Ahmad Mohamad Isa, seorang duda yang berumur 110 tahun dan mempunyai 20 cucu dan 40 cicit berhasrat untuk mencari teman hidup. Kisah Ahmad yang disiarkan di beberapa akhbar tempatan telah menarik minat seorang janda, Sanah Ahmad yang berumur 82 tahun dan telah menjanda hampir 30 tahun.
Sanah yang telah lama hidup kesunyian tanpa teman memberitahu anak-anaknya di atas kesudiannya menerima Ahmad sebagai suami, bagi menamatkan kesunyian masing-masing. Sanah juga mengatakan bahawa Ahmad mirip-mirip wajah arwah suaminya.
Ahmad yang telah kematian 4 orang isteri dan seorang lagi diceraikan berkata bahawa beliau tidak kisah siapa yang mahukannya, asalkan mampu untuk masak dan berbual-bual dengannya. Namun, hasratnya itu mungkin tidak kesampaian kerana keluarga Ahmad berubah fikiran dan menolak perbincangan mengenai perkahwinan mereka berdua. Kenyataan ini adalah kerana mereka bimbangkan tahap kesihatan Ahmad yang sering batuk, lelah dan muntah berkahak.
Jangan salahkan pertemuan jika berlaku perpisahan…. kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan…. kalau dah jodoh, takkan lari kemana…




26/01/2011 at 4:49 AM
tak kesampailah plak hasrat orang tua nih..