Jangan ingat orang yang cantik hensem tu perfect. Kadang kadang dia pon ada masalah jugak and masalah paling tipikal bila ketiak berbau tengik. Remaja memang normal akan ada bau badan cuma yang bezakanya kuat atau tak je bau tu. Kadang kadang tuan punya ketiak tu tak bau, tapi orang kat sekitar dah separuh mati tahan nafas. Paling tak best, bila perempuan yang berketiak busuk. Jatuh saham!
Kalau bau kentut boleh tutup hidung, tak lama lepas tu bau kentut pon hilang kena tiup angin. Tapi kalau bau ketiak, memang payah nak tepis. Bilik, towel,tilam and semua benda yang dia pakai mesti lekat bau tu. Orang kat sekeliling pon tak selesa dengan bau yang menyengat hidung tu. Silap hari bulan semua menjauhkan diri.
Ramai yang ingat peluh yang jadi punca ketiak jadi berbau. Tapi sebenarnya TAK, peluh tak ada bau.Contohnya, peluh kat dahi, mana ada berbau pon. Jadi bau busuk tu datang dari mana?
Kita semua ada dua kalenjar peluh:
- accrine – berfungsi untuk kawal suhu badan & keluarkan sisa metabolisma
- apoccrine – hasilkan peluh mengandungi banyak kandungan lemak dan protein.
Bila peluh kita banyak lemak dan protien, bakteria yang ada kat ketiak kita akan uraikan peluh tu untuk dapat kan protien & lemak tu sebagai sumber makanan diorang.
Lepas tu, sisa sisa makanan bakteria yang ditinggalkan lepas proses penguraian tu akan hasilkan sejenis bahan iaitu AMONIA. Amonia ni lah yang buat ketiak kita berbau. Amonia memang sifatnya berbau busuk ye kawan kawan semua, jangan la nak pelik pulak apa kaitan Amonia dengan ketiak tengik.
Kita kena tahu tisu kulit kat badan termasuklah ketiak, terdiri daripada sel yang sentiasa regenerated. Means bila ada sel yang mati, sel baru akan ganti & seterusnya. Sel yang mati tu kenalah buang before sel sel mati tu membentuk lapisan nipis yang memerangkap bakteria. Bakteria beranak pinak dekat situ & makan peluh kita lepas tu terus menerus hasilkan amonia yang berbau.
So, macam mana nak hilang bau badan tu?
- Kita boleh guna scrub atau lulur setiap kali mandi yang boleh tolong tanggal kan sel kulit mati kita.
- Boleh cuba guna kapur makan sebagai ganti deodorant. Sapu kat ketiak tapi tak perlu hari hari, 2-3kali seminggu & jangan sapu tebal dan banyak sebab kapur makan ni panas. Nanti bukan setakat bakteria and kulit mati je tanggal ketiak pon boleh jadi pedih macam melecet tu.
- Jangan pilih deodorant yang ANTI PELUH. Bahan anti peluh akan sebabkan kulit tak bernafas dan menyekat peluh. Lagi banyak peluh terperangkap, lagi banyak la makanan korang bagi kat bakteria tu.
- Kalau banyak duit, boleh beli cecair klorofil sebagai suplemen. Klorofil ni akan nyah toksin dari badan.Peluh tu salah satu toksin. Kurang peluh,kurang lah bakteria punya makanan!
- Kurangkan makan pedas pedas, benda berempah, bawang putih,bawang merah dan rokok. Semua ni penambah perasa kepada bau badan.
- Cukur lah bulu ketiak tu. Tak perlu bermurah hati sangat nak sediakan kediaman untuk bakteria2 tu. Lagi bersih ketiak kita, bacteria pon senang nak di bunuh.
Bau badan ni memang boleh jadi isu. Ada yang kena pulau dengan member2 sebab bau badan. Ye la, siapa yang boleh tahan kan, nak tegur takut member kecik hati. Ada yang bercerai sebab bau badan, macam la dah tak da cara nak hilangkan pulak. Bau Badan Punca Penceraian.


09/01/2011 at 8:15 PM
aku punye bau masam-masam manis…kakaka
09/01/2011 at 10:14 PM
@mazuki, hahaha, untung bini ko nanti.. tak payah susah2 pegi kdai kalau nak mkan ikan sweet sour…kepit je ikan kat ketiak ko..
09/01/2011 at 10:25 PM
@devotedlily, boleh dikomersialkan ni
11/01/2011 at 12:53 AM
hahaaha btol 2 aku pn stuju coz pnh mkn bwg puteh ketiak hangit 2………..
24/05/2011 at 11:13 PM
hehe..pakai tawas jek.. insyaAllah hilang la tue. try produk ni..berasaskan tawas.. armpitproblem.blogspot.com
09/12/2011 at 12:22 AM
aku pun pening kalau bau ketiak orang yang lalu kat sebelah aku tengik, lagi-lagi kat masa naik lif sekali, perghh…nak pengsan je.
08/05/2013 at 11:36 PM
Cukur ketiak supaya senang bunuh baktiria,kurang berkesan, paling baik ialah hapuskan habitatnya. Gunakan kain sintetik ketika mandi. Dijamin dlm tujuh hari selesai utk selamanya. Baca blog saya.