, sampai jus tomato kat muka kering. Lepas beberapa minit, basuh muka. Kalau selalu amalkan, kulit boleh jadi lagi halus secara semulajadi.

2) Masker Putih Telur

Jenis Kulit: Normal atau Berminyak

Cara-Cara: Make sure tapak tangan bersih. Pecah kan 1 biji telur & ambil bahagian putih je. Lepas tu, urutkan putih telur kat seluruh muka. Biarkan betul betul kering dan basuh. Muka akan nampak lagi bersih & segar. Putih telur jugak membantu untuk tegangkan kuli wajah. Tak payah pakai botox dah nanti bila tua.

3) Masker Peach + Honey

Jenis Kulit: Kulit Sensitif & Bermasalah

Bahan-Bahan: 1 biji buah peach, 3 sudu madu, 2sudu plain yogurt

Cara cara: Lumat kan buah peach yang dah dibuang kulit. Campur madu dan yogurt ke dalam buah peach yang dilumatkan tadi. Kacau biar sebati. Sapu masker ke seluruh wajah termasuk leher dan mata. Baring dan rehatkan diri selama 10-15minit. Bersihkan muka dengan air suam. Fungsi masker ni untuk melembutkan kulit wajah.

4) Masker Timun

Jenis Kulit: Sesuai untuk semua jenis kulit

Bahan bahan: Oat,1sudu besar bijirin gandum, 2sudu besar fresh milk, 2 sudu besar ‘Whipping Cream’, 1/2sudu besar jus lemon,1 sudu besar yogurt, 1/2 batang timun dipotong dadu.

Cara cara: Mula mula, kisar oat & bijiran gandum sampai halus dan ketepikan. Masuk kan bahan bahan yang selebih tu ke dalam blender, kisar sampai sebati. Bersihkan muka dan lap kering kering before sapu masker tadi. Lepas sapu, biar kering dalam 10-15minit. Basuh dan bilas bersih bersih muka.

Memang rumit kalau nak bandingkan masker yang dah siap jual kat supermarket tu. Tapi yang ni lagi selamat dan jimat. Jom cuba, sesekali manja kan diri kat rumah tak salah kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Scroll To Top