Kelangkang hitam, Apa patut buat?

Kelangkang hitam, Apa patut buat?

Kelangkang hitam ni dah jadi masalah yang tak asing lagi, tapi ramai yang malu nak tanya cara nak hilangkan. Masalah ini menjadi keserabutan bila kad undangan perkahwinan dah mula tersebar.  Nak kahwin, tapi kelangkang warna hitam. Apa kaitan kahwin dengan kelangkang hitam? Haha mestilah berkaitan.

2 Kelangkang hitam, Apa patut buat?

Ok relax. Hitam-hitam di kelangkang ni sebenarnya normal untuk orang Asia Tenggara. Kita namakan dia Mongolian spot. Atau nama lebih canggih, hiperpigmentation. Sini, aku jelaskan sikit macam mana boleh jadi hitam.

  • Pertama, genetik. Yang itu memang tak boleh nak buat apa . Takkan nak gali kubur, salahkan nenek moyang kita?
  • Kedua, perubahan hormon. Ini menjadi masalah untuk perempuan lah biasanya. Untuk mereka yang menggunakan pil perancang kehamilan, uneven skin color atau daerah-daerah hitam di celah celah tertentu memang effect biasa.
  • Yang ketiga ,kebersihan. Bila “tut” kita tak bersih, kita akan rasa gatal. Bila gatal, kita garu. Bila garu, kegatalan makin melarat. Garu dan terus garu sehingga ke kelengkang kita. Lama-lama boleh sebabkan luka di kulit. Maka terjadilah kehitaman. Lepas itu, kita kena pastikan kawasan “tut tut” kita tak lembab selalu. Sebab kelembapan itu akan membuatkan kulit kita lemas tak boleh bernafas. Jadi make sure lepas  cuci “tut tut” ,  lap pakai towel dulu. Jangan pakai seluar dalam anda waktu basah-basah. Okay?
  • Yang ke empat kerana gesekan antara kulit. Selalu terjadi untuk yang bertubuh besar la, yang kurus tapi peha besar pon ade je.

Cukup dengan jaga kebersihan dan kelembapan boleh elakkan masalah kelangkang hitam ni. Tapi untuk yang dah terlambat, dah kebetulan jadi hitam sangat dan rasa malu untuk menjadi pengantin baru, jom tengok apa yang korang boleh buat.

  1. Yang paling selamat adalah dengan melakukan scrubing, dua hari sekali. Sebab scrubing ni dapat mengeluarkan sel mati dan sekaligus memudarkan warna hitam. Eh. nak 100% hilang tu tak dapatlah. Cuma dapat memudarkan je.
  2. Dari segi perubatan bolehlah pakai ubat yang mengandungi hydroquinone 2-4% tapi jangan beli % tinggi-tinggi. Sapu ubat ni dekat daerah yang hitam, sebelum tidur.Ingat, jangan sapu cream ini kalau ada luka, kulit lembab and bernanah. Kalau pregnant atau menyusukan anak, pon jangan sapu jugak.

melanox Kelangkang hitam, Apa patut buat?

Boleh try cari kat  farmasi. Banyak lagi brand lain yang mengandungi hydrocortisone 2%. Pakai setiap hari, dalam 3 bulan InsyaAllah nampak perubahan. Kalau dah berkurang, boleh stop pemakaian. Kalau pergi dekat pakar kulit hospital memang ada melanox ni.

Lepas ni yang dah nak kahwin tu boleh la sapu bagai nak gila dengan harapan masalah boleh setel before malam pertama =)

PERINGATAN: Informasi di blog ini dipetik dari pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Sebarang tips kesihatan perlulah mendapatkan nasihat pakar.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

About devotedlily

Perempuan yang sangat sukakan kecantikan. So, plz dont hate me coz im beautiful! Visit me here... Blog Comel! & Facebook.. Drop by some words =)

More in this category (Tahukah Anda?)

Subscribe to Comments RSS Feed in this post

8 Responses

  1. nice info!
    pasni aq nk jadi tokey jual hydroquinone la…

    sure masyuk

  2. wahhhh,, nice info,,,

    thanks devotedlily ^^

  3. hydroquinone dan hydrocortisone adalah 2 bahan yg berbeza. berhati2 menggunakannya

  4. Betul…hydroquinon bolih menyebabkan cancer kulit

Page 1 of 11

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*