Home » Galeri » Video » Jambatan Terpanjang Dunia Di China
Adobe Flash Plugin is required to see this video. Click Get The Latest Flash Player [Desktop]
or
Get The Free Flash Player Browser [Android User]

Jambatan Terpanjang Dunia Di China

QINGDAO – Jambatan terpanjang di dunia sepanjang 41.5 kilometer (km) akhirnya siap dibina di China pada Isnin lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Ia yang dinamakan Jambatan Qingdao Haiwan, memakan masa empat tahun untuk dibina dan menghubungkan bandar raya ini, di wilayah Shandong, timur China dengan daerah Huangdao.

Kerja-kerja pembinaan jambatan itu dimulakan oleh dua kumpulan pembinaan masing-masing di Qingdao dan Huangdao, sejak 2006.

“Model komputer dan semua pengiraan berjalan lancar tetapi kami hanya berasa lega selepas kedua-dua sisinya dicantumkan,” kata seorang jurutera projek itu.

Selepas siap pada Isnin lepas, struktur berkenaan menghubungkan tiga bandar pesisir di wilayah Shandong.

Jambatan Terpanjang Dunia 2 Jambatan Terpanjang Dunia Di ChinaJambatan Terpanjang Dunia 3 Jambatan Terpanjang Dunia Di ChinaJambatan Terpanjang Dunia 4 Jambatan Terpanjang Dunia Di China

Sebelum ini, gelaran jambatan terpanjang di dunia dipegang oleh Laluan Tasik Pontchartrain sepanjang 38.42km di selatan negeri Louisiana, Amerika Syarikat (AS). – KOSMO

One comment

  1. peh, jauh tu. sejauh mata memandang.

    Jambatan Qingdao Haiwan

    haiwan???

    tak sangka bahaca cina ada tulis haiwan huhuhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Scroll To Top