Final Anugerah Juara Lagu 2010/2011 (AJL 25)

Final Anugerah Juara Lagu 2010/2011 (AJL 25)

Peringkat Akhir AJL 25 akan berlangsung pada 9 Januari 2011. Untuk edisi tahun ini akan bertemakan Music Mapping atau pemetaan muzik. AJL 25 yang diadakan di Stadium Bukit Jalil akan dibawakan secara langsung di TV 3 pada jam 9 malam.

Juara AJL25 bakal memenangi trofi dan wang tunai RM35,000, naib juara (trofi & wang tunai RM15,000), tempat ketiga (trofi & wang tunai RM12,000), persembahan terbaik (trofi & wang tunai RM10,000) dan vokal terbaik (trofi & wang tunai RM10,000).

Seperti tahun sebelum ini, penjurian dilakukan berdasarkan markah sebanyak 70 peratus yang diadili terlebih awal manakala 30 peratus lagi melalui persembahan pada malam kemuncak.

Untuk yang berada di luar Malaysia, boleh untuk saksikan secara langsung di www.tv3.com.my/ajl25

Senarai Lagu yang bakal beraksi di Final AJL25 :

  1. Sempurna nyanyian Yuna dan ciptaan dia sendiri
  2. Berlari (Tomok/ Tomok & Shazee Ishak/ Tomok)
  3. Pelita (A.P.I/ Loque)
  4. Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir/ Edry Abdul Halim)
  5. Drama King (Meet Uncle Hussain & Black/ Taja/ Tun Teja)
  6. Noktah Cinta (Hafiz/ Ajai/ Sheikh Qalam)
  7. Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali)
  8. Selamat Malam (Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir)
  9. Ku Ada Kamu (Adira/ Edry Abdul Halim)
  10. Extravaganza (Bunkface/ Sam Bunkface/ Bunkface)
  11. Sofea Jane (Black/ Sham Kamikaze & Iswandy/ Farril)
  12. Hanyut (Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir)
  13. Jahat (Stacy/ Edry Abdul Halim)
  14. Mencari Konklusi (Hujan/ Noh Hujan)

Penjurian dilakukan berdasarkan markah sebanyak 70 peratus yang diadili terlebih awal manakala 30 peratus lagi melalui persembahan pada malam kemuncak.

Update : Siapa Bakal Juara???Nantikan keputusannya

PERINGATAN: Informasi di blog ini dipetik dari pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Sebarang tips kesihatan perlulah mendapatkan nasihat pakar.
Tags: , , , , , , , ,

About mazuki

Mazuki is the founder and editor of selangor2u.com

More in this category (Hiburan)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*