Home » Variasi » Tahukah Anda? » 10 Cara Berjimat!
10 Cara Berjimat!

10 Cara Berjimat!

Salah satu cara yang paling express untuk kumpul duit ialah kurangkan perbelanjaan & cari jalan untuk jimatkan duit. Berjimat salah satu benda paling susah nak buat. Hari ni azam nak jimat, tapi esok tengok tengok dah habis duit beli itu ini

Mungkin ada yang nak kahwin, ada yang tengah aim nak tukar kereta baru, nak melancong, atau apa apa je la yang memerlukan bajet besar. So, dari awal-awal ni beringat & berjimat lah. Tak la nanti, last last mini duit tak cukup. Tak pasal pasal kena cancel plan.

1. Masak sendiri

Woman Cooking 10 Cara Berjimat!

Elakkan makan kat luar.Bukan je dapat berjimat tapi terjamin dari segi kebersihan & kesihatan. Maklumlah sekarang nie, semua benda dah naik harga.. terutamanya makanan! So, kalau masak sendiri dah boleh kurang sikit belanja tu. Tapi untuk yang duduk kat hostel tu, terpaksalah makan kat kafe.

2. Potong langganan yang tak penting

Contoh langganan yang tak berapa penting nie macam langganan majalah2 atau Astro. Sebaliknya bacalah e-magazines yang berlambak dalam Internet tu dan layanlah siaran TV daripada stesen TV tak berbayar seperti TV1, TV2, TV3 & etc.. Gerenti boleh jimatkan kos!

3. Pakai prepaid instead of postpaid

busines cellphone 10 Cara Berjimat!

Time bercouple nie la yang banyak habis duit, betul tak? Bergayut, sms-ing jugak banyak menelan belanja. Kalau kita pakai postpaid, kita akan terus bersembang berjam2 lamanya tanpa mengira masa. Tengok tengok hujung bulan kena bayar 3-4ratus. Prepaid yang paling jimat ialah Digi Easy Prepaid. Untuk nombor yang kita set kan as BUDDY kita, call & sms free selagi kita punya prepaid tak expired la. Yang, tak boleh sangat nak kurang gayot & sms pergila la beli sim ni. Berbaloi!

4. Jangan asyik beli barangan branded

adidas metro attitude decade 2 10 Cara Berjimat!

Kadang kadang, most people memang suka guna barangan branded. Better quality, kata mereka. Betul tu tapi harga confirm mahal! Tetapi korang kena ingat yang  sekarang nie, objektif  korang adalah untuk cut-cost demi nak save bajet untuk plan masing2. Lepas dah setelkan plan korang nanti, kalau korang nak beli barangan branded pon beli lah tapi biar lah berpada.

5. Jual barang-barang terpakai

Kalau kat rumah korang ada banyak barang-barang yang dah tak digunakan, tetapi masih lagi berkeadaan elok, apa kata jual jer barang2 tue kat kedai2 secondhand ataupun jual online. Selain ebay, lelong.com dan mudah.my adalah medium paling popular untuk menjual barang-barang. Tapi jangan pulak ko pi jual barang yang dah tak buleh pakai.

6. Jangan berhabis untuk modify/make-up kereta

kete 10 Cara Berjimat!

Ada sesetengah orang suka sangat ‘menghias’ kereta dengan macam macam  aksesori, tukar enjin turbo, rendahkan ketinggian kerete, tukar sport rim, absorber & etc. Hmm.. tak rasa membazir ke?Dah la, barang barang untuk kereta ni agak mahal jugak. Yang pastinya, kalau aksesori tu memang diperlukan, takpe la kan? Kalau kereta tu dah elok2, tapi korang tetap nak modify nya untuk tampak lebih canggih, baik fikir dua tiga kali. Walaupun itu hobi kesayangan korang, tapi cuba kurang kan sikit  bab-bab modifications tu.

7. Jangan merokok!

Don  t Smoke by roweig 10 Cara Berjimat!

Emm… yang nie mungkin susah sikit la untuk sesetengah orang nak ikut, kan? Kalau sudah addicted tuh, memang susah nak buang tabiat nie. Tapi kalau tak boleh berhenti pun, at least cubalah kurangkan sikit merokok tu. Selain dapat menyelamatkan nyawa korang, ia memang confirm boleh mengurangkan perbelanjaan bulanan korang. Takpon gulung je rokok daun. Nampak tua pon tak pe, asal duit berkepuk.Kalau mati pon, banyak harta tinggal kat anak bini.=p

8. Kurangkan beli gajet2 elektronik

Di zaman IT yang serba canggih nie, macam ada tarikan magnet untuk beli dan guna gajet2 yang mewah dan berteknologi tinggi misalnya PS3, Garmin, Tablet PC & etc. Kebanyakan gajet gajet nie memang mahal. Kalau betul betul nak berjimat, buat wish list dulu, then lepas dah setel plan2 yang penting tu, barulah korang  beli gajet2 nie. Teknologi ni kalau nak kejar memang tak kan pernah dapat. So, tak yah la beriya sangat nak beli gajet gajet yang terlatest.

9. Kurangkan ‘dating’

dating 10 Cara Berjimat!

Weekend mungkin  masa yang korang tunggu2 untuk keluar ‘dating’  dengan buah hati tersayang. Masa keluar nie, memang confirm duit pun akan ‘keluar’ sama. Contohnya, kalau bajet untuk ‘dating’ pada setiap weekend ialah RM50, dalam sebulan tak ke jadi RM200? Banyak gak tu kan. So, baik simpan duit & kahwin je terus nak dating hari hari pon parents tak bising.

10. Berkongsi kereta

Carpool 10 Cara Berjimat!

Istilah glamernya ‘carpool’. Cara ini ada pros dan cons dia yang tersendiri. Ada sesetengah orang suka guna cara ni dan ada jugak  yang kurang gemar kongsi kereta. Tapi, kalau korang  jenis yang tak suka memandu sendirian, apa salahnya kalau cuba cara nie.Ingat, kalau berkongsi kereta, kenalah adil, dan kena ikut giliran jangan pulak asyik kita jer yang jadi driver & keluar duit isi minyak. ‘Tong-tong’ lah dengan penumpang yang lain.

Berjimat ni kena mula dari awal. Kalau last minit baru nak jimat memang tak efektif langsung. Yang mana yang kita rasa mampu jimat, kita jimat. Simpan duit ni, bukan untuk orang lain untuk diri kita jugak kan?

2 comments

  1. elak beli bnda x perlu n jimatkan penggunaan brg yg perlu :D

  2. Tgh mencari plan telefon mudah alih paling jimat untuk bisnes. Singgah sini jap.

    Plan DIGI ya..nnt try check.
    My recent post Lipan Lawan Ular – Siapakah Pemenangnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Scroll To Top