Tahun 2011 bakal menyaksikan syarikat pengeluar kereta yang akan bersaing dengan melancarkan model baru dalam pasaran dunia. Mereka berharap ekonomi pada tahun ini akan membawa pulangan yang baik bagi syarikat mereka.
Berdasarkan kekuatan pasaran tahun ini serta spekulasi yang banyak dikeluarkan, lebih dari 20 model yang dijangkakan bakal berada di atas jalanan pada tahun 2011 ini. (seperti jadual di ini)
Syarikat kereta sekarang sedang berusaha untuk mengeluarkan model baru bagi menarik minat serta menaikkan nama syarikat bagi tahun 2011 yang dikatakan amat menarik untuk pasaran kereta.
Walaubagaimanapun, syarikat kereta kebanyakkannya merahsiakan model yang bakal dikeluarkan bagi memberi kejutan kepada dunia.
Kebanyakkan syarikat masih menunggu pelopor atau pemula “permainan” untuk mengeluarkan model baru supaya dapat bersaing dari segi harga serta daya tarikan yang bakal diberi.
Tambahan itu, ramai pemerhati berharap agar syarikat asing dapat menembusi pasaran di Malaysia serta menawarkan harga yang murah.
Tahun lepas menyaksikan beberapa syarikat asing cuba untuk bekerjasama dengan syarikat tempatan seperti DRB-Hicom dengan Volkswagen AG dan Nasim Sdn Bhd dengan Peugeot.
Dengan umumnya belanjawan 2011 dimana cukai duti eksais untuk kereta hybrid dibawah 2000cc dikecualikan, ramai menjangkakan bahawa Malaysia bakal dibanjiri dengan kenderaan hybrid yang menawarkan harga yang murah.
Dibawah ini disajikan dengan beberapa model-model kereta yang bakal dipenuhi di atas jalan di Malaysia.
Perodua Myvi
Toyota Avanza
Proton Exora Turbo
Honda Civic
Hyundai Avante
Audi Q5 Hybrid
Suzuki Kizashi

Sama-samalah kita nantikan model baru yang bakal menembusi pasaran di Malaysia yang mungkin juga menawarkan harga yang mampu milik bagi rakyat kita.
sumber – The Star

01/06/2011 at 10:20 PM
sempoi habaq hang
12/07/2012 at 10:26 AM
I wind buy this car\