Home » Permotoran » Cara Membuat Tuntutan Insurans yang BETUL!
Cara Membuat Tuntutan Insurans yang BETUL!

Cara Membuat Tuntutan Insurans yang BETUL!

Kebanyakkan rakyat Malaysia hari ini tidak tahu proses untuk membuat tuntutan insurans kenderaan yang sebenarnya. Ramai antara kita hanya berpendapat bahawa insurans penting ketika untuk mengambil cukai jalan (road tax) sahaja. Disini saya ingin berkongsi dengan para pembaca cara2 untuk mebuat tuntutan insurans yang betul

Anda mungkin seorang pemandu yang sangat cermat, kerana anda beranggapan bahawa akan menjadi remeh serta menyusahkan anda jikalau kemalangan terjadi pada anda. Kita harus ingat bahawa malang tidak berbau, jadi kita harus sediakan payung sebelum hujan!

Pada asasnya, terdapat dua jenis polisi insurans untuk kereta anda.

i)  First Party – melindungi kehilangan dan kerosakan kereta, kecederaan dan kematian pihak anda serta pihak ke-3 iaitu kenderaan yang terlibat dengan anda ketika kemalangan.

ii) Third Party – seperti namanya, hanya pihak ke-3 iaitu kereta lain yang terlibat dengan kemalangan kereta anda.

Walaubagaimanapun, anda mempunyai hak untuk melndungi cermin depan, liability penumpang serta bencana alam yang menimpa kenderaan anda, tetapi dengan tambahan wang ringgit. (bergantung pada syarikat insurans anda)

Baiklah. Kita mulakan dengan situasi kemalangan. Bayangkan…

Jika kemalangan menimpa anda, pertama sekali pastikan samada terdapat kecederaan pada diri anda serta penumpang dan kenderaan lain yang terlibat. Jika ada, segera hubungi ambulans bagi rawatan lanjut.

DSC00889 500x375 Cara Membuat Tuntutan Insurans yang BETUL!

Elakkan bertengkar, anda bertenang dan bersabar. Ini adalah takdir. Jika anda marah sekalipun, kemalangan sudah terjadi. Kita tidak dapat untuk mengelaknya. Apa yang boleh anda lakukan ialah pastikan butir2 berikut diperolehi bagi memudahkan proses tuntutan insurans.
1. Nombor pendaftaran kenderaan

2. Butiran pemandu (nama, alamat, no telefon)

3. Masa, tarikh dan tempat kemalangan Time, date and place of accident

4. Nama pemegang polisi insurans serta nombor polisi (jika boleh) kenderaan2 yang terlibat.

5. Butiran saksi atau orang yang tercedera (jika ada)

Selepas itu, anda perlu pandu atau tarik (towing) kenderaan anda ke balai polis cawangan trafik yang berhampiran dan buat laporan polis, jika mengikut undang2, mesti dilakukan dalam masa 24jam. Pihak polis akan memeriksa kenderaan anda dan mengambil gambar kenderaan anda.

Kemudian, anda hantar kenderaan anda ke bengkel yang ditauliahkan untuk membaik pulih kenderaan anda. Pihak syarikat insurans anda mempunyai senarai panel bengkel yang ditauliahkan dan anda dinasihatkan untuk menggunakan panel bengkel tersebut.

Selepas itu, anda boleh mengisi borang tuntuan insurans (claim form). Hantarkan ke pejabat utama syarikan insurans atau mana2 cawangannya bersama dengan dokumen2 berikut dalam masa 14hari:

geranb 500x709 Cara Membuat Tuntutan Insurans yang BETUL!

1. Laporan polis asal.
2. Anggaran kasar jumlah baikpulih oleh panel bengkel.
3. Salinan:
- Polisi insurans
- Geran kenderaan
- Cukai jalanRoad tax
- Kad pengenalan dan lesen memandu pemilik kenderaan.
- Kad pengenalan dan lesen memandu pemandu yang terlibat. (jika bukan pemilik)
- Surat perjanjian sewa-beli (jika berkaitan) post 205752 1223912682 thumb Cara Membuat Tuntutan Insurans yang BETUL!
Selepas semua dokumen diserahkan dan diproses, akan ada seorang “adjuster” iaitu wakil syarikat insurans akan menganggar jumlah yang perlu untuk membaik pulih kenderaan anda. Adjuster akan membuat laporan atas segala kerosakan serta gambar juga akan diambil. Selepas itu anda boleh mengambil surat pelepasan atau pengesahan mengenai jumlah yang akan dibayar oleh syarikat insurans dan serahkan pada bengkel tersebut. Selepas kenderaan anda siap, surat tadi yang menyatakan bahawa kenderaan anda telah siap dan memuaskan hati, anda boleh menandatangani surat pelepasan tersebut.

Ini merupakan langkah2 untuk menuntut insurans “own damage” dimana anda menuntut dari syarikat nsuran anda sendiri dan hanya boleh dilakukan bagi “First Party”. Tetapi, NCD atau No Claims Discount anda akan terhapus.

NCD= Diskaun yang diberikan jika tiada tuntutan pada tahun pertama, dan bertambah diskaun jika tiada juga pada tahun berikutnya.

Walaubagaimanapun, jika kemalangan tersebut bukan salah anda, anda boleh membuat No-Fault Own Damage Claim. Disini anda boleh menuntut dari syarikat insurans anda dan bukan kenderaan yang bersalah. Ini bagi mempercepatkan proses dan pada masa yang sama anda tidak kehilangan NCD anda.

Tambahan dokumen yang diperlukan:

1. Surat pengesahan menyatakan No Fault Own Damage dengan butiran insurans pihak ketiga. Ini perlu dibuktikan juga oleh JPJ menyatakan yang sama.

2. Siasatan polis, lakaran kemalangan dan salinan laporan polis pihak ke-3.

Jika kenderaan anda dicuri pula, anda boleh menuntut insurans bagi kecurian. Ini hanya boleh dilakukan oleh insurans jenis First Party atau Third Party yang memilih pilihan untuk melindungi kenderaan dari dicuri atau kebakaran. Dokumen yang diperlukan adalah sama seperti Own Damage.

Anda akan disoal siasat untuk mendapat kenyataan dari anda mengenai kecurian kenderaan anda. NCD akan terhapus juga jika anda membuat tuntutan kecurian.

Walau anda tidak membuat apa2 tuntutan dari insuran anda sendiri atau tuntutan dari pihak ke-3, anda perlu memaklumkan pada syarikat insurans anda supaya melindungi anda dari sebarang kemungkinan yang buruk yang bakal merugikan anda dari kemalangan tersebut.

Untuk makluman anda, tujuan saya berkongsi maklumat ini adalah untuk bersiap siaga supaya anda tidak tertipu atau sebarang kemungkinan yang bakal berlaku. Hal ini telah terjadi pada diri saya sendiri dan akibatnya kereta saya mengambil masa 2 bulan walhal jika diikutkan hanya mengambil masa 3-4 minggu sahaja untuk kenderaan anda siap. (jika semua dokumen lengkap)

aaa 500x375 Cara Membuat Tuntutan Insurans yang BETUL!
Ingin saya ingatkan sekali lagi, sediakan payung sebelum hujan! (sedih teringat kereta tak siap lagi!)

Sumber: Kurnia Insurans

9 comments

  1. Sy sgt xpercaya insurance kenderaan. Motor saya hilang and sampai skang xda apa2 brita. Sudah setahun setengah. Segala complete. Hati2 memilih syarikat insurance anda. Jgn pilih insurance local. Diaorg nl minx byr cpt je tp nk claim bukan main susah

  2. kalau kes pinjam kereta mmber, then excident..
    kreta terbabas sendiri…
    kreta total lost mmg xleh guna lagii..
    Blh ke kita claim insurans walaupun msa excident,
    mmber yang bwk..
    Thnx..

  3. Lee Ming Yean

    Saya dirompak kereta MY V BKU 1331 pada 11-10-11 dan telah menelepon wakil MAA di Kelang Eyla tel:32582800 yang maklumkan semua OK sedang mendapat kelulusan bayar balik sejak awal tahun 2012.Tetapi 6 bulan berlepas sejak kehilangan kereta,saya kena menanggung bayaran ansuran setiap bulan dan tambahan $400 untuk transport pergi dan balik kerja.Soalanya berapa lama tempoh masa ditetapkan oleh undang-undang atau kerajaan yang membenarkan pihak insuran menyusahkan pengguna dengan melengah-lengahkan proses?Saya difahamkan saya juga kena disoal oleh insuran sebelum mereka meluluskan tuntutan saya.Malangnya sejak kehilangan kereta sehingga sekarang tiada siapa-siapa dari pihak insuran samada berhubung atau menelepon saya.Macam mana saya tahu kedudukan tuntutan saya,berapa lama lagi saya perlu tunggu lagi?Terima kasih.

  4. kete br beli x sampai 2 bulan kena langgar belakang…so hantar ke toyota…8/1/12 hantar sampai hr ni 28/1/12 pun adjuster x g tgk lg..maklumat semua dah lengkap..siap ngan laporan polis dan maklumat insurans utk claim pihak yg langgar ….rase mcm nak ambik je kereta pastu g antar bengkel sendiri…

  5. erney normala

    kea sy nr xcident semlm..report dah wat tp tu la nak tanya leh x cy cliam utk repair keta sb keta sy insurn 3rd party…memang sy x salah sbab org langar belakar nak wat clim kat keta yg langar tu pun dia 3rd party gak…adoi cmner nie…

  6. nak tunggu adjuster tu datang bengkel yang membaiki…
    adjuster tu datang sendiri kea atau kita kena call syarikat insurans suruh dye hantar agen..?
    macammana ek confius2 kete dah sadai dekat sebulan dah ni…?

  7. Sis baru accident 9 Disember hari tu..terbabas sendiri, so memang tak melibatkan orang lain pun. Kereta pun kerosakan di bahagian kiri.

    Then, ada kebetulan org yang berhenti tu, panggil towing dr company dia kerja. So, kereta sis dibawa ke balai trafik, amek2 gambar dan direct bawak ke bengkel.

    10 Disember (Jumaat) – sis hantar dokumen kat pejabat bengkel tu la..sbb dia kata dia akan buat semua. Dan dia cakap tak perlu call Insurans selepas sis tanya. Dia kata dia akan online, insurans akan alert.

    11 – 18 Disember sis balik kampung dan baru tadi berpeluang nak pergi jenguk sana. Org situ cakap adjustor dah datang, kereta tunggu que. TAk tahu bila akan siap. Geram di situ..sebab dulu masa memula cakap sebulan leh siap. Ni, bengkel pun tak masuk lagi.

    Ni sis baca panduan kamu ni, nak tanya…surat pelepasan tu macam mana? Pelepasan untuk apa ek

  8. kereta bila mau siap?? ok gak…diam sket utm tuh kereta ko xde…hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Scroll To Top