Home » Galeri Foto » Gambar Perkahwinan Zaquan Adha dan Ayu Raudhah
Gambar Perkahwinan Zaquan Adha dan Ayu Raudhah

Gambar Perkahwinan Zaquan Adha dan Ayu Raudhah

Dengan sekali lafaz, pasangan popular Mohd Zaquan Adha Abd Razak, 23 dan Raudhah Abu Bakar,25, atau lebih dikenali sebagai Ayu Raudhah akhirnya sah bergelar suami isteri, sekitar jam 4 petang tadi.

[nggallery id=5]

Berita Penuh dari Bernama :
ALOR SETAR: Penyerang skuad kebangsaan, Mohd Zaquan Adha Abdul Razak, 23, menamatkan zaman bujangnya setelah selamat diijabkabul dengan pasangannya, pelakon Ayu Raudhah Abu Bakar@Che Wan, 26, di Masjid Sultanah Bahiyah di sini hari ini.
Majlis akad nikah berlangsung pada jam 3.45 petang disempurnakan imam
masjid berkenaan, Mustafa Kamal Abdul Jalil, disaksikan keluarga pasangan, saudara terdekat serta peminat.
“Saya bersyukur kepada Tuhan kerana hari yang saya tunggu selama ini sudah
tiba… saya rasa ini merupakan detik yang paling indah dan mendebarkan lebih
daripada bermain bola sepak.
“Saya berharap perkahwinan kami ini akan kekal bahagia sampai akhir hayat,”
kata penyerang pasukan Negeri Sembilan ketika ditemui pemberita selepas selesai
upacara akad nikah di sini hari ini.
Hadir sama ibu bapa Mohd Zaquan Adha, Azizah Arshad, 58, dan Abdul Razak
Salleh, 61.
Mengenai kerjayanya sebagai pemain bola sepak, Mohd Zaquan Adha berkata,
isteri tercinta akan menjadi pendorong dan memberi semangat baru untuk terus
maju dalam arena bola sepak tanah air khususnya bersama pasukan Negeri Sembilan.
“Tidak menjadi halangan antara kami berdua untuk meneruskan kerjaya
masing-masing kerana sejak perkenalan kami dia seorang insan yang berkecimpung
dalam lakonan dan dia memahami kerjaya saya sebagai seorang pemain bola sepak,”
katanya.
Bagi Ayu Raudhah, beliau amat gembira dengan perkahwinan ini selepas sekian
lama menunggu saat paling bermakna dalam hidupnya.
“Apa yang saya harapkan dapat menimang cahaya mata dengan cepat dan saling
menyayangi antara satu sama lain sampai ke akhir hayat,” katanya.
Majlis perkahwinan pengantin perempuan akan diadakan malam ini di bangunan
Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) manakala majlis pihak lelaki akan
berlangsung pada 30 Jan di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Negeri Sembilan. РBERNAMA 
Kredit Gambar
  1. mstar
  2. manggaonline
  3. murai
  4. studioaston.com (Asmadi Ahmad)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Scroll To Top