Memang susah nak belikan hadiah untuk seseorang yang kita sayang. Kita mesti nak cari yang terbaik & tercantik dan yang paling penting hadiah tu boleh gembirakan si dia.
Kalau lelaki, mereka lagi suka barang barang yang mereka boleh pakai seharian. Contohnya belt, wallet, yang paling tipikal lelaki memang suka gadget gadget elektronik. Berbeza dengan si gadis, yang lagi suka dengan barang barang yang sweet, & anything yang tergolong dalam minat mereka.
Antara hadiah terbaik yang boleh korang bagi kepada si gadis semasa hari jadi mereka ialah:
1.Bunga
Bunga lambang romantik & sweet. So, memang tak hairanlah kenapa gadis gadis semua suka kalau ada orang bagi bunga. Walaupun pada lelaki, ‘ishh.. bunga fresh mahal lah….nanti kering jugak‘ tapi si gadis tetap suka. So, jangan bising, belikan je kalau dah sayang.
2- Chocolate
Macam yang di beritahu, perempuan suka dengan benda benda yang sweet, dan chocolate tak terlepas dari rasa manis tu. Dari semurah murah chocolate, kalau dah memang chocolate namanya tetap dia suka. So, kalau time time tengah tak da duit, Cadbury je pon dah mampu buat dia tersenyum. Tapi jangan la bagi banyak2, boleh mengundang masalah pertambahan lemak nanti.
3-Teddy Bear/ Plushies
2-2 pon si gadis suka baik teddy bear atau pun plushies. Tapi plushies lebih banyak karakter & lebih comel compare dengan teddy bear.Kebanyakan gadis gemar dengan patung patung soft toys ni mengatakan, dengan memeluk teddy bear/plushies masa tidur mereka lebih tenang dan selesa.
4-Handbag
Ini merupakan ‘bestfriend’ si gadis. Kemana je dia pergi memang yang ni wajib di bawa untuk di isi dengan macam macam barang keperluan mereka. So, jangan risau kalau bagi handbag memang terjamin si gadis akan pakai.
5- Perfume
Sebagai seorang gadis, perfume ni basic things yang perlu ada dalam almari mereka & mereka akan suka kalau dapat hadiah perfume tambah tambah dari yang tersayang. Tapi make sure korang tahu brand and jenis bauan yang di minati si gadis baru lah lagi sentimental value =p
6- Suprise Party
Kebanyakan gadis memang suka dengan kejutan. Suprise birthday party mampu untuk buat si gadis ceria dan mencipta memori indah baginya. Walaupun party tu korang buat kecil kecilan dah cukup untuk buat si gadis terpikat dengan korang sebab mengingati hari jadinya.
7- Aksesori
Si gadis dengan aksesori memang tak dapat dipisahkan sebab aksesori ni merupakan pelengkap dalam penampilan. So, cari lah aksesori yang mereka selalu pakai macam bracelet,bangle,necklace etc. Kalau buah hati yang bagi memang confirm asyik pakai yang tu je =p
8- Kasut
Ada yang kata kasut ni simbolik kepada perpisahan sebab seolah olah menyuruh mereka pergi. Tapi hakikatnya bukan macam tu. Untuk lelaki, 1-2 pasang sandal atau kasut dah cukup tapi lain pulak dengan si gadis. Seboleh bolehnya, mereka ingin mengayakan kasut mengikut kesesuaian event, baju, keselesaan, aktiviti & etc. So, tak hairanlah perempuan boleh ada satu almari besar kasut =p
9- Kreativiti
Si gadis memang sukakan kreativiti, bukan je hadiah yang mahal yang boleh buat mereka tersenyum. Apa kata korang buat satu kelainan pulak di hari jadi kali ni. Mungkin korang boleh gubah lagu, buat kad, buat video dedikasi. Semua ni, di anggap sweet oleh si gadis walaupun bagi korang cara ni complicated.
10- Barang Kegemaran Si Gadis
Ni last choice, kalau dah memang buntu tak tahu nak bagi apa, cuba korang tanya member member si gadis apa yang dia suka or lagi bagus kalau korang sendiri yang tahu apa yang si gadis suka. Barulah nampak caring sikit.=p
Hadiah yang bermakna ialah hadiah yang mempunyai sentimental value bukan mahal semata, kalau murah pun tapi ikhlas tetap akan di hargai. Untuk ucapan hari jadi boleh tengok entri ni Koleksi Ucapan Selamat Hari Jadi.








24/01/2011 at 2:13 PM
poning btol nk kasi hadiah kt girl kan..byk sangat yg dorang ni suka..dari sekecik kecik brg sampai la giant teddy bear.. -_-"
10/08/2011 at 10:43 AM
bagi duit pi beli sendiri tak leh ker??????
My recent post Bonus – Separuh gaji tuh. Alhamdulillah
13/09/2011 at 12:50 PM
Saya suka Teddy Bear!!
Kuala Lumpur, Malaysia
Anda Mengalami Masalah Berikut? *kekurangan idea untuk membeli hadiah tersayang? *kesukaran mencari Big Teddy Bear yang besar tapi murah? *susah membawa Big Teddy Bear ini pulang dari kedai ke rumah? sila klik utk penyelesaianya => http://www.bigteddybear2u.com/aff/?id=716645
13/09/2011 at 12:52 PM
Saya suka Teddy Bear!!
Kuala Lumpur, Malaysia
Anda Mengalami Masalah Berikut? *kekurangan idea untuk membeli hadiah tersayang? *kesukaran mencari Big Teddy Bear yang besar tapi murah? *susah membawa Big Teddy Bear ini pulang dari kedai ke rumah? sila klik utk penyelesaianya => http://www.bigteddybear2u.com/aff/?id=716645