Home » Isu Semasa » Dalam Negara » Dipenjara 4 Tahun Curi RM 10 Vs Bantu Bunuh Orang Penjara 7 Tahun
Dipenjara 4 Tahun Curi RM 10 Vs Bantu Bunuh Orang Penjara 7 Tahun

Dipenjara 4 Tahun Curi RM 10 Vs Bantu Bunuh Orang Penjara 7 Tahun

Dipenjara 4 Tahun Curi RM 10

KUANTAN – Akibat meragut beg uncang mengandungi wang RM10 milik seorang pelajar perempuan, seorang penjual ikan dikenakan hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Hakim Irwan Suaibon menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Nik Khairul Azmi Salleh, 28, dari Triang, Bera selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap perbuatan yang dilakukannya pada 12 November lalu.

Irwan menjatuhkan hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh Nik Khairul ditangkap selepas tertuduh merayu supaya diringankan hukuman kerana isterinya baru melahirkan anak yang kini berusia tiga minggu.

Selain wang, uncang tersebut mengandungi kunci rumah, MyKad, buku bank dan surat hospital.

Nik Khairul dituduh mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat.

Kosmo

Bantu Bunuh Orang Penjara 7 Tahun(kes Susilawati)

Pembakar Mayat Sosilawati Mengaku Bersalah Kena Penjara 7 Tahun!!!
Majistret Hurman Hussain menjatuhkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun kepada kedua-dua tertuduh bagi empat pertuduhan itu dan memerintahkan ia berjalan serentak mulai tarikh mereka ditangkap iaitu 9 September lalu. Baca Selanjutnya

Tikam Orang Sampai Mati Penjara 20 Tahun

Tertuduh dituduh dengan niat mencederakan Norazlina Awang, 31, sehingga menyebabkan kematiannya di sebuah rumah bernombor 1003, Kampung Pantai Senok, Tawang, Bachok, antara jam 8 hingga 9 pagi, pada 14 September 2006.

“Mangsa ditikam sebanyak 32 kali dan saya tidak boleh bayangkan seksanya mangsa meninggal dunia dan sepanjang kerjaya saya sebagai hakim, ini adalah kes jenayah paling kejam pernah saya hakimi.

“Mangsa seorang perempuan yang tidak boleh mempertahankan diri dan lebih menyayat hati ia dilakukan di depan anak mangsa yang ketika itu berusia hampir setahun. Oleh itu, mahkamah menjatuhkan hukuman maksimum 20 tahun dari tarikh ditangkap dan kamu (tertuduh) bernasib baik tidak menerima hukuman gantung sampai mati selepas hukuman dipinda ke hukuman membunuh tanpa niat,” katanya. Baca Selanjutnya

.

Bagaimana pula dengan rasuah?? Kalau rasuah kena denda je ker tak pun penjara 2,3 tahun je.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Scroll To Top