Facebook Mencatat Keuntungan $1.86B Dari Pengiklanan Pada 2010

Facebook Mencatat Keuntungan $1.86B Dari Pengiklanan Pada 2010

2010 mencatatkan untungan yang besar bagi laman sosial paling popular didunia ini berbanding pada 2009. Keuntungan $1.86B ini hanya dari pengiklanan tidak termasuk dari sumber-sumber yang lain.

Untuk keuntungan keseluruhan facebook pada 2010 dianggarkan $2 B dan amat tidak logik untuk mempercayai facebook bakal ditutup pada 2011.

Keuntungan dari pengiklanan ini dijangkakan akan terus meningkat pada 2011. Ini kerana, pada 2010 pengiklanan yang pernah saya buat d ifacebook hanya serendah $0.01 untuk setiap klik (CPC). Namun, bermula 2011 nilai $0.01 untuk setiap klik tidak lagi mampu untuk bersaing dengan iklan yang lain.

Ini bermakna, di Malaysia juga makin ramai menggunakan pengiklanan facebook untuk mengiklanankan perniagaan masing-masing.

Facebook kini menjadi pesaing hebat kepada Google.com dan kita dapat lihat dimana facebook merupakan website paling popular di Malaysia.

Pada 2010, lebih dari 50 billion iklan dipaparkan di laman facebook pada setiap bulan dan secara keseluruhannya 1 Trillion iklan dipaparkan pada 2010.

5% dunia pengiklanan di internet dikuasai oleh facebook pada 2010 dan peratusan ini dijangka meningkat kepada 8% pada 2011.

facebook vs google 564x300 Facebook Mencatat Keuntungan $1.86B Dari Pengiklanan Pada 2010

Graf Peningkatan Facebook Bersaing Dengan Google 2010

Facebook baru saja mengumumkan bahawa mereka telah mengumpulkan $ 1.5 bilion dana dari Digital Technologies Sky, Goldman Sachs dan pelanggan bank pelaburan. Dengan dana ini,  secara rasminya  laman sosial ini bernilai $50 bilion.

PERINGATAN: Informasi di blog ini dipetik dari pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Sebarang tips kesihatan perlulah mendapatkan nasihat pakar.
Tags: , , , ,

About mazuki

Mazuki is the founder and editor of selangor2u.com

More in this category (Internet & Teknologi)

Subscribe to Comments RSS Feed in this post

One Response

  1. kalau untuk seratus dua ribu ajer..bukan facebook namanya..

Page 1 of 11

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*