Sebagaimana tajuk yang saya beritahu diatas, ada ura-ura mengatakan bahawa Chrome OS yang berteraskan internet semata-mata untuk memudahkan pengendalian file-file yang diupload ke server-server di laman web.
Walaubagaimanapun ini bukanlah serkap jarang. Apa yang dipaparkan mempunyai bukti yang kukuh dimana Google Chrome Team telah menghantar kad-kad jemputan kepada wartawan untuk menghadiri Press Event di San Francisco.
Press event tersebut akan diadakan di pejabat DogPatch Lab di San Francisco pada Selasa 7 Dec 2010 dari 10pagi hingga 1petang waktu San Fancisco. Banyak media massa yang akan melaporkan acara tersebut secara live dan pastikan anda mengikuti perkembangannya di laman web atau menerusi google.
Ramai yang menjangkakan Team tersebut akan mendedahkan dan melancarkan Chrome OS yang telah lama ditunggu-tunggu oleh para peminat IT di seluruh dunia. Projek yang diumumkan oleh Google sejak Julai 2009 akhirnya sampai ke penghujungnya. ~betul ke?~ hehe
Berjayakah Google menambat hati pengguna dengan idea dan konsep baru yang diketengahkan menerusi Chrome OS? Sama-sama kita nantikan feedback dari pengguna sistem ini setelah ia dilancarkan esok.
Chrome OS Screenshot



07/12/2010 at 1:39 AM
adakah anda ingin mencubanya?? boleh ke guna 2 OS…
07/12/2010 at 2:14 AM
asal screenshot Chrome OS hang lain benor?
BTW, rumours cakap yang Google nak launch ChromeBook (netbook + Chrome OS), dan Chrome OS masih belum bersedia untuk dilancarkan lagi. Apa pun, kita tunggu jer sampai esok malam.
07/12/2010 at 7:51 AM
adalah berita ini benar?
kepada pilih pada 1 muharam pula?
07/12/2010 at 10:58 AM
lain ke? heheh.. dh bnyk sngt screenshot kt intenet.. conpius nk plih mne satu..
07/12/2010 at 11:15 AM
terima kasih kepada aman..
post updated dgn screenshot yg labih sahih (ye dh kot) haha