Home » Isu Semasa » Dalam Negara » Kenaikan Gaji Askar (ATM) Diperinci – Tiada Perang Tak Wajar Naik Gaji?
Kenaikan Gaji Askar (ATM) Diperinci – Tiada Perang Tak Wajar Naik Gaji?

Kenaikan Gaji Askar (ATM) Diperinci – Tiada Perang Tak Wajar Naik Gaji?

KUALA TERENGGANU – Kementerian Pertahanan telah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung pelarasan skim gaji Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau sendiri telah berbincang dengan Ketua Pengarah JPA, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah untuk memperincikan tentang pelarasan gaji tentera, supaya sekurang-kurangnya sama dengan Polis Diraja Malaysia mengikut pangkat.

“Tetapi sebenarnya jika mengikut Perlembagaan Malaysia, skim perkhidmatan ATM hendaklah berada di atas lain-lain perkhidmatan.

“Asas itu yang saya pegang walaupun ada yang pertikaikan tak perlu ada kenaikan gaji, kononnya askar banyak berehat dan tak berperang. Jadi, adakah perlu perang dulu baru nak naik gaji,” katanya. KOSMO

Isu kenaikan gaji ATM tidak wajar naik oleh sebab tiada perang rasanya tidak wajar untuk digunakan. Ini kerana bagi pendapat saya, apabila ada menurunkan cop 10 jari dan memegang BAT C 10 bermakna menyerahkan hidup kepada ATM.

Cuti adalah ihsan, bermakna pada ketika cuti anggota boleh dipanggil pada bila-bila masa jika perlu.

Adakah berbaloi dengan gaji 2,3 ribu sebulan dengan menyerahkan hidup pada angkatan tentera sedangkan anda sedang berseronok dengan keluarga dirumah?

Pada pendapat saya, hanya gaji yang mampu untuk menarik rakyat Malaysia menyertai angkatan tentera dan sejumlah kecil sebab utama kerana semangat patriotik untuk membela tanah air tercinta.

Walaupun, gaji menjadi motif utama menyertai angkatan tentera tetapi semangat patriotik akan dipupuk ketika menjalani latihan dengan ATM kemudiannya.

Kita dapat lihat kurangnya bukan bumitera menyertai ATM terutamanya dari kaum Cina. Pada andaian saya, kerana kebanyakan kaum cina lebih gemar untuk berniaga dan mereka sememangnya menguasai perniagaan di Malaysia dimana sangat berbeza dengan orang melayu yang lebih gemar untuk makan gaji.

Jika anda masih mahu mempertikaikan isu kenaikan gaji ATM, mungkin anda boleh menjadi kadet selama 4 tahun, jalani latihan sepertimana mereka jalani. Kemudian anda boleh nilai adakah berbaloi dengan gaji sekarang???

Update 15 Disember 2011

Disebabkan ramai tidak faham dengan ayat “penulis tidak bersetuju banyak perkara……” saya tampil untuk menjelaskan ayat diatas. Tidak bersetuju bukan membawa maksud benci,mempertikaikan hak atau sama waktu dengannya.

Tidak bersetuju disini bermaksud ada yang perlu dipertingkatkan dalam organisasi ATM, budaya yang tidak baik dalam ATM (jika masih ada) dan perkara-perkara yang negatif yang boleh memberi imej buruk terutamanya dimata masyarakat.

Saya pasti jika anda anggota ATM sendiri pastinya anda juga ada perkara yang tidak bersetuju dalam ATM. Adalah tidak logik semuanya bagus. Tapi ayat negatif ini bukan membawa maksud mencela institusi ATM.

Ditegaskan sekali lagi, dalam penulisan saya ini saya BERSETUJU dan menyokong jika gaji ATM dinaikan. Jadilah pengomen yang lebih bijak dalam mengutarakan pendapat dan jangan baca tajuk sahaja.

Disebabkan fasa tersebut menjadi isu, saya buang ayat tersebut.

 

214 comments

  1. jangan la jeles askar naik gaji ,kalau nak kutuk try jadi askar ,confirm tak sempat 1 hari dah cabut, Siapa tahu kena buat latihan teruk masuk hutan 2 kali setahun , tinggal anak bini sampai 2- 3 bulan.Kita cuma nampak yang luaran saja.Cuba jadi askar sekejap.Takkan nak tunggu perang atau bencana baru nak naik gaji ,duit pun masa tu dah tak guna.Fikir dengan waras kita dapat duduk kat opis senang,dapat mengajar ,dapat berniaga dapat pergi klinik ,hospital dengan aman ,siapa yang sedang bekerja keras,kalau tak sempadan tu dah penuh dicerobohi pendatang tanpa izin.Fikir-fikr lah reda lah dengan rezeki yang ada ,yang penting keberkatan gaji tersebut dan ke mana ia digunakan

  2. jangan la jeles askar naik gaji ,kalau nak kutuk try jadi askar ,confirm tak sempat 1 hari dah cabut, Siapa tahun kena buat latihan teruk masuk hutan 2 kali setahun , tinggalanak bini sampai 2- 3 bulan.Kita cuma nampak yang luaran saja.Cuba jadi askar sekejap.Takkan nak tunggu perang atau bencana baru nak naik gaji ,duit pun masatu dah tak guna.Fikr dengan waras kita dapat duduk kat opis senang,dapat mengajar ,dapat berniaga dapat pergi klinik ,hospital dengan aman ,siapa yang sedang bekerja keras,kalau tak sempadan tu dah penuh dicerobohi pendatang tanpa izin.Fikir-fikr lah reda lah dengan rezeki yang ,yang penting keberkatan gaji tersebut dan kemana ia digunakan

  3. Hey! Would you mind if I share your blog with my facebook group?
    There’s a lot of folks that I think would really appreciate your content. Please let me know. Thanks

  4. junjung kasih

    jangan gado2 yg penting gaji naik bulan ni…..dapat sapu….tak dapat naik gaji kita reda….saya menjunjung kasih tuanku…..ampun…tuanku….

  5. ibarat macam burung tiong la orang2 yang ckp gaji askar tak wajar naik ni! tahu ckp je tapi x tahu apa pun yang diaorang ckpkan.klu dia kata sakar mkn gaji buta n x buat apa2, suruh dia pg ikut serta kami tengok dlm 2,3 hari kita tengok dia blh tahan atau tidak.suruh dia pg terjun tengok? sy rasa x sampai 1 hari dah cabut agaknya…….fikir dulu sebelum nk cakap k!

  6. kalau nk tggu perang baru gaji askar naik mmg jenis orang yang cakap tu x guna otak…. yang nk irihati sangat nape n pernah duduk dalam kehidupan askar ke? kalau x tahu kerja askar jangan pandai komen n kritik je…..kerja askar ingat boleh disebar n di cerita2 kan pada orang awam ke….. kalau xde askar malaysia ni masih lg di jajah bangsa asing tahu….. nk di bandingkan dengan askar luar negara,gaji mereka lg besar n duduk diatas sekali. xkan nk kena perang n ramai orangb awam mati baru gaji kami sebagai tentera baru nk naik. kami byk tinggalkan family utk jaga keamanan negara daripada ancaman negara luar… ade orang awam tahu selama ini…. yang orang awam nampak kami naik trak jalan sane sini n tahu ke orang awam ape tugas ,n tujuan kami sebagai tentera. guna otak sebelum cakap jangan sedap cakap je…..

  7. kesanggupan individu menyerahkan hidup untuk menyertai tentera malaysia…adakah anda memikirkanya…sekiranya ditulis mungkin terlalu sukar untuk menoktahkanya…kenapa individu yang bukan askar yang tidak tahu kehidupan askar perlu masuk campur…berfikir dahalu dan kaji sebelum nak berkata2…dan kepada askar-askar yang terhormat sekalian…anda adalah pemegang RAHSIA NEGARA…perlukah anda menghebohkan kehidupan anda sebagai seorang askar…!!!!!!!!!!!!

  8. warga 10 bgd para

    salam wahai sahabat2 perjuaganku kita berdoa lah pada yang maha esa smga kita dapat nikmati gaji cam agensi yang len hanya bersabar je mudah2 han diberkati oleh allah s.w.t TIADA MISI TERLALU SUKAR TIADA PENGORBANAN TERLALU BESAR TUGAS DIUTAMAKAN,ANANG SKALI NGALAH HUHA…

  9. naik gaji sudah semestinya………………….sememangnya dah lama gaji tak naik2….last 2004

  10. Assalamualaikum semua…..bagi saya yang beroperasi di tempat tidak bertanah ni…..negara kita sebenarnya dah banyak kali diprovokasi oleh negara lain terutamanya negara jiran…..mungkin yang dirumah atau dipejabat tidak mengetahui perkara tersebut tapi memang sudah banyak kali perairan dan udara negara kita dicerobohi…..mengenai pembelanjaan,tidak dinafikan tidak mencukupi terutama yang berkeluarga…..cuma mereka slalu kata tentera banyak hutang,pinjaman. tp orang awam atau yang len pun lebih kurang sahaja…semua ada kehendak dan kemahuan masing2……untuk mendoakan perang,xmungkin saya akan lakukan kerana saya xkan ada disisi keluarga saya ketika itu……cuma kita yang bekerja dengan kerajaan atau ATM ni perlu la bersabar…..sudah banyak kelebihan kita perolehi…..bagi yang awam…saya minta sokonglah tentera kita ni…….bukan gaji besar,penghormatan,di pandang tinggi yang kami cari…kami cuma inginkan gaji yang halal untuk diri dan keluarga kami…sama seperti anda semua……sekian…..

  11. yg pndai bercakap psl gaji atm x perlu d naik kan 2…lebih baik p mampus cpat drpd menyusahkan warga atm jer…idup lme d atas muka bumi pn wat pe???klo x tau nk bersyukur….. asyk menyusahkan org lain jer….

  12. taukeh kafe siber

    Saya seorang Melayu dan seorang awam…tetapi saya memahami perlunya gaji askar naik setimpal dgn keje yg teruk apatah lagi kawan2 saya pun ada yg jadi askar.

    Saya cukup tak suka kemasukan ramai golongan Bumiputera dlm tentera dikaitkan dgn ‘Melayu suka makan gaji dari berniaga’ Jika Melayu suka makan gaji pasti mereka akan menjauhi kerja yang penuh tekanan dan memerlukan terlalu banyak pengorbanan dan bahaya mcm askar. Dlm budaya melayu, kerjaya askar adalah mulia dan dihormati sebagaimana budaya Cina yg memandang tinggi pada kekayaan.

  13. nak k0ngsi rs tak puas hati kat pntadbiran ATM…tak tau mgkin tjadi kt kem ni je ke atau smua kem2 tentera…ermm,dh dberitahu dan dminta untuk copy dokumen yang bkaitan bahawa sbahagian besar anggota akan dpindahkn,umpama dtipu hidup2,(saya org sarawak)dan anggota akn bpindah ke sarawak,mula2 bln 12/2010 pgerakan ptama kononnya..kluarga dh dmaklum,betapa bahagianya bl b0leh plg bkerja dtempat sdiri,boleh bkumpul bsama bila2 ms,baik hari bahagia@duka…ada kalangn isteri2 yg bkerja d jabatan trtentu dh apply pindah memandangkn si suami kononnya akn bpindah,si isteri dh dapat tp si suami masih ttunggu2…terkini pgerakan bln6/2011…bln11/2011…tiada sbarang pgerakan pun…hampa,hati dh mnyumpah2….kalau memang tak ada sebarang prgerakn untk pindahkn anggota,jgn keluarkn apa2 inf0 bkaitan,se0lah2 anggota tentera hanya layak bagai kerbau dcucuk hidung,hanya btindak ikut arahan & tidak berhak untuk bsuara..

    • Senang cite jawapannya adalah “sape suruh kawin ngan askar??”time kawin bangga dapat suami pki uniform,konon gah,tp kne mcm ni,komplain..anything can happen in last minute. time kawin bersedap2,time susah complain.

    • ermm tu salah hubby u la. belum apa2 dah balik bgtau isteri padahal belum confirm lagi..askar mmg camtuu..last2 minit leh tukar

  14. negara xbrperang dsbb an kerja krs army..klo smpi ngara brperang 2 mknenye dieowg xbrtugas?

  15. salam
    kpd individu yg ckp x srupa bikin tu,,,,harap pikir la erk,,,ko jgn ingat askar ni keje dia perang je….klu nk tggu perang bru nk up gaji dah x gna der……ape kte ko ikut training askar tgok,ko lrat tggu atau ko cbut….ada otak pkir la…mmg hampeh ko ni..jnis org x knal untung..dah dok dlm negara aman pun x syukur,,,,jgn nk banggakan anggota keselamatan lain je….ingat klu btol perang ko la yg kmi tembak dulu…….cayouk ATM…

  16. Apalah yang dengki sangat askar naik gaji? Tengok Perlembagaan la mana duduk hierarki askar kalo nak dibandingkan anggota keselamatan yang lain… Lu pikir bla sendiri…

  17. aku rasa yang komen tak puas hati tntg kenaikan gaji tentera tu, dulu dia mintak askar pas tu tak dapat.. hehe biasa la rakyat malaysia ni kebanyakkannya suka dengki dan iri hati..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Scroll To Top