Select Page

Cara Picit Jerawat Yang Betul

Jerawat? memang buat kita rasa tak selesa sangat! Bila ada jerawat yang tumbuh kat muka boleh buat kita rasa stress.Rasa geram nak picit. Tangan pon asyik merayap je dok pegang pegang jerawat tu.

Ramai antara kita yang suka picit jerawat dengan kuku sebab nak cepat and geram.Walaupun sakit tetap jugak picit sampai senget senget muka.

Kalau tak boleh dengan kuku, dengan jarum pon jadi.Yang penting jerawat tu meletop. Tapi lepas dah picit tu keluar lagi 1 biji jerawat, tak pun jadi parut itam. So, betul ke cara kita picit jerawat selama ni? Jawapan nya SALAH!

Kenapa tak boleh picit jerawat guna kuku & jarum?

  • Picit gunakan kuku boleh sebabkan jangkitan kuman yang ada pada jari ┬ámasuk dalam jerawat tu. Sebab tu la esok lusa keluar pulak kat tempat lain atau pada tempat yang sama.
  • Picit jerawat bole sebabkan parut, so kena buat dengan cara yang betul supaya tak jadi parut.

Jom tengok cara yang betul untuk kita hapuskan jerawat.

Langkah 1

Cuci tangan! Sangat penting untuk kita mencuci tangan. Make sure cuci dengan sabun, bersihkan bawah bawah kuku. Ini untuk elakkan jangkitan dan seterusnya melambatkan proses penyembuhan jerawat.

Langkah 2

Cuci muka. Gunakan pencuci muka yang ada bahan antibakteria macam Oxy, Shebamed & etc. Kalau ada mekap, gunakan make up removal dulu, then baru la cuci muka. Kulit muka memang sentiasa ada bakteria (peluh & mekap), kalau tak cuci dulu, and terus picit jerawat, bakteria kat luar tu boleh masuk ke dalam kulit.

Langkah 3

Scrub kat bahagian jerawat, urut lembut selama beberapa minit. Ini untuk buang sel kulit mati dan memudahkan keje nak memicit jerawat. Jangan gunakan scrub untuk badan kat muka ya!

Langkah 4

Gunakan sarung tangan, sekurang-kurangnya lapik jari dengan tisu sebelum nak picit jerawat. Ini untuk mengelakkan kecederaan yang boleh tinggalkan parut.

Langkah 5

Cari ‘mata’ jerawat, picit dibahagian tepi jerawat tu untuk keluarkan isinya. Urut sikit utk pastikan isinya keluar. Jangan sentuh jerawat tu, kecuali waktu kite nak lapkan isi jerawat yang keluar tu.Jangan over picit, nanti akan jadi parut jerawat!

Langkah 6

Dapkan toner kat atas jerawat tu, atau boleh jugak gunakan Purifying Lotion untuk mengecutkan jerawat.

Extra: Boleh juga steam muka dulu sebelum buat langkah2 ni, untuk buka liang pori kita sikit, lagi senang nak picit jerawat tu keluar.

Video kat atas tu, video step by step untuk picit jerawat dengan cara yang betol.

About The Author

devotedlily

Perempuan yang sangat sukakan kecantikan. So, plz dont hate me coz im beautiful! Visit me here... Blog Comel! & Facebook.. Drop by some words =)

7 Comments

  1. mazuki

    sebijik dalam video tuh leh la nak buat camtu…kalau dia dapat muka aku xde maknanya nak picit jerawat camtu…silap2 disyorkan aku sental guna kertas pasir…

    Reply
    • devotedlily

      @mazuki, kalau banyak sgt… bukan ke diorang pakai laser.. kalau nak picit seketoi2.. mampoih kejung jari…

      Reply
      • mazuki

        @devotedlily, tak tau plak aku guna laser ke guna bara…xpernah buat plak…

        ad tips nak hilang parut dan lubang2 jerawat??

        Reply
        • devotedlily

          @mazuki, ada.. nanti aku share.. =)

          Reply
  2. sudaryadi

    saya takut infeksi kalau jerawat di pencet

    Reply
  3. Secret Garden

    Hurm…Berkesan sgt ke cra ni…Sy takut larh muka sy buruk…Sy xnk…

    Reply
  4. farr1z

    @Secret Garden, kalau taknak buruk jangan usik lansung jerawat… biaq ja dia baik sendiri.. baru kulit anda selembut sutera~~

    Reply

Trackbacks/Pingbacks

  1. 10 Kesilapan Besar Si Kulit Berminyak / Berjerawat! | Selangor2u Blog - [...] Ini sangat normal bila ada jerawat, tangan mula merayap nak memicit. Tabiat picit jerawat dengan kuku akan memburukkan keadaan…

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *