Home » Variasi » Tahukah Anda? » Macam Mana Nak Hilangkan Kutil?
Macam Mana Nak Hilangkan Kutil?

Macam Mana Nak Hilangkan Kutil?

Bila tiba-tiba ada daging kecil tumbuh, kita akan mula risau dan eager nak buang daging kecil tu. Ambil cepit kuku & cungkil sendiri supaya daging kecil tu hilang. Tapi malang, esok tumbuh lagi. Makin besar pulak. Kalau kita tumbuh kutil, jangan buang! Sebab kalau buang,lagi-lagi dengan cepit kuku, kutil akan tumbuh merebak dan membesar.

Kalau kawan kita ada kutil, kita pegang pegang. Esok bangun pagi, kita pulak yang ada kutil. Jangan sentuh kutil kawan kita, sebab boleh merebak kat kita. Sebenarnya, kutil adalah sejenis virus!!!

Memang menggugat keyakinan diri kalau tumbuh benda macam ni tapi ada caranya untuk buang kutil tu. Guna ubat-ubat yang mengandungi anti keratolytic, Salicylic acid 40% memang dapat membantu!

collomack Macam Mana Nak Hilangkan Kutil?

Collomack, mengandungi salicylic acid 40% yang berfungsi mengikis lapisan kulit bahagian atas sehingga menjadi nipis sampai akar sampai kutil kita hilang. Disebabkan dia menipiskan kulit, jangan pakai benda alah ni ditempat kulit normal kita.

Jadi caranya macam ini,

  • Kalau kutil kita tumbuh ket muka, ambil celofan tape.
  • Dekat celofan tape tu,potong bahagian tengah, buat bulatan.
  • Lekat dekat kutil kita.
  • Bahagian kutil kita masukkan dalam bulatan tu. Baru sapu collomack ini.
  • Maksudnya kita tak perlu nak risau kulit sekeliling,  sebab dah letak celofan tape, pastikan Collamack kena kat kutil tu.

Kalau susah nak dapat kan Collomack, boleh cuba DuoFilm. Kalau tak de jugak dekat farmasi. Cakap je nak ubat untuk hilangkan kutil.

duofilm Macam Mana Nak Hilangkan Kutil?

P/s: Kutil boleh jugak tumbuh dekat bahagian sulit. Yang tu kita panggil Genital Wart. So, jangan ingat benda ni tak penting. Tak percaya try google.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Scroll To Top