Gambar diatas bukan photoshop tapi sememangnya diambil oleh juru gambar (Adriano Migliorati). Biasanya bila nampak gambar pelik semuanya nak kata photoshop jadi awal-awal cakap ini bukan photoshop.
Kambing yang dikenali dengan nama Alpine Ibex ini memanjat tembok empangan untuk mendapatkan garam mineral yang berada pada tembok tersebut.
Mungkin kambing-kambing ini tidak sedar mereka berada sebegitu tinggi kerana asyik menjilat garam pada tembok tersebut. Mungkin juga ada yang terkorban tetapi tidak pula dilaporkan mengenai perkara itu.
Jika anda lihat video diatas, sebenarnya tembok empangan ini tidaklah menegak 90 darjah(ada ke tembok empangan 90 darjah??). Jadi, kambing-kambing ini dapat panjat dan turun dengan selamat.
PERINGATAN: Informasi di blog ini dipetik dari pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Sebarang tips kesihatan perlulah mendapatkan nasihat pakar.


18/04/2011 at 2:57 PM
sungguh misteri ciptaan allah nie kan…
TQ.