4 Plugin SEO Untuk Blog WordPress Anda

4 Plugin SEO Untuk Blog WordPress Anda

SEO atau Search Engine Optimisation adalah sumber pelawat yang paling penting untuk sesebuah blog. Blog yang tidak mesra SEO akan terus kebelakang untuk bersaing dengan blog yang mesra SEO. Untuk blog di Malaysia atau lebih senang dikatakan blog dalam versi melayu, masih banyak keyword yang tidak dikuasai oleh mana-mana website.

Sebabnya mudah, dunia internet Malaysia kecil maka pengiklanan internet juga masih kecil jika nak dibandingkan secara global.Mungkin 5 tahun dari sekarang pengiklanan di internet adalah sesuatu yang biasa dan makin meriah oleh syarikat-syarikat besar terutamanya.

Berbalik kepada tajuk utama, plugin SEO yang asas perlu ada dalam blog wordpress. Disini saya hanya berkongsi 4 plugin asas yang pada kebiasaannya saya gunakan.

4 Plugin untuk SEO

1. All in One SEO Pack

Menggunakan plugin ini mungkin sedikit leceh kepada anda kerana anda perlu menaip balik tajuk,description dan tag pada ruangan yang disediakan. Namun, plugin ini sangat membantu dalam SEO.

2. SEO Friendly Image

Gambar merupakan antara penyumbang terbaik pelawat ke blog anda. Cara terbaik untuk enjin carian index gambar anda ialah dengan memasukan nama pada “Alt” dan juga “title”

3. SEO Smart Link

Plugin ini akan secara automatik akan link kan tag,kategori atau artikel dalam blog anda (interlinking). Selain itu, anda juga boleh setkan untuk setiap pautan “Open New Window”. Kebanyakkan blogger takut untuk pautankan artikel ke blog lain dikhuatiri akan menurunkan google page rank blog masing-masing. Namun, dengan plugin ini anda boleh set untuk “no follow” kepada website yang dipautkan.

4. XML-Sitemap

Walaupun telah banyak plugin SEO diinstall tetapi jangan lupa untuk install plugin ini. Ini adalah plugin terpenting dalam blog wordpress anda untuk SEO. Untuk install plugin ini anda perlu baca arahannya secara terperinci.

Sebenarnya terlalu banyak kalau nak diikutkan plugin untuk blog SEO ini tetapi apa yang dikongsikan ini adalah beberapa plugin SEO yang saya sendiri gunakan untuk blog s2u.my.

Dialu-alukan jika untuk berkongsi plugin-plugin lain jua…..

PERINGATAN: Informasi di blog ini dipetik dari pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Sebarang tips kesihatan perlulah mendapatkan nasihat pakar.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

About mazuki

Mazuki is the founder and editor of selangor2u.com

More in this category (Wordpress)

Subscribe to Comments RSS Feed in this post

3 Responses

  1. salam.tima kasih kerna sudi untuk kongsi begitu banyak tips blogging.saya yang bru nk bljar amat hargai tips2 sebegini.jika x keberapatan bolehkah sdra bg pendapat utk blog saya.blog saya adalah berkenaan cara buat duit tp masih baru.boleh view di sini http://derivemoneyonline.com/
    saya terima bnyk email mengenai cara buat duit dan saya rasa ptut kongsi yang mana berguna.thanks,..

  2. nice info
    adsense-my.com komuniti adsense malaysia
    My recent post salam berkenalan

Page 1 of 11

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*