Home » Variasi » Tahukah Anda? » Tips Untuk Si Pemakai Contact Lens!
Tips Untuk Si Pemakai Contact Lens!

Tips Untuk Si Pemakai Contact Lens!

Ramai orang takut nak pakai contact lens sebab mereka fikir memasukkan sesuatu di dalam mata itu adalah sesuatu perkara diluar tabii. Ada yang takut buta sebab pakai contact lens.

Buat apa kita nak takut kalau kita pakai dengan cara yang betul kan?

cl Tips Untuk Si Pemakai Contact Lens!

cl 2 Tips Untuk Si Pemakai Contact Lens!

*Betul*                                                                          *Salah*

  • Kita selalu tak tahu yang mana satu atas, yang mana satu bawah? Walaupun tak de effect sangat tapi kalau pakai contact lens terbalik ilusi yang kita nampak macam lain macam sedikit dan boleh sebabkan kita pening kepala.  Pastikan lens  berbentuk ‘U’ masa letak kat hujung jari. Kalau ada kelepet-kelepet tu maksudnya tak betul lah tu posisi lens kita.
  • Sebelum pakai lens, CUCI TANGAN.  Takperlu cuci dengan sabun yang wangi wangi. Pewangi pada sabun itu ada chemical substance, tak bagus untuk mata.
  • Pakai lens pada mata yang sama. Contohnya lens A pakai dekat mata kiri, lens B dekat mata kanan. Teruskan pakai macam tu sampai lens tu dah expired. Tapi kalau power lain lain of coz la korang akan pakai ikut power mata kan.
  • Simpan lens dalam bekas khas.

112 Tips Untuk Si Pemakai Contact Lens!

  • Walaupun jarang pakai, penjagaan contact lens tak boleh ikut mood. Kena sentiasa bersihkan rendaman air MPS(Multi-purpose solution) setiap minggu. Make sure bekas penyimpan lens pon sentiasa bersih supaya bacteria tak berkampung dekat situ.
  • Kuku yang panjang  berisiko tinggi untuk ternak bakteria. Jadi pastikan kuku bersih, pakai  lens dengan hujung jari, bukan dengan kuku.
  • Jangan kongsi lens dengan orang lain. Berkongsi lens ni boleh sebarkan mikroorganism dan menyebabkan infection.

lens Tips Untuk Si Pemakai Contact Lens!

Kalau nak beli contact lens, beli contact lens di kedai cermin mata bukan di kedai accessories, di laman web internet yang tak tahu asal usulnya. Tak apa bayar mahal sedikit, janji tak buta kan.

A.M.A.R.A.N!

# Kalau nak pergi hutan atau tempat tempat yang tak terjamin kebersihan tak perlu nak pakai contact lens.

# Kalau nak pergi memasak di dapur buat apa nak pakai contact lens? Nanti lens cair sebab kalah dengan bahang panas.

# Bila mula mula pakai lens, mata terus terasa pedih dan tak selesa, cepat cepat keluarkan! Jangan biarkan sampai mata merah-merah berair. Tanggalkan lens, cuci semula untuk hilangkan kotoran degil. Bila dah cuci, pakai balik.

# Bila lens tiba-tiba terjatuh dari mata, jangan kutip balik, terus letak dekat mata. Cuci dulu dengan MPS!

# Kalau mata merah, gatal gatal, pedih sebab pakai contact lens pergi lah jumpa doktor cepat cepat.

So, untuk yang baru nak try pakai contact lens tapi takut takut, boleh ikut tips ni and tak payah takut dah. Kalau betul caranya memang tak kan bagi effect kat mata.

2 comments

  1. masalah bila pakai contact len ni bila duk dalam bilik aircond…tetiba mata jadi kering….xselesa

    satu lagi, jangan basuh dengan air biasa nanti contact lens jadi keras…bukan jadi lagi lembut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Scroll To Top